Hukum Melakukan Pembedahan Usus Supaya Menjadi Kurus


SOALAN 
Ohmedia dapat rasakan ada antara kenalan kita pernah melakukan pembedahan untuk membuang usus supaya badan menjadi kurus. Jadi, apakah hukumnya

JAWAPAN 
Hukum membuang atau memotong mana-mana bahagian tubuh samada bagian luar tubuh atau bahagian dalam tubuh adalah pada asalnya diharamkan melainkan dua sebab :

Pertama : Ia disuruh oleh syarak seperti memotong kuku atau rambut atau tempat khitan atau seumpamanya. Maka memotong atau membuang barang yang disuruh syarak tiadalah termasuk dalam perbuatan yang dilarang.

Kedua : Kerana berubat yakni bertujuan menolak mudarat yang ada pada seorang seperti penyakit seperti memotong jari akibat penyakit kencing manis atau membuang buah pinggang yang rosak atau seumpamanya. Maka membuang anggoota badan seperti ini tidaklah dilarang kerana masuk dalam katogeri berubat.

Dan yang datang nas melarang membuangnya adakalanya haram seperti mencukur buku kening atau mengikir gigi dan adakalanya makruh seperti mencukur janggut atau mencukur bulu betis bagi lelaki.

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. Rasulullah saw bersabda :

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّه
Artinya : Allah telah melaknat akan sekelian orang yang membuat tattoo dan yang meminta ditatookan dan yang mencukur bulu kening dan yang meminta dicukurkan bulu kening dan yang menjarangkan giginya kerana mencantikkan diri yang mengubah mereka itu akan kejadian Allah.” (Hadith Imam Muslim)
Berkata Imam Nawawi :

وأما قوله : ( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن ، وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن
Artinya : “Dan ada pun sabdanya ‘yang menjarangkan gigi kerana mencantikkan’ itu maka maknanya mereka melakukannya akan yang demikian itu kerana hendak jadi cantik.’ (Kitab Syarah Muslim)
Maka dapat difahami bahawa melakukan pembedahan samada pada anggota zahir seperti muka atau tangan atau kaki atau lainnya atau anggota batin seperti jantung atau buah pinggang atau perut atau seumpamanya sebab merawat penyakit maka hukumnya adalah harus dan jika sebab kecantikan maka hukumnya adalah haram.

Jelas disini bahawa mengubah kejadian dengan membuat pembedahan membuang atau memotong usus supaya badan jadi kurus untuk kelihatan cantik adalah haram dan dosa besar.

Yang diharuskan menjalani pembedahan membuang usus itu ialah kerana berubat seperti merawat penyakit kencing manis atau darah tinggi misalnya maka hukum membuang usus ketika ini adalah harus kerana berubat itu ialah sebab hendak menolak mudarat dan menolak mudarat itu disuruh oleh syarak.

Berkata Imam Nawawi :

، أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم
Artinya : "Ada pun jikalau berhajat kepadanya kerana berubat atau sebab aib pada gigi atau seumpamanya maka tidak mengapa.” (Kitab Syarah Muslim)
Kebanyakkan orang-orang yang melakukan perbuatan yang haram ini ialah kerana jahil dengan hukum agama dan terikut-ikut dengan orang lagi menurut akan hawa nafsu.

Majlis Fiqah Islam dalam satu muktamar yang diadakan pada tahun 2007 telah memutuskan :

(لا يجوز إجراء جراحة التجميل التحسينية التي لا تدخل في العلاج الطبي ويُقصد منها تغيير خلقة الإنسان السويّة؛ تبعا للهوى والرغبات بالتقليد للآخرين ، مثل عمليات تغيير شكل الوجه للظهور بمظهر معين، أو بقصد التدليس وتضليل العدالة ، وتغيير شكل الأنف، وتكبير أو تصغير الشفاه، وتغيير شكل العينين وتكبير الوجنات) .
Artinya : “Tiada harus melakukan pembedahan mencantikkan yang bukan termasuk dalam rawatan perubatan yang bertujuan mengubah kejadian asal manusia kerana mengikut keinginan dan ingin mengikut orang lain seumpama mengubah bentuk wajah supaya tampil dengan wajah yang tertentu atau bertujuan melakukan penyamaran sehingga hilang yang benar dan mengubah bentuk hidung dan membesarkan atau mengecilkan bibir dan mengubah bentuk mata dan mengubah bentuk pipi.”
KESIMPULAN
Hukum menjalani pembedahan membuang atau memotong usus itu harus jika kerana merawat penyakit seperti kencing manis atau darah tinggi atau kegemukkan yang boleh memudaratkan nyawa atau kesihatan atau lainnya.

Pembedahan membuang usus atas dasar kecantikan diri samada oleh lelaki atau perempuan adalah haram dan dilaknat kerana mengubah ciptaan Allah.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar idrus

+ Baca respon pembaca hukum melakukan pembedahan usus supaya menjadi kurus di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/09/hukum-melakukan-pembedahan-usus-supaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kurus Bukan Sebab Potong Usus Ika Nabella Kongsi Pengalaman Bantu Suami Kuruskan Badan

Hiburan Kurus Bukan Sebab Potong Usus Ika Nabella Kongsi Pengalaman Bantu Suami Kuruskan Badan

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 395 hits
Pelakon Ika Nabella atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim 31 berkata dia menganggap dirinya insan yang paling banyak memberi sokongan kepada suaminya dalam usaha untuk menguruskan berat badan Dia turut memberitahu bahawa segala kejaya...
Mahfud Md Singgung Hukum Sering Menjadi Industri Benar Menjadi Salah Dan Sebaliknya

Mahfud Md Singgung Hukum Sering Menjadi Industri Benar Menjadi Salah Dan Sebaliknya

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 170 hits
Menteri Koordinator Bidang Politik Hukum dan Keamanan Mahfud MD menyebut sistem hukum di Indonesia saat ini sudah baik Menurut dia sistem hukum di Indonesia bagus karena berpijak kepada kebaikan
Kerajaan Perlu Gubal Akta Veteran Supaya Kami Dapat Tanah Yang Dijanjikan Azizan Memali

Kerajaan Perlu Gubal Akta Veteran Supaya Kami Dapat Tanah Yang Dijanjikan Azizan Memali

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 424 hits
Presiden Persatuan MJMM Rani Kulup bersama veteran angkatan tentera selepas membuat laporan polis di IPD Raub RAUB Seramai lebih 100 orang wakil dari 120 persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Raub bag...
Tutorial Sekat Iklan Google Adsense Supaya Tak Muncul Di Artikel Tertentu

Tutorial Sekat Iklan Google Adsense Supaya Tak Muncul Di Artikel Tertentu

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 223 hits
TUTORIAL SEKAT IKLAN GOOGLE ADSENSE SUPAYA TAK MUNCUL DI ARTIKEL TERTENTU Bila kita menggunakan google adsense di blog ada beberapa dasar program mereka yang kita kena patuhi Ada beberapa perkataan atau gambar yang kita gunakan diblog akan ...
Doktor Kongsi 11 Suntikan Vaksin Wajib Diambil Oleh Anak Anak Supaya Tak Mudah Jatuh Sakit

Doktor Kongsi 11 Suntikan Vaksin Wajib Diambil Oleh Anak Anak Supaya Tak Mudah Jatuh Sakit

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 353 hits
Kanak kanak terutama bayi tidak mempunyai sistem imun yang kuat seperti mana orang dewasa Beberapa imunisasi diperlukan dalam beberapa tahun pertama kehidupan kanak kanak bagi melindungi anak anda daripada jangkitan penyakit serius Vaksinas...
Free Malaysia Today Cuba Hasut Pas Supaya Bergaduh Dengan Umno Bersatu

Free Malaysia Today Cuba Hasut Pas Supaya Bergaduh Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 443 hits
PAS patut sedar bagaimana ia dilayan dalam PNTak betul jika ada segelintir yang menyalahkan Umno apabila PAS tidak diberikan sebarang kerusi dalam PRN Sabah 1 Rundingan awal berlaku antara Umno yang mewakili Barisan Nasional dan PPBM yang m...
10 Cara Mendapatkan Tiket Pesawat Murah Supaya Kamu Tidak Perlu Menunda Liburan

10 Cara Mendapatkan Tiket Pesawat Murah Supaya Kamu Tidak Perlu Menunda Liburan

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 283 hits
Hanya karena alasan kekurangan dana banyak dari kita yang lebih memilih untuk menunda bepergian Hampir semua hal yang butuh pertemuan dilakukan secara virtual Pertemuan bisnis dan keluargapun sampai hanya dilakukan via Zoom Google Meet atau...
6 Tips Berguna Untuk Sebelum Anda Tempuh International Marriage Supaya Berkekalan Hingga Ke Jannah

6 Tips Berguna Untuk Sebelum Anda Tempuh International Marriage Supaya Berkekalan Hingga Ke Jannah

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 308 hits
Perkahwinan antarabangsa atau international Marriage adalah perkahwinan antara dua orang dari negara yang berbeza Di Malaysia international Marriage begitu sangat sinonim dengan kita Apa tidaknya saban hari kita mendengar ada sahaja artis a...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa