Hukum Memberi Salam Jawab Salam Berlainan Jantina


Assalamualaikum
Bismillah
Dulu masa sekolah apabila lalu kat sekumpulan lelaki kalau boleh orang perempuan nie nak buat pusingan U-turn asalkan tak lalu dekat lelaki. 
Dan korang mesti pernah kena usik oleh lelaki seperti memberi salam 'assalamualaikum'. Kita yang perempuan ni pun rasa serba salah nak jawab salam ke atau tidak. 
Ada lah yang kata 'tak jawab salam berdosa'. Tetapi sebenarnya wajib ke perempuan jawab salam lelaki? Apakah hukum berkenaan salam? 
AL-KAFI #666 : HUKUM MEMBERI SALAM BERLAINAN JANTINAFirman Allah Taala:
فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚMaksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” (Surah al-Nur: 61)
Firman Allah Taala:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًاMaksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Nur: 86)

Hukum memberi salam asalnya ialah sunat yang sangat dituntut. Adapun menjawabnya adalah wajib.
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Hukum memulakan salam itu adalah sunat muakkadah. Berkata ashab mazhab kami, ia adalah sunat kifayah jika sekolompok jamaah lalu di hadapan seorang lelaki atau jamaah lain kemudian salah seorang daripada kelompok pertama memberikan salam maka terhasil hukum sunat. Adapun hukum menjawab salam adalah fardu atau wajib secara ijma’. Sekiranya seseorang memberi salam kepada seseorang yang lain maka yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardu ain. Manakala sekiranya diberi salam kepada sekelompok manusia, maka menjawabnya menjadi fardu kifayah.” Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/493-494)

Persoalan ditimbulkan berkenaan hukum lelaki dan wanita yang ajnabi (asing) memberi salam antara satu sama lain.  Perkara ini ada dibincangkan oleh para ulama. Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu` (4/601-602) :
“Hukum memberi salam kaum wanita dengan wanita lain adalah sama hukumnya antara lelaki dengan lelaki. Para ashab (ulama) mazhab kita mengatakan, jikalau seorang lelaki memberi salam ke atas seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki, sekiranya di antara mereka berdua terdapat hubungan mahram atau perkahwinan, atau hamba, maka hukumnya adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun, sekiranya tiada hubungan tersebut, maka tidak wajib menjawabnya. Sekiranya wanita tersebut sudah tua renta, maka boleh kerana dia keluar daripada punca fitnah.
Berkata al-Mutawalli: “Jika seorang lelaki memberi salam kepada seorang pemudi yang asing tidak boleh baginya untuk menjawabnya. Kalau pemudi itu yang memberi salam, makruh bagi lelaki itu untuk menjawabnya.”
Sekiranya sekelompok wanita memberi salam kepada seorang lelaki atau sekelompok lelaki memberi salam kepada seorang wanita maka hukumnya adalah sunat jika tidak ditakuti bagi kelompok lelaki dan wanita sebarang fitnah. 
Ini berdasarkan hadis Asma’ bin Yazid R.anha yang berkata:
مَرَّ عَلَيْنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نِسْوَةٍ فَسَلَّمَ عَلَيْنَاMaksudnya: “Nabi SAW berjalan berhampiran kami dan mengucapkan salam kepada kami.” Riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi. Kata al-Tirmidhi: “Hadisnya hasan”.
Begitu juga hadis Sahl bin Sa`d RA berkata:
كَانَتْ فِينَا امْرَأَةٌ وَفِي رِوَايَةٍ كَانَتْ لَنَا عَجُوزٌ تَأْخُذُ مِنْ أُصُولِ السَّلْقِ فتطرحه في القدر وتكركر حبات من شعير فَإِذَا صَلَّيْنَا الْجُمُعَةَ انْصَرَفْنَا نُسَلِّمُ عَلَيْهَا فَتُقَدِّمُهُ إلَيْنَا
Maksudnya: “Dalam kalangan kami ada seorang wanita tua yang selalu mencabut pokok Silq daripada akarnya lalu memasukkannya ke dalam periuk dan menambahkan serbuk barli ke dalamnya. Apabila kami selesai solat Jumaat, kami beredar dan memberi salam kepada wanita tersebut dan beliau memberi kami makanan yang dimasaknya.” Riwayat al-Bukhari
Daripada Umm Hani’ R.Anha berkata:
أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْفَتْحِ وَهُوَ يَغْتَسِلُ وَفَاطِمَةُ تَسْتُرهُ فَسَلَّمْتُ
Maksudnya: “Aku berjumpa Rasulullah SAW pada hari Fath al-Makkah. Ketika itu Baginda sedang mandi dan Fatimah menghadanginya. Lalu aku memberi salam kepada Baginda.” Riwayat Muslim
Hal ini juga dikuatkan dengan kenyataan Syeikh Zain al-Din al-Malibari dalam Fath al-Muin(ms. 274): “Adapun musytahah (wanita asing) yang tiada bersama dia wanita lain maka haram dia menjawab salam lelaki asing dan memulakan salam. Begitu juga makruh baginya untuk menjawab salam wanita itu dan haram bagi lelaki itu untuk memulakan salam.”

Berdasarkan kenyataan di atas, jelas kepada kita bahawa hukum memberi salam antara lelaki dan wanita adalah diharuskan dengan syarat yang ditetapkan iaitu, aman daripada fitnah. Syarat ini pula diikat oleh para ulama dengan hubungan mahram.Kesimpulannya :1. Memberi salam antara kaum wanita dengan wanita adalah sama hukumnya antara lelaki dengan lelaki. Sunat yang sangat dituntut dan wajib menjawab salam.
2. Lelaki memberi salam kepada seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki (Sekiranya antara mereka terdapat hubungan mahram atau perkahwinan / hamba). Sunat yang sangat dituntut dan wajib menjawab salam.
3. Lelaki memberi salam kepada seorang perempuan atau perempuan memberi salam kepada lelaki (Sekiranya antara mereka bukan mahram atau mempunyai perkahwinan / hamba). Tidak wajib menjawab salam.
4. Sekiranya wanita sudah tua yang boleh menghindari fitnah. Boleh menjawab salam.
5. Lelaki memberi salam kepada pemudi asing atau sebaliknya. Makruh menjawab salam.
6. Sekolompok lelaki/wanita memberi salam kepada seorang lelaki/wanita. Sunat memberi salam jika tidak ditakuti bagi kelompok lelaki dan wanita sebarang fitnah. 
7. Wanita asing yang tiada bersama dia wanita lain. Haram menjawab salam lelaki asing dan memulakan salam. 
8. Lelaki asing yang tiada bersama dia lelaki lain. Makruh menjawab salam dan haram memulakan salam. 

Antara bentuk-bentuk memberi salam yang dibenarkan jua ialah apabila berkait dengan keperluan atau hajat yang tidak membawa kepada syahwat. 
Contohnya, anak murid perempuan memberi salam kepada guru lelaki, ketika di pasar, pekerja di kaunter, meminta fatwa daripada seorang alim dan lain-lain.

Semoga Allah SWT memberikan keselamatan dan kebaikan kepada kita semua. Amin.

Sumber : AL-KAFI #666 : HUKUM MEMBERI SALAM BERLAINAN JANTINA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2022/10/hukum-memberi-salam-jawab-salam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Bersenam Keinginan Seksual Meningkat Kim Jongkook Jawab Soalan Panas

Bila Bersenam Keinginan Seksual Meningkat Kim Jongkook Jawab Soalan Panas

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 177 hits
Ramai rasanya yang seronok menonton Kim Jong kook di saluran GYM Jongkook pada saban minggu kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru DinDin yang merupakan satu kelab bola sepak bersama lelaki berbadan sasa itu telah menyertai saluran tersebut untuk sa...
Nanti Terima Jawab Dan Tanggung Masing Masing

Nanti Terima Jawab Dan Tanggung Masing Masing

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 195 hits
NANTI TERIMA JAWAB DAN TANGGUNG MASING MASING Assalammualaikum wbt Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih TERLUPA mati itu pasti Akhirat itu ada Syurga neraka merupakan sebenar benarnya wujud menjadi ganjaran Boleh jadi terl...
Aku Bukan Kafir Aaron Aziz Jawab Komen Ukir Tatu Sementara Di Leher

Aku Bukan Kafir Aaron Aziz Jawab Komen Ukir Tatu Sementara Di Leher

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 254 hits
PERKONGSIAN pelakon Datuk Aaron Aziz yang menunjukkan bahagian lehernya dipenuhi tatu bagi menjayakan watak untuk penggambaran filem The Original Gangster mengundang kecaman dalam kalangan peminatnya Ada pihak mendakwa lakaran tatu tersebut...
Saya Tak Boleh Dah 10 Tahun Debut D O Exo Jawab Sebab Tak Guna Media Sosial

Saya Tak Boleh Dah 10 Tahun Debut D O Exo Jawab Sebab Tak Guna Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 270 hits
Sudah lebih 10 tahun debut bersama EXO peminat pastinya menantikan D O untuk mencipta akaun media sosial kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru D O telah tampil sebagai tetamu dalam saluran YouTube penyanyi rap Zico Give Me A Minute Khususnya dalam ...
7 Tahun Bercinta Lee Jungjae Jawab Jika Akan Kahwini Im Seryung

7 Tahun Bercinta Lee Jungjae Jawab Jika Akan Kahwini Im Seryung

papar berkaitan - pada 22/10/2022 - jumlah : 180 hits
Sudah 7 tahun bersama pasti ramai yang menantikan hari gembira Lee Jung jae bersama kekasihnya Im Se ryung ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 20 Oktober Lee Jung jae telah menghadiri Festival Filem Asia Timur London ke 7 dan turut terlibat deng...
Wamen Bumn Ii Ungkap Transformasi Digital Jawab Tantangan Perbankan Ri

Wamen Bumn Ii Ungkap Transformasi Digital Jawab Tantangan Perbankan Ri

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 196 hits
Menurut Tiko dirinya menginstruksikan Himbara melakukan perubahan dengan mengadopsi teknologi digital Sehingga lanjutnya ketika pandemi melanda Indonesia masyarakat dan perbankan sudah siap bertransformasi digital
Bebaskan Pemimpin Yang Dianayai Oleh Kerajaan Mahathir Jika Umno Menang Pru15 Adalah Satu Tanggung Jawab

Bebaskan Pemimpin Yang Dianayai Oleh Kerajaan Mahathir Jika Umno Menang Pru15 Adalah Satu Tanggung Jawab

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 270 hits
Oleh Adam Malik Mahathir meroyan pada tulisan nya sekali lagi Selepas tulis terus Mahathir cabut lari tanpa lihat apa respon dan komen rakyat pada tulisan nya Begitu lah Mahathir membuat cerita dari sudut pandangan diri sendiri tanpa ambil ...
Lelaki Jawab Punca Berpisah Akui Masih Sayang Isteri Tapi Terpaksa Lafaz Talak

Lelaki Jawab Punca Berpisah Akui Masih Sayang Isteri Tapi Terpaksa Lafaz Talak

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 239 hits
Sejak semalam tular di media sosial berkenaan video tular yang dikongsikan seorang wanita di TikTok apabila berpimpin tangan dengan suaminya masuk ke mahkamah syariah bagi mendengar lafaz cerai lelaki itu Pasangan tersebut sebelum ini perna...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Building With Purpose Sustainable Approaches To Construction

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

It Is All About Designing Dreams At Colonial Infinite Edumetro

Traffic Reported Smooth On Major Highways


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Aktivis Dedah Pasaraya 96 Tipu Warga Kuantan Bukan Milik Penuh Bumiputera Tapi Premis Warga Asing Bangladesh

Makan Makan Di Hari Raya Aidiladha

Mee Sup Favourite Arwah Mak Pah Sarapan Pagi Ini

Dari Dulu Kena Pulau Isu Dibuli Kembali Disebut Hanya Suzy Ahli Miss A Tiada Di Majlis Kahwin Min

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan