Hukum Mengebumikan Jenazah Pada Waktu Malam


Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Semoga ustaz berada dalam keadaan sihat sentiasa. Persoalan saya, apakah hukum mengebumikan jenazah pada waktu malam? Saya ada dengar yang kebumi jenazah waktu malam ini tidak dibenarkan. Mohon pencerahan ustaz. Maaf jika soalan saya ini menampakkan kejahilan saya.
Ringkasan jawapan :
Harus mengebumikan jenazah pada waktu malam. Jika ahli keluarga menangguhkan pengebumian sehingga waktu siang kerana ingin menunggu ahli waris yang lain atau supaya ramai yang boleh menunaikan solat ke atas jenazah, maka lebih baik dikembumikan pada siang hari. Namun, jika ahli keluarga takut sekiranya ditangguhkan pengebumian akan menyebabkan mudarat kepada jenazah, maka sebaiknya disegerakan. Semoga Allah mengurniakan pengakhiran hidup yang baik kepada kita semua.
Huraian jawapan :
Islam mengajarkan umatnya untuk menghormati manusia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Oleh itu, Islam menuntut untuk mengebumikan mayat agar kehormatannya tetap terjaga. Ia juga bagi memastikan agar mayat tidak dirosakkan, bau tidak tersebar sehingga menarik perhatian binatang-binatang liar. Malahan, mengebumikan jenazah adalah salah satu fardu kifayah yang perlu ditunaikan dan tidak boleh ditinggalkan.
Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, harus mengebumikan jenazah pada waktu malam. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah. Beliau berkata :
‌رَأَى ‌نَاسٌ ‌نَارًا ‌فِي ‌الْمَقْبَرَةِ ‌فَأَتَوْهَا فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْقَبْرِ وَإِذَا هُوَ يَقُولُ: نَاوِلُونِي صَاحِبَكُمْ فَإِذَا هُوَ الرَّجُلُ الَّذِي كَانَ يَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالذِّكْرِ
Maksudnya : “Orang ramai melihat (cahaya) api di kawasan perkuburan. Lantas mereka pergi ke kawasan perkuburan tersebut. Rupa-rupanya Rasulullah SAW berada di kawasan tersebut. Baginda bersabda : “Bantu saya kebumikan sahabat kalian ini. Beliau adalah seorang lelaki yang menguatkan suara ketika berzikir.[1]
Berdasarkan hadis di atas, para ulama menjadikan ia dalil tentang keharusan jenazah dikebumikan pada waktu malam, sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi. Beliau menyatakan :
‌ويجوز ‌الدفن ‌ليلا
“Harus mengebumikan jenazah pada waktu malam”[2]
Al-Khatib Al-Syirbini juga menjelaskan dengan lebih terperinci :
(وَيَجُوزُ) بِلَا كَرَاهَةٍ (الدَّفْنُ لَيْلًا) لِأَنَّ عَائِشَةَ وَفَاطِمَةَ وَالْخُلَفَاءَ الرَّاشِدِينَ مَا عَدَا عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُمْ دُفِنُوا لَيْلًا، وَقَدْ فَعَلَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا صَحَّحَهُ الْحَاكِمُ، وَلَا يَخْفَى أَنَّ الْكَلَامَ فِي مَوْتَى الْمُسْلِمِينَ
“Harus mengebumikan jenazah pada waktu malam tanpa ada kemakruhan pada perbuatan tersebut. Ini kerana ‘Aisyah, Fatimah dan para Khulafa’ Al-Rasyidin kesemuanya dikebumikan pada waktu malam melainkan Ali RA. Rasulullah SAW juga melakukannya seperti mana hadis yang telah dinilai sahih oleh Al-Hakim. Tidak syak lagi bahawa perbahasan tersebut adalah melibatkan jenazah orang Islam.”[3]
Ibn Hajar Al-Haitami juga menjelaskan perkara yang sama. Beliau menyatakan :
(‌وَيَجُوزُ ‌الدَّفْنُ ‌لَيْلًا) بِلَا كَرَاهَةٍ
“Harus mengebumikan jenazah pada waktu malam bukan makruh.”[4]
Perkara ini juga dijelaskan oleh Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau terhadap hadis Sahih Muslim. Beliau menjelaskan bahawa keharusan mengebumikan jenazah pada waktu malam adalah berdasarkan beberapa riwayat hadis antaranya hadis wanita berkulit hitam serta riwayat hadis tentang seorang lelaki yang berada di masjid dan meninggal dunia pada waktu malam.
Namun,jika perbuatan mengebumikan jenazah pada waktu malam boleh menyebabkan orang ramai meninggalkan solat ke atas jenazah, kurangnya orang yang menunaikan solat ke atas jenazah atau tidak teliti ketika kafankan jenazah kerana ingin segera mengebumikan, maka ianya tidak dibenarkan seperti mana riwayat hadis yang lain.[5]
Kesimpulannya, harus mengebumikan jenazah pada waktu malam. Jika ahli keluarga menangguhkan pengebumian sehingga waktu siang kerana ingin menunggu ahli waris yang lain atau supaya ramai yang boleh menunaikan solat ke atas jenazah, maka lebih baik dikembumikan pada siang hari. Namun, jika ahli keluarga takut sekiranya ditangguhkan pengebumian akan menyebabkan mudarat kepada jenazah, maka sebaiknya disegerakan.
Nota hujung :
[1] Riwayat Abu Daud, no 3163, Sunan Abi Daud (2009), Dar Al-Risalah Al-‘Alamiyah, Beirut, j.5 h.65.
[2] Abu Zakariya Al-Nawawi, Yahya Bin Syarf, Minhaj Al-Tolibin wa ‘Umdah Al-Muftin (2005), Dar Al-Fikr, Beirut, h.62
[3] Al-Khatib Al-Syarbini, Muhammad Bin Ahmad, Mughni Muhtaj ila Ma’rifah Alfaz Al-Minhaj (1994), Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah, Beirut, j.2 h.54.
[4] Ibn Hajar Al-Haitami, Tuhfah Al-Muhtaj fi Syarh Al-Minhaj (1983), Pencetakan Mustafa Muhammad, Mesir, j.3 h.194.
[5] Abu Zakariya Al-Nawawi, Yahya Bin Syarf, Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim Bin Hajjaj (1972),Dar Ihya’ Turath Al-‘Arabiy, Beirut, j.7 h.11.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Mengebumikan Jenazah Pada Waktu Malam appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-mengebumikan-jenazah-pada-waktu-malam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Beranak Cari Kotak Waktu Malam Di Tempat Sampah Untuk Beli Makanan

Dua Beranak Cari Kotak Waktu Malam Di Tempat Sampah Untuk Beli Makanan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 342 hits
Susulan pandemik Covid 19 melanda negara tidak nafikan ramai terjejas pendapatan dan hilang kerja Tidak kurang juga ada yang terpaksa ikat perut dan meminta bantuan untuk mengisi perut anak anak Baru baru ini seorang netizen dikenali sebaga...
Apa Keputusan Zahid Jumpa Mp Umno Malam Ini

Apa Keputusan Zahid Jumpa Mp Umno Malam Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 252 hits
Astro AwaniJulai 5 2021Sumber yang rapat dengan UMNO memberitahu dalam pertemuan itu nanti Zahid berkemungkinan menyatakan pendirian beliau selaku pemimpin nombor satu UMNO sama ada untuk kekal atau membawa parti keluar dari kerajaan PN sec...
Jika Terjaga Tengah Malam Lakukanlah Ini

Jika Terjaga Tengah Malam Lakukanlah Ini

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 234 hits
Jika tiba tiba anda terjaga dari tidur pada waktu tengah malam atau pada awal pagi jam 3 atau 4 pagi mungkin Allah SWT hantar malaikat mengejutkan kita untuk bertemu denganNya Bertuahnya kita Allah masih sayangkan kita lalu apa yang harus d...
Malam Hari Wagub Dki Pantau Pos Penyekatan Di Jaktim Dan Klaim Terkendali

Malam Hari Wagub Dki Pantau Pos Penyekatan Di Jaktim Dan Klaim Terkendali

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 249 hits
Riza mengingatkan selama PPKM Darurat masyarakat tidak diperkenankan melakukan mobilitas antar kota selain sektor esensial kritikal atau kebutuhan yang mendesak
Ahli Mt Umno Berkumpul Di Pwtc Putuskan Keluar Kerajaan Malam Ini

Ahli Mt Umno Berkumpul Di Pwtc Putuskan Keluar Kerajaan Malam Ini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 336 hits
Beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO kini berada di PWTC menurut laporan wartawan Agenda Daily di lokasi Beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional kini berada di ibu pejabat UMNO PWTC yang difahamkan sedang b...
6 Kesan Bahaya Makan Berat Lewat Malam Vitaminwawa

6 Kesan Bahaya Makan Berat Lewat Malam Vitaminwawa

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 352 hits
Assalamualaikum wbt Pernahkah anda mengamalkan makan berat lewat malam Apabila sering tidur lewat ia menyebabkan perut sering merasa lapar dan sudah tentu kita akan memasak dan makan sesuatu untuk menghilangkan lapar Tahukah anda jika serin...
Warga Kerumun Di Jl Sudirman Thamrin Di Malam Pertama Ppkm Darurat Dibubarkan Polisi

Warga Kerumun Di Jl Sudirman Thamrin Di Malam Pertama Ppkm Darurat Dibubarkan Polisi

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 411 hits
Dalam video tersebut memperlihatkan situasi penyekatan yang berada di Jalan Raya Lenteng Agung yang mengarah ke Jakarta
Optimalkan Ppkm Darurat Lampu Jalan Kota Kediri Akan Padam Mulai Pukul 8 Malam

Optimalkan Ppkm Darurat Lampu Jalan Kota Kediri Akan Padam Mulai Pukul 8 Malam

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 360 hits
Pemerintah Kota Kediri akan mematikan lampu jalan setiap pukul 20 00 WIB Kebijakan yang ditujukan untuk mengoptimalkan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat tersebut akan dimulai pada Senin
Tekanan Darah Meningkat Pada Waktu Pagi

Tekanan Darah Meningkat Pada Waktu Pagi

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 202 hits
TEKANAN DARAH MENINGKAT PADA WAKTU PAGI Tekanan darah kita akan menurun pada waktu malam Ia meningkat secara perlahan lahan menjelang waktu pagi apabila kita mula bangun pagi secara semulajadi Selalunya bermula sebaik saja kita bangun pagi ...
Nancy Tells Chong To Focus On Stampin Constituents Instead Of Politicising Santubong Beer Issue

Destinasi Ikonik Sabah Pantai Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Matcha Lovers Vs Coffee Lovers

Syed Badli Gesa Annuar Musa Jelaskan Isu Kg Sg Baru Minta Jangan Jadi Pengecut

R Is For Rough Winston Yeh Redesigns The Aprilia Rsv4

Kuetiau Goreng Masak Cara Saya

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Lirik Lagu Bawang Merah Bawang Putih Nabila Maharani Ft Eira Syazira


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Boikot Nabila Razali Gara Gara Jadi Pembawa Dulang Amira Othman

Nasi Goreng Cina Dan Doa Buat Anak Saudara Saya

Kecewa Usaha Bertahun Tahun Tak Dihargai Amp Asyik Ditolak Fadlan Hazim Undur Diri Dari Dunia Lakonan

Marissa Dania Sunting Gambar Ai Sedang Peluk Dirinya Masa Kecil Lagu Putar Waktu Buat Netizen Sebak

A Flat White A Busy Road And A Book

Rebut Harta Motif Pembunuhan Wanita Ditemui Maut Dalam Kereta Suspek Lari Ke Luar Negara Polis