Hukum Bekerja Di Syarikat Yang Menghasilkan Makanan Haiwan Termasuk Anjing Dan Khinzir



Soalan:
Apa hukum kerja di syarikat yang menghasilkan makanan haiwan untuk pelbagai jenis haiwan? Antara haiwan tersebut adalah ayam, ikan, angsa, itik, babi, anjing dan juga ikan.

Jawapan:
Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk. Ia merangkumi juga tuntutan untuk berbuat baik kepada haiwan. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

‏ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ
“Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.” [Riwayat Muslim (1955)]

Hadis ini jelas dalam menyatakan kewajiban berbuat ihsan kepada kesemua makhluk. Kata Syeikh Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’di: “Maka termasuklah antaranya berbuat ihsan kepada semua kategori manusia, dan juga kepada haiwan-haiwan. Sehinggakan pada saat ingin menyembelih haiwan juga dituntut (untuk berlaku ihsan).” [Rujuk Bahjah Qulub Al-Abrar, Al-Sa’di (1/127)]

Dari sudut hukum fekah, perkataan كَتَبَ menunjukkan kepada hukum wajib. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali: “Lafaz Al-Kitabah membawa hukum wajib di sisi para fuqaha dan usuliyyun, (dan pendapat ini) diperselisihkan oleh sebahagian mereka. Sesungguhnya diketahui pengunaan lafaz al-Kitabah ini di dalam al-Quran terhadap perkara yang wajib dan mesti dibuat.” [Rujuk Tafsir Ibn Rajab (1/617)]

Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya. Bahkan pengabaian dalam hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka.


Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

عُذِّبَتِ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا، حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا، فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ
“Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.”

Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:

لاَ أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلاَ سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا، وَلاَ أَنْتِ أَرْسَلْتِيهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ
“Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga dia boleh makan serangga yang berada di tanah.” [Riwayat Al-Bukhari (2365)]

Manakala dalam sebuah riwayat yang lain daripada Abu Hurairah R.A beliau menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَنَّ رَجُلاً رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ، فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ، فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
“Sesungguhnya seorang lelaki telah melihat seekor anjing memakan lumpur disebabkan terlalu dahaga. Maka lelaki tersebut mengambil khufnya dan mengisinya dengan air lalu memberi minum kepada anjing tersebut sehingga hilang dahaganya, maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.” [Riwayat Al-Bukhari (173)]

Berdasarkan hadis di atas, antara faedah yang boleh dikeluarkan adalah perbuatan memberi minum kepada anjing yang dahaga termasuk dalam kalangan amalan yang menyebabkan seseorang itu dimasukkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa hukum berkerja di syarikat penghasilan makanan untuk pelbagai jenis haiwan termasuk anjing dan khinzir adalah harus. Ini kerana, secara asalnya hukum bagi sesuatu urusan mu’amalat adalah harus selama mana tidak terdapat dalil yang melarangnya.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/hukum-bekerja-di-syarikat-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Sambung Beraya Dalam Tirai Besi Ke Rosakkan Makanan Familymart Remaja Ditahan

Video Sambung Beraya Dalam Tirai Besi Ke Rosakkan Makanan Familymart Remaja Ditahan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 557 hits
Satu video telah tular di laman sosial sekitar semalam dan hari ini Video berkenaan dirakam oleh sekumpulan remaja di Family Mart Video berkenaan dirakam dan dimuat naik di Instagram salah seorang dari mereka dan mendapat pelbagai reaksi da...
Makanan Dan Daerahnya

Makanan Dan Daerahnya

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 532 hits
Kat pasar Ramadan kat Johor ni kalau nak jual makanan mesti hujungnya letak daerah tempat makanan tu glamer Contohnya Beriani Gam Batu Pahat Mi Bandung Muar Sate Labis Otak Otak Kempas Murtabak Kampung Melayu Keropok Lekor Mersing Mi Sup Se...
Misi Xl Ke S 13 Makanan Ni Boleh Makan Sampai Kenyang Tapi Tak Menggemukkan

Misi Xl Ke S 13 Makanan Ni Boleh Makan Sampai Kenyang Tapi Tak Menggemukkan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 481 hits
Saiz badan bukan semata mata mengenai penampilan tetapi merupakan salah satu kayu ukur tahap kesihatan seseorang Antara kaedah yang digunakan untuk menjaga bentuk badan ialah bersenam dan menjaga pemakanan Namun menjaga pemakanan tidaklah s...
Rasa Makanan Ala Barat Di Zeatty Cafe Pasir Puteh Kelantan

Rasa Makanan Ala Barat Di Zeatty Cafe Pasir Puteh Kelantan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1358 hits
Cafe Western Di Kelantan Banyak juga pengusaha restoran makanan tempatan yang menjadikan tema kopi dan kek sebagai menu utama Zeatty Cafe Western Grill Pasir Puteh KelantanLihat dari luar dengan rekabentuk kedai yang berunsurkan kafe dan ke...
Polis Buru Remaja Picit Picit Roti Minum Air Rosakkan Makanan Family Mart

Polis Buru Remaja Picit Picit Roti Minum Air Rosakkan Makanan Family Mart

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 949 hits
Gara gara merosakkan barang makanan di kedai Family Mart Nilai Negeri Sembilan seorang remaja lelaki telah menjadi buruan pihak polis Semalam video 1 minit 10 saat tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial yang memaparkan seorang r...
Kos Makanan Pati Hampir Rm3 5 Juta Sebulan

Kos Makanan Pati Hampir Rm3 5 Juta Sebulan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 322 hits
Jun 22 2019 0 Comments SERDANG Kerajaan membelanjakan hampir RM3 5 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang asing tanpa izin yang ditahan di 14 depot Jabatan Imigresen di seluruh negara Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairu
Tak Tangguh Saman Jika Merokok Di Premis Makanan Selepas 1 Jan 2020

Tak Tangguh Saman Jika Merokok Di Premis Makanan Selepas 1 Jan 2020

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 351 hits
Tiada lagi penangguhan tindakan saman ke atas individu yang merokok di premis makanan selepas 1 Januari tahun hadapan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye menegaskan aktiviti penguatkuasaan pendidikan larangan merokok di premis makan...
Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

Aaron Aziz Sekeluarga Keracunan Makanan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 305 hits
Pelakon Aaron Aziz dan isteri Diyana Halik bersama anak bongsunya Dahlia Arissa 9 telah mengalami keracunan makanan sehingga ditahan di wad sebuah hospital swasta sejak semalam Menerusi kemas kini Insta Story Diyana mereka bertiga kini sema...
Kebaikan Bijirin Dan Makanan Sunnah Dalam S Great Grain Dari Surya Malaysia

Kebaikan Bijirin Dan Makanan Sunnah Dalam S Great Grain Dari Surya Malaysia

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 525 hits
Assalamualaikum semua ada yang suka makan bijirin tak terutama mesti la yang rajin menjaga kesihatan kan eh sekarang bukan tuk yang rajin je dah jadi wajib tau jaga kesihatan tu Zaman sekarang ni kesihatan dan pemakanan perkara penting nak ...
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak