Hukum Mengambil Upah Mengajar Al Quran


Mengajar Al-Quran merupakan tugas yang mulia kerana kita membantu manusia untuk memberi kefahaman terhadap Al-Quran.
Setiap bait ayat yang dibaca ditambah lagi jika ia turut diajar kepada orang lain, maka ia akan menjadi sebuah pahala yang sentiasa mengalir buat kita.
Namun, adakah dibolehkan untuk guru mengaji ini mengambil upah terhadap kelas pengajian Al-Quran ini?
Dalam hal ini, ulama mempunyai khlilaf (perbezaan) pendapat. Ada sebahagian yang mengatakan bahawa ia tidak dibolehkan dan ada sebahagian lagi yang membolehkan.
#1 – Tidak Boleh Mengambil Upah
Sebahagian ulama seperti Ibnu Syihab Al-Zuhri dan Imam Abu Hanifah tidak membenarkan pengambilan upah dari mengajar Al-Quran.
Sebahagian ulama melihat kepada dalil Allah yang menyebut:
Mafhum: “Sesiapa yang berkeadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya.
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain dengan daripada azab neraka, dan pada hari itu, gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah Hud, 11:15-16)
#2 – Boleh Mengambil Upah
Bagaimanapun, ada sebahagian ulama lagi yang menyebut bahawa dibolehkan mengambil upah daripada penerima. Namun, mereka menyebut bahawa nilai tersebut perlu dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pendapat ini dipersetujui oleh Imam Malik dan daripada kalangan Imam Syafi’e.
Berdasarkan sebuah hadis yang menyebut bahawa dibolehkan mengambil pemberian orang di atas usaha yang telah dilakukan;
Maksud: “Sesungguhnya sekelompok Sahabat Nabi SAW turun di suatu lembah. Kemudian, ada di antara mereka terkena sengatan. Seorang penduduk dari lembah bertanya kepada mereka: “Adakah ada di antara anda yang pakar meruqyah karena ada orang dari lembah terkena sengatan?”
Maka, salah seorang di antara para sahabat telah datang dan membacakan surat al-Fatihah dengan imbalan seekor kambing. Kemudian, apabila sembuh, mereka memberikan kambing kepada lelaki itu sebagai upah. Ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju dengan perbuatan itu.
Mereka berkata: “Adakah anda dibenarkan mengambil upah dari Kitab Allah?“
Apabila mereka tiba di Madinah, perkara ini ditanyakan kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda: “Sesungguhnya yang paling berhak anda ambil upah adalah dari Kitab Allah.” (HR Bukhari, no. 5405)
Melalui dalil ini, Imam Nawawi menegaskan bahawa perbuatan mengambil upah dari ruqyah dengan ayat Al-Quran adalah dibolehkan. Tidak makrul dan tidak pula menjadi kesalahan.”
Ulama bersetuju bahawa ia adalah sama dengan aktiviti mengajar Al-Quran. Perkara itu tidak dilarang. (Syarah Shahîh Muslim 14/188)
Kesimpulan
Melihat kepada pandangan yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, perbuatan mengambil upah mengajar Al-Quran adalah dibolehkan.
Ia terutamanya bagi menampung kos-kos yang berkaitan seperti masa, usaha, tenaga, pengangkutan dan sebagainya.
Jika guru tersebut tidak meletakkan upah sekali pun, sebagai seseorang yang menuntut ilmu darinya, hargailah jasa mereka dengan menunjukkan semangat yang jitu dalam proses menuntut ilmu serta berilah upah sekadar mampu.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan via tzkrh.com 
The post Hukum Mengambil Upah Mengajar Al-Quran appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-mengambil-upah-mengajar-al-quran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Upah Cikgu Datang Rumah Nad Zainal Akui Bukan Senang Nak Mengajar Anak Sendiri

Hiburan Upah Cikgu Datang Rumah Nad Zainal Akui Bukan Senang Nak Mengajar Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 364 hits
Pelakon drama Hati Yang Tersakiti Nad Zainal mengakui bahawa bukan mudah bagi dirinya untuk mengajar anak sulung kesayangan Fahad Ibrahim yang kini berusia 4 tahun di rumah sepanjang musim COVID 19 ini Apa yang membimbangkan Nad apabila dia...
Hukum Jual Beli Produk Al Quran

Hukum Jual Beli Produk Al Quran

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 591 hits
Alhamdulillah di Malaysia kita melihat semakin ramai peniaga menjual alquran khususnya alquran tafsir dan terjemahan Sebagai negara yang bahasa arab bukan bahasa rasmi kita sangat memerlukan tafsir dan terjemahan ini bagi membantu kita mema...
Hiburan Terinspirasi Dengan Anak Norman Hakim Bangga Berjaya Khatam Al Quran Pada Tahun 2020

Hiburan Terinspirasi Dengan Anak Norman Hakim Bangga Berjaya Khatam Al Quran Pada Tahun 2020

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 433 hits
Pelakon Norman Hakim baru baru ini telah berkongsikan berita gembira di mana dia khabarnya telah berjaya khatam naskah suci Al Quran pertama kali untuk tahun ini menerusi akaun Instagramnnya Meskipun tahun ini hanya sekali dia berjaya khata...
Ternyata Al Quran Memiliki Jawaban Memuaskan Mengapa Tuhan Menciptakan Orang Cacat

Ternyata Al Quran Memiliki Jawaban Memuaskan Mengapa Tuhan Menciptakan Orang Cacat

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 216 hits
Dalam sebuah forum di India yang dihadiri ribuan orang seorang non muslim bertanya kepada Dr Zakir Naik Mengapa Tuhan menciptakan orang orang yang terlahir cacat Apakah ada ayat Al Quran atau perkataan Nabi Muhammad yang menjelaskan hal ini...
Pmb Taja Rm40 000 Program Celik Al Quran Ypm

Pmb Taja Rm40 000 Program Celik Al Quran Ypm

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 198 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM ABDUL Latiff Ahmad menyempurnakan penyampaian sumbangan untuk program Celik al Quran kepada Mohd Nizar Sudin sempena perasmian ibu pejabat PMB di Wisma PMB Jalan Lumut Kuala Lumpur semalam PUTRAJAYA Permodalan Mar...
Sufie Rashid Tak Pernah Khatam Al Quran

Sufie Rashid Tak Pernah Khatam Al Quran

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 231 hits
Penyanyi Sufie Rashid mengakui dia tidak pernah khatam al Quran dia kini dalam proses membaca dari Iqra satu Sufie 29 atau nama sebenarnya Muhammd Sufi Rashid berkata atas inisiatif sendiri dia mengikuti program Kelas Ngaji Talaqqi dan Tada...
Hiburan Rajin Hafal Pelbagai Surah Al Quran Usaha Amar Baharin Raih Pujian Netizen

Hiburan Rajin Hafal Pelbagai Surah Al Quran Usaha Amar Baharin Raih Pujian Netizen

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 290 hits
Sering berkongsi aktiviti harian di laman Instagramnya kini nama pelakon Amar Baharin khabaranya semakin disebut sebut netizen kerana acap kali menunjukkan minat dalam bidang pengajian Islam Lebih menarik suami kepda pelakon Amyra Rosli ini...
Hiburan Tak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru Nak Belajar Mengaji

Hiburan Tak Pernah Khatam Al Quran Penyanyi Sufie Rashid Tak Segan Baru Nak Belajar Mengaji

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 292 hits
Penyanyi kelahiran Singapura dan bekas juara program Akademi Fantasia 2015 Sufie Rashid mengakui dia tidak pernah berpeluang untuk khatam Al Quran dan kini sedang dalam proses belajar membaca ayat ayat suci tersebut Sufie 29 mendedahkan dia...
Fail Persediaan Mengajar 2021

Fail Persediaan Mengajar 2021

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 1110 hits
Assalamualaikum Salam SejahteraSyukur tahun ke 6 kami sediakan softcopy fail RPM ini Alhamdulillah semua berpuas hati Setiap tahun kami akan mengeluarkan design yang berbeza secara automatik design RPM2020 ditutup untuk jualan Cover depan P...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa

Mont Kiara Traffic A Nightmare


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia

Iftar 2025 Dengan Buffet Murah Iftar Citarasa Nusantara Fbi Bayu Event Hall Jb