Hukum Bernazar Tanpa Menyebut Nama Allah Swt



SOALAN:
Adakah terbatal nazar sekiranya kita tak menyebut nama Allah. Contoh: “Dapat SPM 10A, aku akan berpuasa 10 hari.” Macam tu sahaja ayatnya, mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Nazar dari sudut bahasa membawa erti berjanji melakukan kebaikan atau kejahatan. Manakala dari sudut istilah, nazar ditakrifkan sebagai:

اِلْتِزَامُ قُربُةِ لَم تَتَعَيَّن فِي الشَّرْعِ، إِمَّا مُطْلَقًا، أَوْ مُعَلَّقًا عَلَى شَيْء
“Mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah) yang tidak diwajibkan oleh syarak (ke atas dirinya), sama ada secara mutlak atau pun dengan menta’liqkan (iaitu mengaitkan) dengan suatu perkara.” [Rujuk: Al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, Dr. Muhammad Al-Zuhaili (2/501)]

Hukum melaksanakan tuntutan nazar adalah wajib sekiranya ia merupakan suatu amal ketaatan. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلْيُوفُوا نُذُورَهُمْ
“Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka.” [Surah Al-Hajj (29)]

Demikian juga berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ummu al-Mukminin Aisyah R.Anha beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ
“Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaatinya. Dan sesiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada-Nya maka janganlah dia bermaksiat kepadanya.” [Riwayat Al-Bukhari (6696)]

Para ulama' menyatakan bahawa nazar mempunyai tiga rukun iaitu:

Sighah (bentuk ucapan).Orang yang melakukan nazar (الناذر).Perkara yang dinazarkan (المنذور).
Syeikh Dr. Muhammad Al-Zuhaili dalam menghuraikan rukun yang pertama iaitu sighah menyatakan: “Ia (sighah) adalah ucapan yang terbit dari pelaku nazar. Dan tidak sah nazar melainkan dengan perkataan. Iaitu seseorang itu mengucapkan: ‘Untuk Allah ke atas diriku perbuatan sekian-sekian’. Sekiranya seseorang itu menyebut: ‘Ke atas diriku perbuatan sekian-sekian’, maka nazarnya sah. Ini kerana, perbuatan ibadah itu tidak berlaku melainkan hanya untuk Allah semata-mata. Yang paling lengkap dalam sighah nazar ini sebagai contoh adalah: ‘Sekiranya Allah menyembuhkan sakitku ini, maka untuk Allah ke atas diriku perbuatan sekian’. Dan disyaratkan juga pada sighah supaya dilakukan dengan lafaz yang menunjukkan kepada iltizam (kesungguhan).” [Rujuk: Al-Mu’tamad, Dr. Muhammad Al-Zuhaili (2/505)]

Begitu juga Syeikh Zakaria bin Ahmad bin Zakaria Al-Ansari menyatakan:

كَقَوْلِ مَنْ يَصِحُّ نَذْرُهُ ‘’لِلَّهِ عَلَيَّ كَذَا’’ أَوْ ‘’عَلَيَّ كَذَا’’ بِدُونِ لِلَّهِ إذْ الْعِبَادَاتُ إنَّمَا يُؤْتَى بِهَا لِلَّهِ فَالْمُطْلَقُ فِيهَا كَالْمُقَيَّدِ عَلَى الْأَصَحِّ
“Seperti ucapan mereka yang sah nazarnya: ‘Untuk Allah ke atas diriku perbuatan sekian’, ataupun ‘ke atas diriku perbuatan sekian’ tanpa sebutan ‘untuk Allah’. Kerana ibadat-ibadat ini hanya dilakukan untuk Allah. Maka sebutan secara mutlak (umum) padanya sama seperti muqayyad (terikat dengan nama Allah) menurut pendapat yang paling sahih.” [Rujuk: Al-Ghurar Al-Bariyyah (5/208)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, nazar tersebut termasuk sebahagian dari jenis nazar al-tabarrur (التَّبَرُّرِ) iaitu yang disebut sebagai nazar al-mujaazaah (المجازاة). Maksud nazar al-mujaazaah ini adalah: Seseorang itu mewajibkan suatu ibadah sebagai imbal balas terhasilnya nikmat atau terhalangnya keburukan ke atas dirinya. Oleh yang demikian, sekiranya tertunai apa yang dihajatkan, maka wajib ke atas diri seseorang itu menyempurnakan tuntutan nazar yang telah diucapkan.

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa hukum nazar tanpa menyebut nama Allah SWT adalah sah. Ini kerana sesuatu ibadah itu diketahui hanya dilakukan untuk Allah semata-mata. Oleh yang demikian, dalam kes ini, sekiranya dia mendapat apa yang disebutkan dalam nazarnya itu, maka wajib untuk dirinya berpuasa selama tempoh yang telah dia sebutkan seperti yang disebutkan di dalam hadith Nabi SAW:

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ
“Sesiapa yang bernazar untuk mentaati Allah maka hendaklah dia mentaatinya.” [Riwayat Al-Bukhari (6696)]

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-bernazar-tanpa-menyebut-nama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Takutkan Allah Anak Kecil Ini Sanggup Lawan Hukum Graviti

Kerana Takutkan Allah Anak Kecil Ini Sanggup Lawan Hukum Graviti

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 892 hits
Sumber Fb Oh Malaysia KuGeli hati melihat kerenah anak kecil itu tapi disebaliknya terdapat pengajaran Amal yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari seorang hamba adalah sembahyangnya Jika sembahnyangnya baik maka dia telah berjaya d...
Sama Sama Mencari Redha Allah Swt

Sama Sama Mencari Redha Allah Swt

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 439 hits
Assalammualaikum wbt SAMA SAMA MENCARI REDHA ALLAH SWT Sebut mudah nak usahakan sukar Itulah perjalanan mahu mencari redha Allah SWT justeru mengapa ada masanya yang disemai padi tumbuhnya lalang Harapkan panas hingga ke petang hujan pula d...
Doa Mohon Allah Swt Tetapkan Hidayah Dan Taufik Nya Kepada Kita

Doa Mohon Allah Swt Tetapkan Hidayah Dan Taufik Nya Kepada Kita

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 3720 hits
Adakah perlu untuk kita memohon hidayah daripada Allah setiap hari Apakah wajib untuk kita meminta dan doa tetapkan iman kita Walau bagaimanapun hidayah itu milik Allah SWT Sesiapa sahaja yang diberikan hidayah oleh Allah pastinya tidak ada...
Johor Membenarkan Anak Yang Tak Sah Taraf Di Bin Binti Dengan 99 Nama Allah

Johor Membenarkan Anak Yang Tak Sah Taraf Di Bin Binti Dengan 99 Nama Allah

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 680 hits
Sebelum ni Mahkamah Persekutuan telah mendapat sokongan majoriti berkenaan denga isu anak yang lahir luar nikah tidak boleh namanya di bin atau binti nama bapanya Namun menurut sumber yang Ohmedia baca Mufti Johor telah membenarkan status a...
Isteri Amanah Allah Swt Bukan Hanya Jaga Bila Suka

Isteri Amanah Allah Swt Bukan Hanya Jaga Bila Suka

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 459 hits
Isteri amanah ALLAH bukan hanya jaga bila suka ceraikan bila tak suka Sedih pilu menangis sangat bila banyak terjadi kisah suami muda muda lagi ceraikan isteri ada setengahnya isterinya sedang mengandung untuk berkahwin lain Ada kisah begin...
Atm Bukan Kerana Nama Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Ala Pengorbanan Dan Keberanian Tak Terdendang 9737

Atm Bukan Kerana Nama Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta Ala Pengorbanan Dan Keberanian Tak Terdendang 9737

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 547 hits
BLACK OPS THE MALAYSIAN CONNECTION DI AFGHANSEPTEMBER 3 2012 BY ADMIN 986 COMMENTSArtikel ini ditujukan kepada semua Unsung Hero mereka yang mengorbankan diri untuk bangsa agama dan negara tanpa mengambil kira upah pingat kepentingan negeri...
Tertunda Konsert Jelajah Artis As Kerana Ke Agungan Allah Swt

Tertunda Konsert Jelajah Artis As Kerana Ke Agungan Allah Swt

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 441 hits
Menurut muat naik berkenaan penangguhan itu disebabkan oleh larangan dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan di beberapa negara Asia baru baru ini Foto RCA Tetapi sebenarnya itulah antara tanda tanda ke Kuaasaan dan ke Aguangan Allah Halama...
Moga Allah Swt Tidak Berpaling

Moga Allah Swt Tidak Berpaling

papar berkaitan - pada 15/2/2020 - jumlah : 486 hits
Assalammualaikum wbt MOGA ALLAH SWT TIDAK BERPALING Menyukai dan disukai itu lumrah naluri yang wujud dalam diri manusia Bila sebut menyukai dan disukai tidak hanya menjurus perasaan bercinta dan ke arah yang terlalu mendalam Luas pengertia...
7 Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa Jangan Pernah Jemu Minta Pada Allah Swt

7 Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa Jangan Pernah Jemu Minta Pada Allah Swt

papar berkaitan - pada 28/1/2020 - jumlah : 656 hits
7 Waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa Jangan Pernah Jemu Minta Pada ALLAH SWT Dalam hidup ini banyak perkara kita minta pada Allah Tapi bila doa itu belum dimakbulkan kita rasa Allah tak beri apa kita minta Sampai akhirnya kita lupa pada doa d...
A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Domain Portfolio Generating Income

Alhamdulillah Tahniah Adam Iman

Pahang To Reclaim Encroached Land Using Full Extent Of Law Mb

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang

Don T Be Too Quick On The Draw


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pendarahan Awal Kehamilan Tak Semestinya Gugur Tapi Jangan Abaikan

Skateboard Ajar Anak Jatuh Dan Bangkit Semula

Ptti Umum Insentif Rm500 Untuk Straight A Raikan 13 469 Pelajar Cemerlang Spm

13 With Tan Sri S Dato Seri S And Lge Cronies In Mbi Round Up

100 Pesanan Terakhir Rasulullah Redakan Kemarahanmu

Mereka Ini Kebal Undang Undang Betul Ke Atau Penguatkuasa Kurang Berfungsi