Hukum Isbal Harus Makruh Atau Haram



Soalan:
Saya mendengar sebuah hadith yang maksudnya: “Siapa melabuhkan kainnya melebihi buku lali maka dia dalam neraka.” Jelas dari hadith ini hukumnya adalah haram. Soalannya kenapa masih ada ustaz yang memberi kuliyah mengatakan ia tidak haram melainkan kerana menyombongkan diri?

Jawapan:
Hadith yang dimaksudkan oleh penanya ialah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda:

مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ
“Apa yang melebihi buku lali itu daripada kain itu maka di dalam neraka.” (Riwayat Imam Bukhari)

Hukum memakai kain melebihi buku lali sebenarnya ialah makruh bukannya haram. Yang haram ialah melabuhkan kain yang dipakai melebihi buku lali bertujuan menunjuk-nunjuk kepada orang yang miskin dan menyombongkan diri. Jika tidak berniat demikian maka ulamak-ulamak tidak mengharamkannya tetapi hanya makruh menurut sebahagian ulamak dan sebahagian lagi mengatakan harus tanpa makruh.

Adalah salah jika kita mengatakan haram berkain labuh dari buku lali samada kerana sombong atau tidak kerana dalam hadith-hadith berkenaan isbal terlalu banyak riwayat yang mengaitkan dengan kesombongan diri.

Menolak hadith-hadith yang mengaitkan isbal dengan tujuan menyombongkan diri adalah perbuatan yang salah dan haram lagi bida'ah kerana melebihkan pendapat akal sendiri mengatasi hadith-hadith Nabi SAW.

Oleh kerana itulah para ulamak yang muktabar memfatwakan haramnya isbal jika kerana menyombongkan diri. Bukan semata-mata isbal sudah dikira haram.

Berkata Imam Nawawi:

الإسبال تحت الكعبين للخيلاء فإن كان لغيرها فهو مكروه وهكذا نص الشافعي على الفرق بين الجر للخيلاء ولغير الخيلاء
“Bermula isbal (yang diharamkan) iaitu melabuhkan kain melebihi buku lali kerana menunjukkan kesombongan. Maka jika bukan niat begitu maka hukumnya hanyalah makruh. Beginilah yang dinaskan oleh Imam Syafie pada membezakan labuh kerana sombong dan labuh bukan kerana sombong.” (Kitab Syarah Muslim)

Berkata Imam Ibnu Abd Barri:

مفهومه أن الجر لغير الخيلاء لا يلحقه الوعيد
“Yang difahami dari hadith-hadith ini bahawasanya melabuhkan kain melebihi buku lali bukan dengan niat menunjukkan kesombongan tidak termasuk dalam ancaman hadith tersebut.” (Kitab Fathul Baari)

Majlis Fatwa Negeri Mesir menyebut:

والإسبال المحرم هو ما كان على جهة الخُيَلاء والتكبر، وأما ما كان خاليًا عن شيءٍ من ذلك فلا يحرم، خاصة إذا جرت به عادة الناس ولم يعد هناك ارتباطٌ أو تلازمٌ بين الخيلاء والتكبر وبين الإسبال
“Dan isbal yang diharamkan ialah isbal bertujuan menunjuk-nunjuk kesombongan. Adapun tanpa tujuan demikian maka tidaklah haram istimewa pula pada zaman sekarang telah menjadi biasa manusia memakai pakaian labuh dan tidaklah dihitung yang demikian itu temasuk menunjuk-nunjuk kesombongan ketika berkain labuh.”

Berkata Imam Syaukani:

وهو تصريح بأن مناط التحريم: الخيلاء، وأن الإسبال قد يكون للخيلاء، وقد يكون لغيره
“Dan ia (iaitu hadith Nabi membenarkan Abu Bakar r.a. melakukan isbal) dengan bahawa tambatan haram pada isbal ialah kerana menunjukkan kesombongan. Maka sesungguhnya isbal itu boleh jadi niat menyombongkan diri dan boleh jadi tidak begitu.” (Nailul Authar)

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

ويكره إسبال القميص والإزار والسراويل؛ لأن النبي - صلى الله عليه وسلم - أمر برفع الإزار. فإن فعل ذلك على وجه الخيلاء حرم
“Dan dimakruhkan melabuhkan jubah dan kain sarung dan seluar kerana Nabi SAW menyuruh menyingkatkannya. Maka jika berbuat demikian atas tujuan menunjukkan kesombongan maka hukumnya adalah haram.” (Kitab Al-Mughni)

Berkata Ibnu Muflih:

وقال في رواية حنبل: جر الإزار إذا لم يرد الخيلاء فلا بأس به وهذا ظاهر كلام غير واحد من الأصحاب - رحمهم الله
“Berkata pada salah satu riwayat Imam Ahmad: Melabuhkan kain iaitu apabila tidak bertujuan menunjukkan kesombongan maka tidaklah menjadi kesalahan dengannya. Inilah yang zahir perkataan bukan seorang dari ulamak-ulamak Hanbali.” (Kitab Adabul Syari’ah)

Berikut adalah antara hadith-hadith yang mengaitkan haramnya isbal ialah bila bertujuan menunjukkan kesombongan:

1. Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. sungguhnya Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنْ الْخُيَلَاءِ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ أَبُو بَكْرٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكَ لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُ ذَلِكَ خُيَلَاءَ
“Siapa yang melabuhkan kainnya kerana menunjuk-nunjuk kesombongan maka Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Maka berkata Abu Bakr r.a: “Ya Rasulullah sungguhnya hujung kainku labuh ke bawah selalu aku memegangnya.” Maka bersabda Nabi SAW: “Sungguhnya kamu tidak termasuk daripada orang-orang yang melabuhkan kain kerana menunjuk-nunjuk kesombongan.” (Sahih Bukhari)

2. Diriwayatkan dari Muhammad bin Abbad berkata ia:

سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ عَبَّادِ بْنِ جَعْفَرٍ ، يقول : أَمَرْتُ مُسْلِمَ بْنَ يَسَارٍ مَوْلَى نَافِعِ بْنِ عَبْدِ الْحَارِثِ ، أَنْ يَسْأَلَ ابْنَ عُمَرَ ، قَالَ وَأَنَا جَالِسٌ بَيْنَهُمَا : أَسَمِعْتَ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الَّذِي يَجُرُّ إِزَارَهُ مِنَ الْخُيَلَاءِ شَيْئًا ؟ ، قَالَ سَمِعْتُهُ ، يَقُولُ : " لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Sabda Rasulullah SAW ketika ditanya hukum seorang melabuhkan kainnya kerana kesombongan: “Allah tidak memandangnya pada hari kiamat.” (Sahih Muslim)

3. Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. Nabi SAW bersabda:

من جر ثوبه خيلاء لم ينظر الله إليه يوم القيامة
“Barangsiapa menjatuhkan pakaiannya kerana menunjukkan kesombongan maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat.” (Jami’ Tirmidzi)

4. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنْ مَخِيلَةٍ
“Sesiapa yang labuhkan pakaiannya dari kerana sombong.” (Sunan An-Nasaie)

5. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الَّذِي يَجُرُّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلَاءِ
“Bahawasanya orang yang melabuhkan pakaiannya dari kerana menunjukkan kesombongan.” (Sunan Ibnu Majah)

6. Dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda:

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ يَجُرُّ إِزَارَهُ بَطَرًا
“Allah tidak memandang pada hari kiamat nanti kepada orang yang melabuhkan kainnya kerana sombong.” (Muwattha’ Imam Malik)

7. Dari Ibnu Umar r.a. Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الَّذِي يَجُرُّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلَاءِ
“Sungguhnya orang yang melabuhkan pakaiannya sebab sombong..” (Musnad Imam Ahmad)

8. Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ لا يُرِيدُ إِلا الْخُيَلاءَ ، لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Siapa yang melabuhkan kainnya yang tiada lain melainkan berniat takabur maka Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” (Hadith Abi ‘Awanah)

9. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ لا يُرِيدُ بِذَلِكَ إِلا الْمَخْيلَةَ
“Siapa yang labuhkan kainnya tidak bertujuan melainkan sombong..” (Sunan Baihaqi)

10. Nabi SAW bersabda:

مِنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلاءِ
“Barangsiapa menarik labuh pakaiannya sebab menunjukkan kesombongan..” (Musnad Ishaq bin Abi Rahawaih)

11. Rasulullah SAW bersabda:

لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلاءَ
“Tidak memandang oleh Allah kepada mereka yang melabuhkan pakaiannya sebab sombong.” (Musnad Humaidi)

12. Rasulullah SAW bersabda:

الَّذِي يَجُرُّ ثَوْبَهُ مِنَ الْخُيَلاءِ
“Orang-orang yang melabuhkan pakaiannya dari kerana sombong..” (Musnad Al-Bazzar)

13. Nabi SAW bersabda:

لا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ مِنَ الْخُيَلاءِ
“Tidak memandang oleh Allah akan mereka yang melabuhkan kainnya dari kerana sombong.” (Musnad Abi Ya’la)

Wallahua'lam.

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/hukum-isbal-harus-makruh-atau-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah 5 Waktu Makruh Solat Menghampiri Haram Ramai Yang Silap Keliru

Inilah 5 Waktu Makruh Solat Menghampiri Haram Ramai Yang Silap Keliru

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 430 hits
Inilah 5 waktu makruh solat menghampiri haram Ramai yang silap keliruRamai di kalangan kita terkeliru dan salah faham tentang waktu waktu yang diharamkan ditegah atau dilarang melaksanakan solat Sering juga ditanyakan bilakah waktu haram so...
Bujang Atau Dah Berkahwin Harus Ambil Kisah Buat 6 Amalan Ini Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

Bujang Atau Dah Berkahwin Harus Ambil Kisah Buat 6 Amalan Ini Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 588 hits
Bujang Atau Dah Berkahwin Harus Ambil Kisah Buat 6 Amalan Ini Untuk Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Wanita memang akan mengeluh tentang perut Baik yang sudah berkahwin sudah beranak mahupun anak dara perut buncit ni memang dah jadi satu...
Ini Yang Harus Dilakukan Saat Mimpi Baik Atau Buruk

Ini Yang Harus Dilakukan Saat Mimpi Baik Atau Buruk

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 291 hits
Tidak jarang mimpi datang ketika kita tidur Entah berbentuk bunga yang kita sukai atau malah buaya yang kita benci Lalu apa yang diajarkan Rasulullah saw ketika kita mengalami mimpi baik atau buruk Berikut penjelasannya Dari Abi Said Al Khu...
Lukis Kening Teknik Gam Atau Guna Concealer Haram Ke Dalam Islam

Lukis Kening Teknik Gam Atau Guna Concealer Haram Ke Dalam Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 768 hits
Kuasa solekan memang tidak dapat dinafikan lagi dapat mengubah wajah seseorang dari biasa kepada terlalu menawan Ia seperti pembedahan plastik sementara yang tidak menyakitkan dan boleh diubah mengikut kepuasan hati sendiri Di arus media so...
Hukum Letak Al Quran Bawah Bantal Atau Di Atas Lantai

Hukum Letak Al Quran Bawah Bantal Atau Di Atas Lantai

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 560 hits
Soalan Adakah dibolehkan perbuatan setengah orang yang meletakkan al Quran di bawah bantal tidurnya Bagaimana pula jika diletakkan kitab kitab agama di bawah bantal Dan apa pula hukum orang yang meletak al Quran di atas lantai sahaja tidak ...
Ikan Kering Dipijak Dan Dijilat Sekumpulan Anjing Di Kedah Halal Atau Haram

Ikan Kering Dipijak Dan Dijilat Sekumpulan Anjing Di Kedah Halal Atau Haram

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 592 hits
Adakah anda seorang penggemar tegar ikan dan udang kering Tahukah anda bahawa semalam telah tular gambar dan rakaman insiden sekumpulan anjing memakan dan memijak ikan kering dijemur Sila baca sehingga habis artikel yang dilaporkan oleh UTU...
Tak Harus Di Pantai Atau Hutan 10 Ide Foto Prewedding Di Jalanan Ini Tak Kalah Berkesan

Tak Harus Di Pantai Atau Hutan 10 Ide Foto Prewedding Di Jalanan Ini Tak Kalah Berkesan

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 329 hits
Halah kalau pacaran juga paling di jalan sambil boncengan ya kan Jadi nggak harus prewedding harus ke pantai gunung hutan situs purbakala museum dirgantara rumah mantan lapangan freeport
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 341 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage