Hukum Berniaga Tanpa Permit Atau Lesen


Hukum asal sesuatu perniagaan adalah harus dalam Islam kecuali jika ada dalil yang melarang. Kini pelbagai kaedah telah diguna pakai oleh peniaga dalam memudahkan urusan jual beli tidak kira secara dalam talian atau secara nyata.
Tidak kurang ada yang memilih cara mudah untuk berniaga iaitu tanpa lesen perniagaan atau tanpa permit dengan membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan berniaga oleh pihak berkuasa tempatan. Adakah pendapatan yang diperoleh dikira haram?
Antara syarat yang telah dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan terhadap peniaga dan penjaga iaitu:
1. Tidak dibenarkan penjaja menjalankan perniagaan dalam lingkungan jarak tertentu dari simpang jalan.
2. Larangan menjalankan perniagaan di atas tangga kaki lima atau siar kaki awam.
3. Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan di mana-mana kawasan yang difikir boleh menimbulkan masalah gangguan kepada lalu lintas dan pejalan kaki.
Arahan pihak pemerintah ini sebenarnya selari dengan peringatan daripada Rasulullah SAW sendiri iaitu tidak membenarkan apa jua gangguan kepada orang ramai.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ubadah Bin Somit. Kata beliau:
أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ قَضَى أَنْ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menetapkan bahawa tidak boleh memudaratkan (orang lain) dan tidak boleh membalas mudarat (dengan mudarat).” (Riwayat Ibnu Majah, no.2340)
Bahkan membuang sesuatu yang mudarat di jalanan juga dikira sebagai sedekah dan mempunyai ganjaran yang besar di sisi Allah. Rasulullah SAW bersabda:
لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ
Maksudnya: Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bermundar-mandir di dalam Syurga, (dia masuk ke dalam Syurga) atas perbuatan baiknya iaitu memotong sepohon pokok yang berada di tengah-tengah jalan, yang sejak lama menganggu orang ramai yang lalu-lalang di situ. (Riwayat Muslim, no.1914)
Kita perlu memahami bahawa syarat yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah ini bukan bertujuan menyukarkan para peniaga namun adalah berdasarkan pertimbangan kebaikan dan keburukan untuk orang ramai secara umum.
Justeru, dalam keadaan ini, rakyat wajib mematuhi arahan yang telah dikeluarkan dan wajib juga mempunyai lesen perniagaan kerana ia boleh membawa kebaikan dan keselamatan kepada individu yang berniaga serta masyarakat.
Walau bagaimanapun, menurut pihak Mufti Wilayah Persekutuan, hasil pendapatan daripada perniagaan tanpa lesen atau yang dijalankan di lokasi yang dilarang adalah tetap halal selagi barangan yang dijual adalah halal, akadnya benar dan tidak melibatkan penipuan mahupun kezaliman.
Hal ini kerana hukum berkaitan akad jual beli serta hukum mentaati peraturan pemerintah adalah dua hal yang berbeza. Melanggar arahan pemerintah boleh membawa dosa lain iaitu ancaman keselamatan, ketidakadilan kepada peniaga lain yang memohon lesen dan pelbagai lagi. Justeru, cara yang benar yang digunakan untuk berniaga InsyaAllah akan mendatangkan keberkatan jua di akhirnya. InsyaAllah.
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Hukum Berniaga Tanpa Permit Atau Lesen appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-berniaga-tanpa-permit-atau-lesen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Tempat Lagi Buat Warga Asing Berniaga Melayu Jual Sewa Lesen Gamaknya

Tiada Tempat Lagi Buat Warga Asing Berniaga Melayu Jual Sewa Lesen Gamaknya

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 335 hits
QALSOOM BEEWarga asing tidak lagi dibenarkan berniaga selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan Undang undang Kecil Penjaja semalam
Apa Hukumnya Berniaga Dengan Membuka Warong Tanpa Mempunyai Lesen Perniagaan

Apa Hukumnya Berniaga Dengan Membuka Warong Tanpa Mempunyai Lesen Perniagaan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 250 hits
Jamzuri ArdaniBagi saya soalan seperti ini jawapannya tidaklah straight forward Ada banyak perspektif yang boleh kita lihat Secara umumnya kita faham berniaga tanpa lesen adalah salah dari sudut undang undang Tetapi apakah menyalahi undang ...
Melawan Atau Bertahan

Melawan Atau Bertahan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 393 hits
Assalammualaikum wbtMELAWAN ATAU BERTAHANKedua duanya tetap sahaja ada risikonya Tetap sahaja meletakkan diri pada suatu keadaan diluar jangkaan kita Tetap juga akan ada kesakitan Tamingnya adalah niat Hujungnya adalah tawakkal Sekiranya ma...
Cara Memastikan Dapat Bantuan Karyawan Rp 600 000 Atau Tidak

Cara Memastikan Dapat Bantuan Karyawan Rp 600 000 Atau Tidak

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 277 hits
Pemerintah berencana memberikan bantuan langsung tunai sebagai stimulus bagi karyawan swasta sebesar Rp 600 000 per bulan karena pandemi virus corona Bantuan yang disebut Bantuan Subsidi Upah itu akan diberikan kepada karyawan yang bergaji ...
Logo Perikatan Nasional Realiti Atau Fantasi

Logo Perikatan Nasional Realiti Atau Fantasi

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 326 hits
Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Asari pula tampil mencadangkan supaya logo PN digunakan untuk pilihan raya negeri Sabah dan PRU akan datang Ini selepas calon ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengutarakan cadangan se...
Resepi Kek Coklat Moist Sedap Kukus Atau Bakar Pun Boleh

Resepi Kek Coklat Moist Sedap Kukus Atau Bakar Pun Boleh

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 569 hits
Resepi kek yang sentiasa sedap di tekak aku dan anak anak Sudah beulangkali buat sehingga dah tak ingat berapa ratus kali dah Kek coklat siapa yang tak suka lebih lebih lagi penuh dengan rasa coklat yang lazat memikat Resepi yang tersangatr...
5812 Klik Wacana Sinar Harian Ke 186 Bertajuk Isu Judi Fitnah Atau Realiti Sinar Harian 12 08 2020

5812 Klik Wacana Sinar Harian Ke 186 Bertajuk Isu Judi Fitnah Atau Realiti Sinar Harian 12 08 2020

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 540 hits
Artikel oleh Sinar Harian KLIK WACANA SINAR HARIAN KE 186 BERTAJUK ISU JUDI FITNAH ATAU REALITI
Malaysia Dikuasai Bapuk Atau Dua Alam Artikel 3 Julai 2019

Malaysia Dikuasai Bapuk Atau Dua Alam Artikel 3 Julai 2019

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 612 hits
BAPUK KINI BERKUASA Seperti sikap mereka spesis peristiwa Kaum Luth Apa yg Perlu difikirkan soal dosa dan tuhan Dengan tuhan pun tak takut apalagi Manusia yg memimpin sekarang terlalu lemah dan peluang depan mata Janji hidup senang kaya ray...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Muat Turun Template Buku Program Hari Guru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Proses Penyembuhan Emosi Melalui Puisi

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Penting Untuk Pengguna Cimb Tiada Lagi Sms Transaksi Mulai 17 Mei