Hukum Mati 3 Ulama Bukti Arab Saudi Tamak Kuasa Tunduk Pada As


Faiz Zainudin Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan Arab Saudi menghukum 3 ulama terkenal negara itu adalah kerana khuatir dengan kritikan mereka.PETALING JAYA: Pertubuhan Islam mengutuk tindakan Arab Saudi yang bakal menjatuhkan hukuman mati ke atas 3 ulama terkenal negara itu kerana didakwa atas pelbagai tuduhan “keganasan”.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan Arab Saudi menghukum 3 ulama itu bukanlah disebabkan aktiviti keganasan, sebaliknya kerana khuatir dengan kritikan yang dibuat tokoh agama terbabit.

Beliau mendakwa tindakan Arab Saudi jelas menunjukkan pemerintah negara itu tamak kuasa dan terlalu tunduk kepada kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan Israel.

“Rejim Saudi hanya mementingkan kuasa dan mahu mengekalkan sistem monarki mutlak. Ulama yang menegur dianggap musuh dan perlu dihapuskan.

“Ulama dan aktivis sosial dan pejuang hak manusia menjadi sasaran kerajaan Saudi dengan melabelkan mereka sebagai teroris.

“Rejim Saudi sangat khuatir jika kuasa mereka digugat dan dengan itu mereka patuh kepada arahan Amerika Syarikat dan Israel supaya menghapuskan sebarang penentangan atas nama teroris,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, tindakan Arab Saudi itu juga akan membangkitkan kemarahan golongan ulama dunia dan mereka yang cintakan agamawan.

“Kesan tindakan Saudi itu hanya akan menambah perpecahan dalam kalangan ulama kerana Saudi diketahui mengawal ulama yang diupah untuk patuh dan setia kepadanya,” kata beliau.

Sementara itu Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, perkembangan yang melibatkan ulama Arab Saudi tersebut lebih merupakan isu dalaman negara itu.

“Isu ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan mereka sebagai ulama tetapi lebih kepada isu dalaman negara Arab Saudi mengenai kritikan mereka (3 ulama) terhadap sistem pemerintahan beraja.

“Itu hak kerajaan Saudi untuk menentukan hukuman. Di negara kita juga ada hukuman tertentu di bawah Akta Hasutan jika ada rakyat yang mengkritik dan menghina raja,” kata presidennya, Aminuddin Yahya.

Ketika ditanya sama ada hukuman yang bakal dikenakan terhadap 3 ulama itu akan menimbulkan pandangan negatif terhadap golongan ulama, termasuk di Malaysia, Aminuddin berkata, ia tidak memberi kesan besar.

“Tetapi seperti sedia maklum pihak Barat dan konco-kpnconya akan sentiasa melabelkan mana-mana pihak yang memperjuangkan agama sebagai ekstrmis atau pelampau.

“Kita (Malaysia) tidak harus terjebak dengan propaganda Barat dan berusaha terus mempertahankan Islam mengikut undang-undang yang ada,” katanya.

Media Middle East Eye melaporkan 3 ulama terkenal Arab Saudi yang didakwa atas pelbagai tuduhan “keganasan” akan dijatuhi hukuman mati selepas Ramadan, menurut 2 sumber kerajaan dan waris ulama terbabit.

Ketiga-tiga mereka ialah Sheikh Salman al-Odah yang terkenal dengan pandangan progresif mengenai syariah dan homoseksual; ahli akademik dan juga pengarang, Awad al-Qarni serta Ali al-Omari yang merupakan penyiar terkenal.

Sumber kerajaan mengesahkan rancangan hukuman terhadap ketiga-tiga ulama itu yang sedang menunggu perbicaraan di Mahkamah Khas Jenayah di Riyadh.

Pendengaran kes ditetapkan pada 1 Mei lalu, tetapi ditangguhkan tanpa menetapkan tarikh terbaru.

Manakala sumber ke-2 pula berkata, kerajaan Saudi memutuskan untuk meneruskan rancangan menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati hanya terdapat sedikit reaksi antarabangsa, terutama di peringkat kerajaan dan ketua negara.

Salman ditahan pada September 2017 kerana didakwa mempersoalkan pemerintahan beraja mutlak di negara itu.

Beliau yang mempunyai 14 juta pengikut Twitter, pernah dipenjarakan pada 1994-1999 kerana menyokong perubahan politik.
Antara kiriman Twitter terakhirnya ialah mengalu-alukan usaha menyelesaikan pertikaian antara Qatar dan 4 negara Arab, termasuk Arab Saudi.


Manakala Awad yang juga berpengaruh di media sosial dengan 2.2 juta pengikut Twitter, ditahan kerana menyokong langkah menyelesaikan permusuhan dengan Qatar.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/hukum-mati-3-ulama-bukti-arab-saudi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Ulama Terkenal Saudi Berdepan Hukuman Mati Selepas Ramadan

3 Ulama Terkenal Saudi Berdepan Hukuman Mati Selepas Ramadan

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 354 hits
Tiga ulama terkenal Arab Saudi yang didakwa atas pelbagai tuduhan keganasan akan dijatuhi hukuman mati selepas Ramadan menurut 2 sumber kerajaan dan waris ulama terbabit memetik laporan Middle East Eye Ketiga tiga mereka ialah Sheikh Salman...
Pdip Soal Mustofa Tersangka Hoaks Polisi Tegakkan Hukum Pakai Bukti

Pdip Soal Mustofa Tersangka Hoaks Polisi Tegakkan Hukum Pakai Bukti

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 322 hits
PDIP soal Mustofa Tersangka Hoaks Polisi Tegakkan Hukum Pakai Bukti Namun menurut Hasto dirinya yakin penangkapan itu disertai bukti bukti yang cukup
Pastor Amerika Sebut Wabah Belalang Di Arab Saudi Tanda Kiamat

Pastor Amerika Sebut Wabah Belalang Di Arab Saudi Tanda Kiamat

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 368 hits
Penginjil Amerika Serikat Pastor Paul Begley mengatakan bahwa peristiwa yang terjadi di Timur Tengah meramalkan akhir zaman Begley yang dikenal karena ramalan apokaliptiknya percaya bahwa wabah belalang baru baru ini di Arab Saudi dan Yorda...
4 Tahun Terlantar Di Arab Saudi Tkw Asal Cianjur Akhirnya Berkumpul Bersama Keluarga

4 Tahun Terlantar Di Arab Saudi Tkw Asal Cianjur Akhirnya Berkumpul Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 313 hits
Tenaga kerja wanita Siti Fatmah alias Aminah akhirnya dapat berkumpul dengan keluarganya di Kampung Jangarang Desa Panyusuhan Kecamatan Sukaluyu Cianjur Jawa Barat setelah sebelas tahun terpisah
Kuasa Hukum Trio Emak Penyebar Kampanye Hitam Jokowi Lampirkan Berkas Pembelaan

Kuasa Hukum Trio Emak Penyebar Kampanye Hitam Jokowi Lampirkan Berkas Pembelaan

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 249 hits
Pengadilan Negeri Karawang kembali menggelar sidang kedua terdakwa trio emak emak masing masing Citra Widianingsih Engkay Sugiyanti dan Ika Feranika Pada sidang perdana Jaksa mendakwanya dengan hukuman 7 tahun penjara
Peluru Berpandu Houthi Sasar Mekah Dan Jeddah Di Pintas Arab Saudi

Peluru Berpandu Houthi Sasar Mekah Dan Jeddah Di Pintas Arab Saudi

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 311 hits
Pasukan Tentera Udara Diraja Arab Saudi memintas dan memusnahkan dua peluru berpandu yang dilancarkan dari Yemen oleh kumpulan pemberontak Houthi Arab News melaporkan peluru berpandu berkenaan dilaporkan disasarkan ke Mekah dan Jeddah Juruc...
Ajukan Gugatan Sengketa Pilpres Ke Mk Prabowo Sandi Dikawal 8 Kuasa Hukum

Ajukan Gugatan Sengketa Pilpres Ke Mk Prabowo Sandi Dikawal 8 Kuasa Hukum

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 305 hits
Pasangan capres cawapres nomor urut 02 Prabowo Sandi telah resmi mengajukan gugatan sengketa Pilpres ke Mahkamah Konstitusi pada Jumat malam Dalam gugatan ini Prabowo Sandi didampingi delapan kuasa hukum
Kuasa Hukum Pada Kapolri Agar Kivlan Zen Tak Ditahan

Kuasa Hukum Pada Kapolri Agar Kivlan Zen Tak Ditahan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 257 hits
Dalam proses pemeriksaan ini Kivlan hanya ditemani tim kuasa hukum Sementara pihak keluarganya tidak hadir Salah seorang tim kuasa hukum Kivlan Pitra Romadoni berharap kliennya tak ditahan
Arab Saudi Berbelanja Mewah Di Peringkat Antarabangsa

Arab Saudi Berbelanja Mewah Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 524 hits
Sumber Oleh Anasz 1 Berita mengenai Arab Saudi sumbangkan bantuan bernilai berbilion US semacam ini orang tak berapa gemar nak membaca 2 Siapa yang hendak dengar Arab Saudi bagi sumbangan berbilion bilion ringgit kat umat Islam khasnya dan ...
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Where Were You When

Mmea Detects Ghost Ship In Terengganu Waters

Effective Networking In Your Industry

Syafiq Kyle Names Kopiko As His Feveret Coffee

Happy168 100 500 Top 6 By Federico Happy168 Nl 27 October


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

013 6116666 Anti Bully Centre Ehailingfm 15 08 2025

Lirik Lagu Titik Temu Aisha Retno Ft Megat Fazly

Lirik Lagu Merindukanmu Arul Rasheed

Filem Angkat

Kenangan Coffee X Kapten Batik