Hukum Makanan Dan Minuman Yang Dimasuki Lalat



Islam sering menitikberatkan pemilihan makanan yang halal dan terbaik. Namun, ada masanya kita terdedah dengan suasana yang tidak menyenangkan lebih-lebih lagi jika makan di kedai makan, contohnya apabila terjumpa lalat atau serangga di dalam hidangan.
Mungkin kita tertanya-tanya, apakah hukum makanan yang telah dimasuki serangga atau lalat. Adakah ia masih boleh dimakan atau terus dibuang?
Mari kita teliti hadis sahih berkenaan hal ini daripada Nabi SAW.
“Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Jika lalat masuk ke dalam minuman salah seorang daripada kalian maka tenggelamkan lalat itu kemudian buanglah, kerana sesungguhnya pada salah satu kepaknya mengandungi racun sedangkan yang satu lagi ada penawar.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3320) dalam al-Sahih
Hadis di atas dijadikan dalil bahawa air tidak menjadi najis jika mati di dalamnya haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir termasuk lalat.
Imam al-Syaukani juga ada menyebut:
“Hadis ini dijadikan dalil bahawa air yang sedikit tidak menjadi najis kerana matinya di dalamnya akan haiwan yang tidak mempunyai darah yang mengalir, disebabkan tidak dapat dibezakan keadaan haiwan itu antara mati dan hidup.
Itu telah dijelaskan dalam hadis tentang lalat dan kumbang yang dijumpai keduanya oleh Nabi SAW dalam keadaan mati di dalam makanan kemudian Nabi SAW memerintahkan untuk membuangnya, membaca bismillah lalu makan (makanan) itu.
Faedah daripada perintah mencelup seluruh badan lalat di dalam makanan atau minuman itu adalah agar bertemu antara penawar dan penyakitnya, sehingga seimbang bahaya dengan manfaat maka tertolaklah bahayanya.” Rujuk Nail al-Autar (1/77)

Manakala sunat hukumnya lalat yang mati dalam minuman, ditenggelamkan terlebih dahulu lalu dibuang lalat tersebut. Namun jika takut berlakunya mudarat seperti jangkitan bakteria atau penyakit berbahaya, maka makanan atau minuman tersebut bolehlah dibuang.
Hadis tentang penawar yang ada pada lalat ini bukan sekadar hadis semata-mata. Beberapa saintis telah melakukan kajian bagi membuktikan kesahihan riwayat yang dipercayai oleh orang Islam ini.
Seorang saintis dari Australia bernama Joan Clark telah melakukan kajian terperinci terhadap beberapa jenis ekor lalat. Beliau mendapati bahawa sayap lalat memang mempunyai antibiotik yang mampu merawat beberapa jenis penyakit. Sebab itulah, walaupun lalat gemar dengan tempat-tempat yang kotor, ia tidak dijangkiti penyakit kerana pada badannya sendiri terdapat penawar yang dapat mengelakkan bakteria daripada menjangkiti badannya.
Pada setiap perkara yang dilarang mahupun ditegah dalam Islam pasti ada hikmah yang tersembunyi. Tanpa bukti daripada saintis sekalipun kita harus percaya. Namun apabila ada penemuan-penemuan baru dalam kajian, ia sebenarnya akan lebih menguatkan keyakinan.
Umat Islam seharusnya menjadi pemula dan pengkaji kepada ilmu-ilmu asas yang telah sedia ada wujud dalam agama. Dengan cara begini juga kita dapat menarik minat orang kepada Islam. Islam memang bukan agama yang berpaksi kepada sains namun ilmu sains juga ada dalam Islam.
Rujukan:
Al-Kafi #482: Hukum Makanan Dan Minuman Yang Dimasuki Lalat
 
Sumber: Tazkirah.net 
The post Hukum Makanan Dan Minuman Yang Dimasuki Lalat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hukum-makanan-dan-minuman-yang-dimasuki-lalat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagaimana Memahami Hadits Anjuran Mencelupkan Lalat Ke Makanan Atau Minuman

Bagaimana Memahami Hadits Anjuran Mencelupkan Lalat Ke Makanan Atau Minuman

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 403 hits
Sadar atau tidak sengaja atau tidak hal yang akan kita lakukan saat lalat hinggap di atas makanan dan minuman kita yaitu mengusir si lalat dengan mengibasnya atau bahkan membuang makanan dan minuman tersebut sebab merasa jijik dan tidak hig...
Sepatutnya Bagi Makanan Percuma Pada Semua Pelajar Baru Betul

Sepatutnya Bagi Makanan Percuma Pada Semua Pelajar Baru Betul

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 369 hits
RMT rasanya dah lama diberikan pada student dan bukan semua pelajar terpilih Malahan pengusaha kantin juga mengambil kesempatan daripada perkara tersebut Itu masa zaman aku sekolah then ramai yang berkata begitu Makanan yang dihidangkan pad...
Wordlesswednesday Makanan

Wordlesswednesday Makanan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 352 hits
ARTIKEL INI DIBAWAKAN UNTUK ANDA OLEH JOM SERTAI IRIJAL DI TELEGRAM FB IG
Top 10 Makanan Popular Di Russia Patut Anda Cuba

Top 10 Makanan Popular Di Russia Patut Anda Cuba

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 342 hits
Russia mungkin bukan negara yang pertama berada dalam fikiran kita bila sebut tentang makanan Di Malaysia makanan orang Russia tidak sepopular menu masakan Thailand Indonesia Jepun dan Korea Namun untuk informasi kepada pelancong yang bakal...
Senarai Menu Makanan Di Pak Putra Restaurant

Senarai Menu Makanan Di Pak Putra Restaurant

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 2729 hits
Alhamdulillah alhamdulillah dan alhamdulillah setelah beberapa bulan tidak singgah makan Roti Naan Cheese tersedap di Malaysia Akhirnya hari ini dapat juga aku makan di Pak Putra Cheese Naan Tandoori Chicken Restaurant Secara peribadi lebih...
Sedang Patah Hati Tenang 5 Makanan Ini Akan Membuat Kamu Bahagia Lagi

Sedang Patah Hati Tenang 5 Makanan Ini Akan Membuat Kamu Bahagia Lagi

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 356 hits
Kehilangan seseorang yang sudah sangat kita sayangi itu memang sakit banget ya rasanya Banyak orang yang pastinya sudah membujuk kamu buat bahagia tapi mungkin masih gagal karena kamu terus merasa sedih Nah kalau gitu coba deh kamu makan 5 ...
Dalil Mengenai Larangan Mencampur Makanan Laut Dan Darat

Dalil Mengenai Larangan Mencampur Makanan Laut Dan Darat

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 602 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Hari ini Zumal terdetik untuk berkongsi tentang dalil mengenai larangan mencampur makanan laut dan darat kerana sebelum ini Zumal sering mendengar rakan rakan bercakap mengenai perkara tersebut ...
4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 479 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Boring Keropok Lekor Biasa Tukarkan Isi Ayam Untuk Anak Makanan Sihat Kreatif Lagi Sedap

Boring Keropok Lekor Biasa Tukarkan Isi Ayam Untuk Anak Makanan Sihat Kreatif Lagi Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 658 hits
Sebut sahaja keropok lekor pasti kita terbayangkan proses membuatnya daripada ikan segar Namun itu sudah terlalu sinonim Apa kata variasikan hidangan untuk anak anak kita dengan keropok lekor daripada ayam pula Wow menarik Macam mana rasany...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Hard Rock Cafe S Annual World Burger Tour Competition Brings Locally Inspired Burgers To Genting Highlands

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Digital Marketing For Business Success

Shila Amzah Diminta Berdamai Elak Aib Industri Terus Tular

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chicken Pox Dan Cuti Kuarantin

Ming 37 02 Monolith Jam Tangan Dikenali Untuk Mereka Yang Mementingkan Gaya Dan Teknologi

Pertandingan Fotografi Wellcome 2025 Menggambarkan Persimpangan Antara Sains Kesihatan Dan Pengalaman Manusia

Demi Bekalan Akhirat Nabil Ahmad Penuhi Hasrat Ibu Bina Madrasah Bernilai Hampir Rm500 000

Pembuat Jam Mewah Lancar Motosikal Edisi Terhad Hanya 150 Unit Sahaja

Kursus Ahsas Madani Pada 14 07 2025 15 07 2025