Hukum Mewasiatkan Sebahagian Harga Kepada Anak



Soalan:
Saya mempunyai tiga orang adik-beradik. Ayah saya telah mewasiatkan sebahagian daripada hartanya kepada abang sulung kami kerana dia banyak berkorban selama ini. Kami adik-beradik tiada masalah dengan wasiat tersebut, cuma kami ingin tahu adakah ia dibenarkan dalam Islam.

Jawapan:
Amalan meninggalkan wasiat merupakan amalan yang dilakukan sejak zaman berzaman. Pada kebiasaannya, wasiat yang ditinggalkan adalah berkaitan dengan harta milik pemberi wasiat. Umat Islam diharuskan untuk meninggalkan wasiat dengan cara dan syarat yang tertentu sepertimana yang telah digariskan oleh syariat Islam.

Di antara syarat dalam berwasiat adalah tidak meninggalkan wasiat lebih satu pertiga daripada jumlah harta yang ditinggalkan, ini adalah sebagaimana sabda Nabi SAW daripada kisah Saad bin Abi Waqqas RA:

عن سعاد بن أبي وقاص رضي الله عنه, قُلتُ: يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ
Daripada Saad bin Abi Waqqas RA, aku telah berkata: “Ya Rasulullah, Bolehkah aku mewasiatkan kesemua hartaku?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh.” Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan saparuh daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Tidak boleh.” Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan satu pertiga daripadanya?” Rasulullah SAW menjawab: “Maka (boleh berwasiat) satu pertiga (daripada harta), sedangkan satu pertiga itu pun banyak. Sesungguhnya jika kamu meninggalkan warismu dalam keadaan kaya atau mencukupi, ia lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan tidak cukup, dengan menadah-nadah tangan meminta daripada tangan-tangan (bantuan) manusia.” [Riwayat al-Bukhari (2742)]

Mengenai hukum mewasiatkan harta kepada ahli waris sepertimana soalan yang diajukan kepada kami, ulama’ berbeza pandangan mengenai masalah ini kepada dua pendapat:

Pendapat pertama: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah batil secara mutlak walaupun mendapat kebenaran daripada seluruh ahli waris. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik, pendapat kedua dalam mazhab Imam asy-Syafi’e dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad. [Rujuk Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), Nihayah al-Muhtaj (6/48), al-Mughni ma’a Syarh al-Kabir (6/419)]

Mereka berhujah dengan beberapa hujahan, antaranya ialah:

1. Zahir makna hadith:

أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ
“Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris.” [Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)]

2. Ini kerana pemberian wasiat kepada sebahagian ahli waris akan memberi kemudharatan kepada ahli waris yang lain. Allah telah melarang perbuatan ini dalam firman-Nya:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ
“Sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris).” [Surah an-Nisa’: 12]

Pendapat Kedua: Wasiat yang ditinggalkan kepada ahli waris adalah sah jika mendapat persetujuan daripada ahli waris lain selepas kematian orang yang meninggalkan wasiat. Jika mendapat persetujuan hanya sebahagian daripada ahli waris, maka wasiat yang ditinggalkan hanya sah mengikut kadar ahli waris yang membenarkannya. Ini adalah pendapat muktamad dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, mazhab Imam Ahmad dan satu pendapat dalam mazhab Imam Malik. [Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh asy-Syafi’e (4/561), al-Fiqh al-Manhaji (2/258), Hasyiyah ad-Dusuki (4/427), al-Mughni (6/419)]

Hujah para fuqaha’ yang membenarkan wasiat kepada waris dengan syarat seperti di atas adalah seperti berikut:




1. Hadith Nabi SAW:

أنَّ اللهَ قد أعطَى كلَّ ذي حقِّ حقَّهُ, فلا وصيَّةَ لوارثٍ
“Sessungguhnya Allah SWT telah menentukan setiap yang mempunyai hak (ahli waris) akan mendapat hak mereka. Maka, tidak ada wasiat kepada ahli waris.” [Riwayat Abu Daud (2870), Ibn Majah (2210), dan Ahmad (286)]

Hadith ini dapat difahami bahawa tidak boleh meninggalkan wasiat kepad ahli waris jika ahli waris tidak mendapat haknya dan tidak redha akan pembahagian harta yang mengurangkan haknya. Namun, jika ahli waris redha dengan bahagian yang diperolehinya dan membenarkan wasiat kepada ahli waris lain ditunaikan, maka harus meninggalkan wasiat kepada ahli waris lain.

2. Hadith Nabi SAW:

لاَ تَجُوزُ الْوَصِيَّةُ لِوَارِثٍ إِلاَّ أَنْ يَشَاءَ الْوَرَثَةُ
“Tidak harus meninggalkan wasiat kepada waris kecuali dengan keizinan waris.” [Riwayat ad-Daruqutni (4295)]

Imam as-Suyuti, Imam al-Baihaqi dan Imam ibn Mulaqqin Rahimahumullah menghukum hadith ini sebagai lemah, manakala Imam adz-Zahabi Rahimahullah pula mengatakan sanad hadith ini baik dan Atho’ seorang yang soduq.

3. Qias wasiat kepada ahli waris ke atas wasiat kepada bukan ahli waris yang melebihi daripada satu pertiga daripada harta tinggalan si mati. Wasiat kepada bukan ahli waris melebihi satu pertiga daripada harta tinggalan si mati adalah harus jika mendapat kebenaran daripada ahli waris, begitulah juga hukumnya harus untuk mewasiatkan kepada ahli waris jika mendapat kebenaran daripada ahli waris lain.

Kesimpulan

Kami berpandangan bahawa harus untuk mewasiatkan sebahagian harta kepada ahli waris jika mendapat persetujuan dan kebenaran daripada ahli waris lain.

Namun begitu, kami ingin berpesan bahawa jika tiada keperluan yang mendesak untuk meninggalkan wasiat kepada sebahagian daripada ahli waris, maka adalah lebih baik tidak berbuat demikian. Ini bagi mengelakkan pertengkaran yang tidak diingini berlaku di antara ahli waris selepas kematian orang yang meninggalkan wasiat.

Kami juga ingin berpesan bahawa apa-apa wasiat yang ingin ditinggalkan hendaklah didokumentasikan sebaiknya. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertikaian di kemudian hari.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-mewasiatkan-sebahagian-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mengganti Nama Anak Karena Sering Sakit

Hukum Mengganti Nama Anak Karena Sering Sakit

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 318 hits
Para orang tua mungkin pernah mendengar kisah seorang anak yang mengganti nama karena sering sakit atau tertimpa musibah dan hal itu dikaitkan dengan arti nama yang dirasa kurang cocok Dalam hal ini bagaimana hukum mengganti nama anak dalam...
Ajar Anak Buat Kerja Rumah Sambil Bermain Anak Tak Ingat Pun Harga Mainan Mahal Dia Akan Ingat Masa Bersama Ibu Bapa

Ajar Anak Buat Kerja Rumah Sambil Bermain Anak Tak Ingat Pun Harga Mainan Mahal Dia Akan Ingat Masa Bersama Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 652 hits
Masa bermain sangat penting untuk kanak kanak Ketika kanak kanak bermain ibu bapa perlu turut serta dan memberi tambah nilai dalam permainan mereka seperti mendidik nilai nilai murni secara tak langsung anak anak akan bermain sambil belajar...
Mencicipi Pizza Enak Dengan Harga Anak Kos Di Kinan Pizza Mama Malang

Mencicipi Pizza Enak Dengan Harga Anak Kos Di Kinan Pizza Mama Malang

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 352 hits
Mencicipi pizza enak dengan harga anak kos di Kinan Pizza Mama Malang Rasa dan harga pizzanya sendiri sudah disesuaikan dengan selera konsumen Indonesia Jadi sudah pasti pas di lidah dan kantung
Dia Tak Pernah Buat Begini Anak Hilang Ibu Rayu Orang Ramai Bantu Mencari Zahir

Dia Tak Pernah Buat Begini Anak Hilang Ibu Rayu Orang Ramai Bantu Mencari Zahir

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 402 hits
Saya amat bimbang dengan keselamatan Zahir kerana dia tidak pernah berbuat demikian demikian kata Sainih Sunding 46 ibu kepada kanak kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi atau na...
Netizen Tidak Tahu Anak Saya Sering Ke Masjid Dan Bersedekah Normah Damanhuri

Netizen Tidak Tahu Anak Saya Sering Ke Masjid Dan Bersedekah Normah Damanhuri

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 586 hits
Dikecam teruk susulan kontroversi panas tarian separuh bogel di majlis kahwin anaknya Ahya Rosli pelakon veteren terkenal Normah Damanhuri akui sedih dengan komen netizen yang mengkritik caranya mendidik keluarga Saya tak tahu nak cakap apa...
Baca Ni Dulu Sebelum Beli Bayblade Untuk Anak

Baca Ni Dulu Sebelum Beli Bayblade Untuk Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 764 hits
Hye semua Saya ingatkan musim Bayblade ni sekejap je macam musim spiner dulu Dalam sebulan dua habis la Tapi rupanya hebat juga penangan Bayblade ni Sampai sekarang masih ramai budak budak main Bayblade Taukey kedai yang jual bayblade ni ba...
Gempi Bikin Warganet Nangis Gara Gara Nanya Hal Ini Ke Gading Ketulusan Seorang Anak

Gempi Bikin Warganet Nangis Gara Gara Nanya Hal Ini Ke Gading Ketulusan Seorang Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 268 hits
Pertanyaan polos dari seorang anak yang belum paham kenapa harus ada perceraian Hiks
Hiburan Fasha Sandha Dipuji Walaupun Sudah Berkahwin Tetap Jemput Jejai Sambut Hari Jadi Anak

Hiburan Fasha Sandha Dipuji Walaupun Sudah Berkahwin Tetap Jemput Jejai Sambut Hari Jadi Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 315 hits
Baru baru ini pelakon Fasha Sandha telah mengadakan majlis sambutan hari jadi anak sulungnya Putra Rayfal Ramli bersempena dengan ulang tahunnya yang ke 6 Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah sekali dengan kehadiran keluarga dan ...
Guys My Daughter Nurul Ameena Sofia Selepas 30 Hari Shakilla Khoriri Tunaikan Janji Kongsi Gambar Anak

Guys My Daughter Nurul Ameena Sofia Selepas 30 Hari Shakilla Khoriri Tunaikan Janji Kongsi Gambar Anak

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 411 hits
Please follow and like us 0 Setiap orang memilih masa yang sesuai untuk memperkenalkan cahaya mata mereka terutamanya para selebriti Ada yang memilih tarikh atas sebab sebab tertentu Begitu juga pelakon Shakilla Khoriri dan suaminya penyamp
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Branding Bermula Dari Packaging Bukan Sekadar Logo

Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah