Hukum Bersentuhan Dengan Ibu Saudara Seusia



SOALAN:
Sekiranya adik perempuan kepada emak saya yang sama umur dengan saya bersentuhan dan tidak menutup aurat, apakah hukumnya?

JAWAPAN:
Adik beradik perempuan kepada ibu sama ada kakak atau adik perempuan adalah ibu-ibu saudara kepada seseorang. Ibu saudara adalah termasuk dalam kategori mahram buat seseorang lelaki. Mahram adalah individu yang diharamkan untuk seseorang berkahwin dengannya sama ada disebabkan hubungan rahim atau kerabat. Selain itu, dua lagi implikasi mahram adalah:

Halal bersentuhan kulit.Boleh bersendirian bersamanya.Aurat dengannya tidak sama dengan orang ajnabi (bukan mahram).
Dalil yang menunjukkan bahawa ibu saudara adalah sebahagian daripada mahram adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, adik beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah bapa), ibu-ibu saudara kamu (dari sebelah ibu), anak-anak saudara perempuan kamu (dari sebelah adik beradik lelaki kamu), anak-anak saudara perempuan (dari sebelah adik beradik perempuan kamu), ibu-ibu susuan kamu, adik-beradik perempuan susuan kamu, ibu-ibu kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kepada isteri kamu yang telah kamu setubuhi. Sekiranya kamu belum bersetubuh dengan mereka maka tidak ada dosa ke atas diri kamu. Dan isteri-isteri kepada anak-anak lelaki kandung kamu (menantu perempuan), dan (perbuatan) menghimpunkan antara dua adik beradik perempuan melainkan apa yang telah berlaku pada masa dahulu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Nisa’: 23)

Dalil kemahramannya adalah pada perkataan:

وَخَالَاتُكُمْ
“(Dan diharamkan buat kamu orang lelaki) ibu-ibu saudara kamu dari sebelah emak kamu.”

Berdasarkan ayat di atas, Imam Al-Shirazi menyatakan bahawa tujuh kategori yang diharamkan ke atas seseorang lelaki dari sudut nasab adalah:

Ibu.Anak perempuan.Adik beradik perempuan.Ibu saudara (adik beradik perempuan bapa).Ibu saudara (adik beradik perempuan ibu).Anak perempuan kepada adik beradik lelaki (anak saudara perempuan).Anak perempuan kepada adik beradik perempuan (anak saudara perempuan).
[Rujuk: Al-Muhazzab fi Al-Fiqh al-Syafi’e, Al-Shirazi (2/438)]

Manakala Syeikh Al-‘Imrani berkata:

وأما الخالة فيحرم عليه نكاح من يقع عليها اسم الخالة حقيقة وهي أخت أمه لأبيها وأمها، أو لأبيها، أو لأمها ويحرم عليه من يقع عليها اسم الخالة مجازا، وهي أخت كل جدة له من قبل أمه أو أبيه
“Adapun ibu saudara, maka haram ke atas seseorang lelaki itu untuk berkahwin dengan semua yang termasuk di bawah kategori ibu saudara secara hakiki. Iaitu: Adik beradik perempuan bagi ibunya yang seibu sebapa. Atau adik beradik perempuan sebapa (sama bapa namun ibu berbeza), atau adik beradik perempuan seibu (sama ibu namun bapa berbeza). Dan haram juga ke atas dirinya mereka yang termasuk sebagai ibu saudara secara majaz iaitu: Adik beradik perempuan kepada neneknya sama ada adik beradik perempuan seibu atau sebapa.” [Rujuk: Al-Bayan fi Mazhab Al-Syafi’e, Al-‘Imrani (9/39)]

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa adik perempuan kepada emak anda adalah mahram bagi anda sekalipun umur keduanya adalah sama. Maka anda tidak boleh berkahwin dengannya selama-lamanya. Dalam masa yang sama, aurat di antara mahram adalah tidak sama dengan ajnabi (bukan mahram) dari sudut tidak wajib untuk seorang perempuan itu untuk menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya di hadapan mahramnya.

Akhir kalam kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-bersentuhan-dengan-ibu-saudara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramlah Ram Bukan Ibu Saudara Fara Mendoza Seriously

Ramlah Ram Bukan Ibu Saudara Fara Mendoza Seriously

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 879 hits
Banyak betul kontroversi tentang pelakon sensasi Fara Mendoza baru baru ini Yang paling latest korang ingat lagi tak ada seorang budak perempuan kena rasuk dekat kelab malam tu Siap orang lelaki dekat situ terus jadi imam Haha Lawak betul S...
Gara Gara Postingan Di Facebook Seorang Ibu Di Kupang Berurusan Dengan Polisi

Gara Gara Postingan Di Facebook Seorang Ibu Di Kupang Berurusan Dengan Polisi

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 666 hits
Ulyani Djara seorang ibu di Kota Kupang Nusa Tenggara Timur berurusan dengan polisi Hal ini setelah postingan dia di Facebook soal dugaan penculikan anaknya viral
Bersentuhan Dengan Isteri Batalkah Wudhu Suami Ini Hukum Dan Dalilnya

Bersentuhan Dengan Isteri Batalkah Wudhu Suami Ini Hukum Dan Dalilnya

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 330 hits
Pertanyaan ini hampir selalu ditanyakan Dan jawaban setiap ustadz hampir semua berbeda Mengapa Sebab dalam hal ini para ulama fiqih lintas madzhab memang berbeda pendapat Akar perbedaannya ada pada berbedanya ulama dari empat madzhab dalam ...
Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

Simple Je Cara Ibu Ini Buat Alhamdulillah Akhirnya Anak Sembuh Influenza

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 440 hits
Sekarang musim Influenza sudah banyak kes yang menyerang bayi kanak kanak bahkan orang dewasa Kes smakin meningkat dan paling menyedihkan turut melibatkan penghidapnya meninggal dunia Di dalam perkongsian ibu anak 5 ini melalui akaun Facebo...
Kolaborasi Panas Ibu Dan Anak Jadi Otak Bisnis Prostitusi Berkedok Kos Kosan Di Padang

Kolaborasi Panas Ibu Dan Anak Jadi Otak Bisnis Prostitusi Berkedok Kos Kosan Di Padang

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 500 hits
Salah satu korbannya ada yang masih di bawah umur Dijual ke om om cuma dengan bayaran 300 ribu Jahat
Tolonglah Ibu Bapa Dan Penjaga Semua

Tolonglah Ibu Bapa Dan Penjaga Semua

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 593 hits
Tolonglah ibu bapa dan penjaga semua Assalamualaikum dan salam sejahtera Sekarang ni memang Dah banyak yang berjangkit Dekat sekolah anak aku pun ada beberapa pelajar yang mana penjaga mereka tidak menghantar anak anak mereka ke sekolah Itu...
Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini

Rupanya Influenza Sangat Bahaya Untuk Ibu Mengandung Suami Isteri Kena Tahu Ini

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 388 hits
Seperti yang ramai sudah ketahui negara kita kini sedang hangat dengan ramai orang yang dijangkiti virus influenza Sehingga ke hari ini terdapat beberapa buah sekolah di Malaysia yang diarah tutup oleh kementerian atas kes virus influenza i...
Budak 2 Tahun Maut Dipercayai Didera Ibu Teman Lelakinya Ditahan

Budak 2 Tahun Maut Dipercayai Didera Ibu Teman Lelakinya Ditahan

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 409 hits
Seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru disyaki didera Punca sebenar kejadian masih belum diketahui namun polis telah menahan ibu mangsa dan teman lelakinya Ketika...
Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

Nak Hadap Tantrum Anak Ibu Ayah Kena Hati Kental Bila Dah Biasa Lama Lama Jadi Mudah

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 364 hits
Kanak kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil Tidak kira masa atau tempatnya Tapi itu semua lumrah d...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini