Hukum Saya Jangan Hukum Sukarelawan


Bernama



“Hukumlah saya jika didapati bersalah tetapi bukan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu menyampaikan bantuan kepada orang miskin ini.”

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Ahmad Said susulan dakwaan bahawa beliau dan beberapa orang lagi melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Jumaat lepas.

Beliau berkata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di rumahnya ketika sukarelawan melakukan kerja-kerja untuk mengagihkan bantuan dan gambar beramai-ramai itu dirakam secara spontan.

"Menteri Besar hubungi saya menyatakan hasrat mahu datang ke rumah untuk membincangkan beberapa perkara berkaitan bantuan kepada rakyat dan kebetulan waktu beliau tiba itu, petugas sukarelawan DUN (Dewan Undangan Negeri) Kijal sedang menyusun barangan keperluan bantuan.

"Mereka sangat teruja dapat peluang jumpa Menteri Besar dan terus rakamkan gambar… dalam keadaan itulah terlupa untuk jarakkan diri antara satu sama lain," katanya kepada pemberita hari ini.

Justeru, Ahmad berkata beliau berharap rakyat Malaysia tidak 'menghukum' sukarelawan terbabit kerana mereka sanggup berpenat lelah, berhujan dan berpanas untuk bekerja tanpa sebarang elaun dalam memastikan rakyat tidak terputus bekalan barangan keperluan dapur.

Ahli DUN Kijal itu turut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak mengamalkan jarakan sosial dalam gambar yang tular.

Beliau berkata terdapat lebih 10,000 rumah dalam DUN Kijal dan beliau memutuskan agar bantuan itu diberikan kepada semua rumah secara berperingkat menggunakan khidmat sukarelawan untuk mengangkat beras, tepung dan gula.

"Sebenarnya pergerakan seramai 20 sukarelawan DUN Kijal ini sentiasa dalam makluman polis dan mereka bukanlah datang hantar bantuan itu beramai-ramai, sebaliknya berpecah ke kampung yang berbeza kerana ada laluan ke rumah penduduk tidak boleh menggunakan kenderaan biasa… jadi terpaksa gunakan motosikal.

"Setakat ini, kita dah agih untuk 6,000 rumah dan bakinya 4,000 rumah lagi sedang diusahakan kerana tidak mahu sukarelawan bekerja ketika berpuasa," katanya.

Ahmad, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, berkata tidak timbul soal pilih kasih antara rakyat marhaen dan pemimpin politik dalam mematuhi peraturan sepanjang PKP kerana kebanyakan tangkapan membabitkan rakyat ialah kerana mereka keluar tanpa tujuan jelas sedangkan pemimpin politik perlu 'bergerak' demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan sepanjang tempoh itu.
- Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/hukum-saya-jangan-hukum-sukarelawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perawat Kami Berikan Jasa Kami Jangan Tolak Jasad Kami

Perawat Kami Berikan Jasa Kami Jangan Tolak Jasad Kami

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 237 hits
Foto para perawat memegang kertas bertuliskan Kami Berikan Jasa Kami Jangan Tolak Jasad Kami menjadi viral di media sosial Foto itu diunggah oleh beberapa warganet salah satunya warung jurnalis Unggahan yang ada di Instagram itu akhirnya vi...
Jangan Jual Penutup Hidung Dan Mulut Logo Polis Tentera

Jangan Jual Penutup Hidung Dan Mulut Logo Polis Tentera

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 356 hits
Polis Diraja Malaysia memberi amaran kepada mana mana pihak agak tidak terlibat dalam menjual membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit ...
Jangan Berharap Kesetiaan Dari Orang Yang Tak Setia

Jangan Berharap Kesetiaan Dari Orang Yang Tak Setia

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 276 hits
Kemelut rumah tangga usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya Rumah tangga pasanga...
Ph Jangan Lagi Abaikan Penyokong Pn Jugak Yang Cerdik

Ph Jangan Lagi Abaikan Penyokong Pn Jugak Yang Cerdik

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 190 hits
Mohd Nizam Mari kita tonton perangai lebai Sejak dulu kononnya perjuangkan tidak mahu orang politik kuasai GLC upah politik katanya Tapi bila dia dok dlm kerajaan pintu belakang skrg jawatan apa yg dia tolak Kalau ada tukang cuci tandas pej...
Jangan Lupa Sentiasa Cuci Tangan

Jangan Lupa Sentiasa Cuci Tangan

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 414 hits
Jangan Lupa Sentiasa Cuci Tangan Assalamualaikum Dan Selamat Malam Hai Reader semua Anda yang dirumah stayathome jangan lupa menjaga kebersihan Virus Covid19 ni kita tak tahu kehadiran dia This is a content summary only Visit my website for...
Jangan Menangguh Untuk Bersedekah

Jangan Menangguh Untuk Bersedekah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 935 hits
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan bertanya Wahai Rasulullah sedekah apakah yang paling besar pahalanya Baginda menjawab Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa ...
Pemerintah Jangan Gunakan Dana Haji Untuk Tangani Corona

Pemerintah Jangan Gunakan Dana Haji Untuk Tangani Corona

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 298 hits
Ketua Umum Himpunan Penyelenggara Umrah dan Haji Baluki Ahmad mengatakan pemerintah sebaiknya jangan merpergunakan dana haji untuk dipakai sebagai dana penanggulangan pandemi virus asal Wuhan China Covid 19 Sebab risikonya banyak dan yang p...
Walaupun Majlis Perasmian Biasa Ada Potong Reben Tapi Jangan Buat Lagilah

Walaupun Majlis Perasmian Biasa Ada Potong Reben Tapi Jangan Buat Lagilah

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 289 hits
Exco Pembangunan Insan Pendidikan Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata dia tidak tahu perlu memotong reben ketika menerima jemputan Majlis Daerah Macang untuk merasmikan sebuah program Mohamed Fa...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Dinner Di Grill Haven Ingatkan Kedai Jepun Rupanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nerdywave Com The Ultimate Tee Destination For Nerds Gamers Dark Humor Lovers

Badan Bengkak Sebelah Jangan Abaikan Ini Mungkin Lymphedema

Siapakah Keutamaan Kita Untuk Bersedekah

Six Year Old Boy Reported Missing From Kopitiam

Tenang Ada Allah

Rini Evelna Jinak Burung Achang Chord