Hukum Membayar Wang Pelincir Bagi Mendapatkan Hak Yang Tertahan



SOALAN:
Apakah hukumnya sekiranya saya membayar wang pelincir untuk mendapatkan hak saya yang tertahan? Saya telah mencuba pelbagai cara lain bagi mendapatkan hak saya itu, tetapi tidak berhasil. Saya buntu. Harap dapat memberi saya pencerahan.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)

Ayat di atas boleh difahami bahawa, janganlah sebahagian daripada kamu memakan (mengambil) harta sebahagian yang lain dengan cara yang batil seperti sumpah yang dusta, merampas, mencuri, rasuah, riba dan lain-lain. Selain itu, janganlah kamu menyampaikan hujah-hujah yang batil kepada hakim bagi tujuan memakan harta segolongan manusia dengan cara yang salah sedangkan kamu tahu perkara itu adalah haram ke atas kamu (melakukannya). [al-Tafsir al-Muyassar, m/s: 29]

Memahami makna rasuah

Rasuah adalah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, (22/219)]

Dr Yusuf al-Qaradhawi pula menyebut bahawa termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya. [Lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m/s: 379]

Menurut undang -undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b), Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) mentafsirkan rasuah sebagai: “Menerima atau memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada hubungan dengan prinsipalnya.”

Manakala suapan pula, menurut Seksyen 2, Akta Pencegahan Rasuah 1997 ialah: “Wang, derma, pinjaman, hadiah, cagaran beharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tidak alih atau apa-apa manfaat seumpamanya.”

Berbalik kepada soalan di atas, kita dapat simpulkan bahawa perbuatan memberi wang pelincir adalah termasuk di dalam perbuatan memberi rasuah.

Dalil pengharaman rasuah

Pengharaman rasuah jelas di dalam al-Quran dan Sunnah. Firman Allah SWT:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” (Surah al-Maidah: 42)

Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.” [Lihat: Ma’alim al-Tanzil,(3/58)]

Rasulullah SAW juga ada bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [HR. Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)]

Selain itu, amalan rasuah juga akan menatijahkan kesan dan kesudahan yang sangat buruk seperti menghancurkan keadilan dalam sesebuah negara, pengurusan pentadbiran menjadi lambat dan kucar-kacir, muncul orang jahat yang bertambah jahat, Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang dan lain-lain lagi.

Terpaksa memberi rasuah bagi mendapatkan hak yang tertahan

Dr. Yusuf al-Qaradawi menyebut di dalam kitabnya bahawa sesiapa yang mempunyai sebarang hak yang diabaikan dan tiada lagi jalan lain bagi mendapatkannya kembali melainkan dengan memberi rasuah, ataupun dia ditimpa suatu kezaliman, yang mana tidak dapat melepaskan dirinya melainkan dengan memberi rasuah, maka yang paling utama baginya ialah bersabar sehingga Allah memudahkan baginya sebaik-baik jalan untuk melepaskannya dari kezaliman atau untuk mendapatkan kembali haknya itu. Tetapi, jika dia memilih jalan memberi rasuah untuk mengatasi masalahnya itu, dosanya adalah ke atas siapa yang menerima rasuah tersebut dan bukan ke atas yang memberi rasuah, kerana dia telah mencuba pelbagai cara, namun tidak berhasil (sehingga tiada lagi jalan lain) bagi menolak kezaliman atau mendapatkan semula haknya tanpa bertindak terhadap hak orang lain. [Lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m/s : 382-383]

Kita dapat fahami bahawa seseorang itu tidak boleh bermudah-mudah dalam hal ini, melainkan setelah tiada lagi jalan lain kerana rasuah tetap kekal hukumnya sebagai haram. Dan kelonggaran tersebut mestilah sekadar cukup bagi dia untuk menolak kezaliman dan mendapatkan kembali haknya sahaja serta tidak lebih daripada itu. Ini bertepatan dengan kaedah:

الضرورات تبيــح المحــظورات وتقدر بقدرها
“Mudarat mengharuskan yang haram dan mengambilnya cukup hanya sekadar yang perlu sahaja.”

Oleh yang demikian, jika dia melakukan perkara yang haram (ketika darurat) lebih daripada had yang dibenarkan, maka dia telah berdosa.

Kemudian, Dr. Yusuf al-Qaradawi menambah lagi, terdapat sesetengah ulama' membuat alasannya dengan hadis-hadis Nabi SAW yang memberitakan tentang sekumpulan orang yang datang menggesa Baginda SAW untuk memberikan kepada mereka sedekah, iaitu zakat sehingga Baginda SAW terpaksa memberikan kepada mereka, iaitu riwayat daripada Umar bin al-Khattab R.A yang mengatakan:

أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : إِن أحدكُم ليخرج بِصَدَقَتِهِ من عِنْدِي متأبطها وَإِنَّمَا هِيَ لَهُ نَار قال عمر : يَا رَسُول الله! كَيفَ تعطيه وَقد علمت أَنَّهَا لَهُ نَار؟ قَالَ : فَمَا أصنع؟ يأبون إِلَّا مَسْأَلَتي، ويأبى الله عز وَجل لي الْبُخْل.
Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: “Ada di kalangan kamu akan pergi membawa sedekah yang aku berikannya kepada mereka, dengan mengepitnya (sedekah tersebut) di bawah ketiaknya, sedangkan ia adalah bara api neraka.” Lantas Umar R.A bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana kamu memberinya sedang kamu tahu bahawa pemberian itu adalah bara api neraka?” Baginda SAW menjawab: “Jadi, apa yang mesti aku lakukan? Mereka terus mendesak meminta-minta kepadaku, sedangkan Allah Azza Wa Jalla enggan aku menjadi bakhil.” [HR. Abu Ya’la dan Ahmad (11123)]

Jika terdesak dengan permintaan seseorang, Nabi SAW terpaksa memberikan peminta sedekah itu apa yang diketahuinya bakal menjadi bara api neraka apabila diambilnya, maka bagaimana pula caranya sekiranya terdesak dengan keperluan untuk menolak suatu kezaliman atau mengambil kembali hak yang diabaikan? [Lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, m/s: 383]

Kesimpulannya

Berbalik kepada persoalan di atas, kami simpulkan kepada beberapa perkara:

Islam mengharamkan orang Muslim untuk memberikan rasuah atau menerimanya atau terlibat di dalam perkara-perkara yang telah diharamkan atau menjadi wasilah kepada perkara yang haram. Hal ini bertepatan dengan kaedah:

كل ما أدى إلى الحرام فهو حرام
“Setiap perkara yang membawa kepada perkara haram, hukumnya adalah haram.”

Sekiranya seseorang itu terpaksa terlibat di dalam perkara haram, seperti memberi wang pelincir bagi mendapatkan hak yang tertahan atau memberi rasuah bagi melepaskan diri daripada kezaliman, dia tidak berdosa sekiranya sudah tiada lagi jalan lain melainkan dengannya. Dan harus diingat perbuatan tersebut mestilah cukup sekadar yang perlu sahaja, tidak boleh lebih daripada itu. Namun, sekiranya dia dapat bersabar, itulah yang lebih utama dan lebih baik baginya.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan bagi melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala perkara-perkara yang haram.

Kami akhiri dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ
“Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.” (Surah al-Baqarah: 286)

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-membayar-wang-pelincir-bagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Membiayai Kos Pengurusan Jenazah Menggunakan Wang Khairat Kematian

Hukum Membiayai Kos Pengurusan Jenazah Menggunakan Wang Khairat Kematian

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 465 hits
SOALAN Bolehkah pembiayaan kos urusan jenazah ditanggung oleh pihak lain seperti menggunakan duit Tabung Khairat Kematian untuk tujuan tersebut Adakah kisah Mus ab bin Umair yang hanya dikafani dengan sehelai kain boleh menjadi dalil bahawa...
Tiada Wang Kerajaan Kenakan Cukai Tambahan Rm3 98b Ke Atas Tnb

Tiada Wang Kerajaan Kenakan Cukai Tambahan Rm3 98b Ke Atas Tnb

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 370 hits
Ini sebenarnya cara kerajaan PH menyamun wang Rakyat secara terang terang Semalam kerajaan PH tiba tiba mengenakan cukai tambahan sebanyak RM3 98 bilion ke atas Tenaga Nasional Kononnya TNB tidak membayar cukai yang mencukupi bagi tahun 201...
Corak Baji Penurunan Harga Pada Pasangan Mata Wang Usdjpy

Corak Baji Penurunan Harga Pada Pasangan Mata Wang Usdjpy

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 402 hits
Pasangan mata wang USDJPY ini terus membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi berhubung tahap terendah terkini Walau bagaimanapun harga mungkin membentuk corak baji yang lemah Digabungkan dengan f...
Pecah Tembelang Pac Kata Kereta Terbang Sudah Di Beri Rm20 Juta Wang Rakyat Duit Kita Pergi Mana

Pecah Tembelang Pac Kata Kereta Terbang Sudah Di Beri Rm20 Juta Wang Rakyat Duit Kita Pergi Mana

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 428 hits
Tuan tuan Menteri kata tidak ada duit rakyat dibelanjakan untuk projek kereta terbang Tetapi PAC pula kata duit rakyat sebanyak RM20 Juta telah pun diberi kepada projek kereta terbang PAC said Redzuan did not perform any due diligence on Ae...
Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Untuk 2 Disember 2019

Analisis Elliott Wave Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Untuk 2 Disember 2019

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 341 hits
Pasangan mata wang GBP USD ini terperangkap di dalam pembetulan mendatar di bawah rintangan utama jangka pendek pada tahap 141 69 Walau bagaimanapun ia hanya menunggu masa untuk menembusi tahap rintangan sebelum harga melantun lebih tinggi ...
Lantunan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Usd Cad

Lantunan Harga Bagi Pasangan Mata Wang Usd Cad

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 313 hits
USDCAD menunjukkan lantunan harga di atas tahap sokongan pada 1 32680 untuk menolak harga ke arah rintangan 1 33278Kemasukan 1 3268050 Anjakan FibonacciAmbil Keuntungan 1 33278Kenapa baik Pergerakan Mendatar TinggiThe material has been prov...
Pasangan Mata Wang Aud Usd Dalam Perhatian 0 6770

Pasangan Mata Wang Aud Usd Dalam Perhatian 0 6770

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 300 hits
Selamat Pagi Semalam Gabenor Bank Rizab Australia Philip Lowe memberi beberapa petunjuk bahawa akhirnya negara itu boleh menjadi yang terbaru dalam menyertai kelonggaran kuantitatif pada bulan bulan akan datang Komennya mencetuskan beberapa...
Pasangan Mata Wang Usd Cad Masih Tidak Mempunyai Arah Yang Jelas Sejak Bulan Julai

Pasangan Mata Wang Usd Cad Masih Tidak Mempunyai Arah Yang Jelas Sejak Bulan Julai

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 267 hits
Pasangan mata wang USD CAD telah merosot di bawah saluran kenaikkan harga jangka panjang berhampiran akhir bulan Oktober tetapi harga telah melantun dengan kuat sejak itu membawa harga di dalam saluran kenaikan harga jangka panjang sekali l...
Sepanyol Dakwa Bapa Saudara Presiden Syria Ubah Wang Haram 600 Juta Euro

Sepanyol Dakwa Bapa Saudara Presiden Syria Ubah Wang Haram 600 Juta Euro

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 244 hits
Sepanyol dakwa bapa saudara presiden Syria ubah wang haram 600 juta euro Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 23
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer