Hukum Pelaburan Emas



Apakah hukum pelaburan emas?
Artikel ini akan mengulas secara lengkap berkaitan topik pelaburan emas seperti hukum, syarat-syarat dan perkara yang berkaitan dengannya.
Panduan ini disediakan secara ringkas dan mudah agar difahami semua orang.

Isi Kandungan: Hukum Wang Kertas Sifat Dinar & Perak Apabila Nilai Wang Jatuh Haram Jual Tangguh Hukum Sewa Emas Memilih Jenis Pelaburan Amaran Bank Negara Malaysia  
PENGENALAN Artikel ini adalah memetik tulisan daripada buku Q&A Muamalat, Dr. Asmadi Mohamed Naim, Pensyarah Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM.
Islam adalah agama yang menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan termasuklah urusan mengumpulan harta seperti emas.
Semoga tulisan ini dapat memberi pencerahan berkaitan soal pelaburan emas.
Apakah hukum pelaburan emas? Secara ringkasnya:
– Haram menjual emas secara penangguhan atas dakwaan ia telah berubah menjadi komoditi.
 
HUKUM WANG KERTAS Terdapat sesetengah orang mengatakan, wang kertas tidak menggunakan hukum emas dan perak dalam transaksi. Apa pandangan ustaz?
Semua badan fatwa dunia berpegang bahawa wang kertas mengguna pakai hukum emas dan perak ketika bertransaksi.
Badan-badan ini mengumpulkan para ulama dari seluruh dunia untuk berdiskusi mengenainya.
Bagi mereka, hukum emas dan perak terpakai ke atas wang kertas termasuklah hukum-hukum riba dan zakat.
Kalau ada khilaf, itu pandangan peribadi atau kumpulan, atau mereka yang sengaja mahu makan riba.
 
MUSLIHAT TERTENTU
Kenapa mereka mahu membezakan dua hukum tersebut?
Mereka membezakan antara kedua-duanya, dan dinafikan la memakai hukum emas perak, supaya mereka dapat menghalalkan penambahan dan penangguhan bayaran dengan peningkatan bayaran tanpa mengatakan ia riba.
Walhal wang kertas sudah memainkan peranan sebagaimana mata wang pada zaman dahulu.
 
SIFAT DINAR DAN PERAK Bukankah wang kertas tidak disandarkan dengan emas?
Memang ada yang mempersoal bahawa wang kertas tidak disandarkan dengan emas.
Jadi, wang kertas tidak boleh menggunakan hukum emas.
Namun ia masih disandarkan dengan wang-wang tunai luar negara dan emas emas di bank negara masing-masing, walaupun tidak secara 100%.
Kalau ada pun negara yang tidak sangat menyandarkan wangnya dengan apa-apa mata wang, hanyalah Amerika Syarikat, sebab negara mereka sudah hampir bankrap, tetapi bertahan kerana kekuatan politik semata-mata.
Namun, wang kertas tersebut tetap mempunyai sifat-sifat dinar dan perak iaitu menjadi alat pertukaran utama, dan masyarakat tamak untuk mendapatkan wang.
Justeru, semua badan fatwa negara-negara Islam sedunia mengiktirafnya sebagai alat pertukaran dan perlu patuh hukum emas dan perak.
 
NILAI WANG JATUH Bagaimana pula sekiranya nilai wang merudum, walhal emas dan perak tidak mengalami pengurangan nilai yang sebegitu teruk?
Ulama sudah memberikan panduan, apabila berlaku “perubahan ketara pada pertukaran wang asing”, hendaklah kembali kepada nilai harga emas sebelum kejatuhan nilal wang tersebut
Apabila berlaku kejatuhan nilal yang besar (taghayyur fahish dan diperakui oleh pakar maka boleh menjadikan nilaian emas ketika kontrak dibuat dahulu sebagai asas pengiraan bayaran hutang.
Jadi, pembayaran hutang hendaklah menggunakan nilaian emas tersebut, dan ditukarkan dengan nilai tunai sekarang!
Contohnya, pada tarikh 1 Januari 2012, si A berhutang dengan si B sejumlah wang USD10,000.00 yang bersamaan dengan 300 gram emas pada waktu itu. Secara tiba-tiba, Amerika Syarikat bankrap! dan nilai mata wang USD hanyalah setara dengan seringgit (RM1.00) pada Januari 2018
Disebabkan kadar tukarannya berubah terlalu ketara, pemerintah boleh menentukan bahawa mana-mana hutang yang dikontrakkan pada Januari tahun 2012 dan sebelumnya bolehlah membuat pengiraan kadar emas berdasarkan kadar dahulu (Januari 2012), Kemudiannya baru ditukar dengan kadar wang tunai pada tahun itu (2018).
 
HARAM JUAL TANGGUH Dahulu emas adalah wang tunai, tetapi sekarang telah menjadi suatu bahan mentah atau komoditi.
Bolehkah saya membeli atau menjual emas secara tangguh atas sifatnya sebagai bahan mentah atau komoditi?
Dalil syarak secara tegas menyebut emas hendaklah ditukar dengan emas dengan kadar yang sama dan secara pertukaran daripada satu pihak kepada pihak yang lain dalam waktu transaksi.
Manakala analisis mengenai sebab pengharamannya dibuat oleh manusia.
Justeru, kebanyakan ulama tidak semudah itu mengenepikan sesuatu yang diharamkan oleh syarak dengan alasan sudah tidak ada sebab yang mengharamkannya.
Begitu juga hukum barang kemas wanita (huliy), walaupun ulama bersetuju bahawa sesuatu hukum terikat dengan ‘illah atau sebab, kebanyakan ulama silam masih menghukumkan haram menjual huliy secara tangguh.
Namun, fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskannya hanya khusus kepada kes huliy dan mengharamkan penangguhan terhadap sebarang jenis emas yang lain.
Jadi, adalah haram menjual emas secara penangguhan atas dakwaan ia telah berubah menjadi komoditi.
 
HUKUM SEWA EMAS Bagaimana pula emas yang disewakan kepada pihak lain?
Sebagaimana yang dibincang, emas menggunakan hukum wang tunai.
Bererti, tidak boleh menyewakan emas kerana sebarang pertambahan daripada nilaian asalnya ialah bunga atau riba.
 
MEMILIH PELABURAN Banyak pelaburan emas yang terdapat di pasaran, apa pandangan ustaz berkaitan perkara ini?
Memang banyak skim yang berada di pasaran yang mendakwa mereka patuh syariah.
Namun mereka tidak tertakluk kepada mana-mana badan pemantau kerajaan kecuali didaftarkan sebagai syarikat (tidak semua yang berdaftar).
Pada pandangan saya, melaburlah dalam produk-produk yang telah diperakui dan yang di berada bawah badan-badan yang diiktiraf oleh negara.
Terpulanglah, kalau masih mahu memakan hasil daripada pelaburan emas yang bermain-main dengan keputusan badan badan fatwa dengan hanya berpegang kepada fatwa peribadi atau kumpulan atau syarikat tertentu.
 
AMARAN BANK NEGARA MALAYSIA Adakah pihak yang berwajib dalam permasalahan ini memainkan peranan bagi menyedarkan orang ramai?
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan amaran berkaitan skim haram emas.
Boleh teliti amaran atau peringatan tersebut pada pautan ini
kepada pelabur skim emas yang tidak menentu, skim-skim ini boleh dibekukan pada bila-bila masa sahaja dan wang anda tidak tahu ke mana nanti.
Jadi, berhati-hatilah.
Elakkan skim goyang kaki untuk kaya.
The post Hukum Pelaburan Emas appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/fiqh/hukum-pelaburan-emas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulangan Pelaburan Asb Terendah Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain

Pulangan Pelaburan Asb Terendah Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 451 hits
Sebelum itu ini sekadar pandangan peribadi penulis InvestorMY yang berpengalaman dalam pelaburan pasaran kewangan Perkara pertama ialah kita harus faham jelas tentang apa itu Amanah Saham Bumiputera yang diumumkan a
Mara Kembali Ke Pelaburan Teras Pendidikan

Mara Kembali Ke Pelaburan Teras Pendidikan

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 146 hits
Di bawah Kerajaan Pakatan Harapan MARA akan fokus kepada sektor teras pendidikan dan tidak lagi mengulangi kesilapan pelaburan era BN yang menyebabkan kerugian teruk Pengerusi Mara Hasnita Hashim dalam surat terbuka kepada pemegang taruh ha...
Asb 5 5 Kelembapan Pelaburan Ketidakstabilan Politik

Asb 5 5 Kelembapan Pelaburan Ketidakstabilan Politik

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 263 hits
R HJ KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN BEBERAPA hari lepas Pengerusi PNB Tan Sri Zeti Aziz telah mengumumkan pengagihan pendapatan ASB adalah sebanyak 5 sen seunit ditambah dengan bonus 0 5 sen seunit menjadikan hasil keuntungan tahunan sebanyak 5 5 p...
4 Pelaku Perampokan 10 Kg Emas Di Grobogan Diringkus 2 Masih Buron

4 Pelaku Perampokan 10 Kg Emas Di Grobogan Diringkus 2 Masih Buron

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 223 hits
Keempat pelaku yakni Wahyudi alias Lincung Sudarmono alias Dar Hadi alias Had dan Roni Susanto alias Ron Pelo Para pelaku membeli rumah mobil dan tanah dari hasil merampok
Menuju Indonesia Emas 2045 Polisi Andalkan E Policing Di Tahun 2020

Menuju Indonesia Emas 2045 Polisi Andalkan E Policing Di Tahun 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 186 hits
Dengan demikian kata dia e policing ini merupakan model pemolisian di era digital yang berupaya menerobos sekat sekat ruang dan waktu sehingga pelayanan pelayanan kepolisian dapat terselenggara dengan cepat tepat akurat transparan akuntabel...
6 Potret Rumah Sederhana Tegar Septian Eks Penyanyi Cilik Bersuara Emas

6 Potret Rumah Sederhana Tegar Septian Eks Penyanyi Cilik Bersuara Emas

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 926 hits
Nama Tegar Septian sudah tak asing lagi di dunia musik anak anak Pria kelahiran Subang 19 September 2001 itu dikenal sebagai penyanyi cilik bersuara emas
Intip Kemegahan Rumah Berlapis Emas Milik Shahrukh Khan Bak Kerajaan Romawi

Intip Kemegahan Rumah Berlapis Emas Milik Shahrukh Khan Bak Kerajaan Romawi

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 296 hits
Bagi para pecinta film Bollywood pasti sudah tidak asing lagi dengan aktor papan atas Shahrukh Khan Pemain film legendaris ini memang sudah malang melintang menghiasi industri perfilman India
Peragut Rantai Emas Maut Dirempuh Kereta Mangsa

Peragut Rantai Emas Maut Dirempuh Kereta Mangsa

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 440 hits
Tak sempat menikmati hasil ragut seorang peragut maut selepas motosikalnya Yamaha Y15zr dirempuh kereta yang dinaiki oleh mangsanya Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata kejadian itu berlaku pada jam 6 24 petan...
Rakyat Kecewa Isu Perkauman Halang Pelaburan Asing

Rakyat Kecewa Isu Perkauman Halang Pelaburan Asing

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 188 hits
Tahun 2019 telah berlalu namun rata rata rakyat Malaysia kecewa dengan ahli politik pembangkang yang banyak memainkan isu perkauman sehingga mensabotaj ekonomi negara Mereka menyalahkan Umno dan Pas yang sering mendendangkan isu isu Melayu ...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade