Hukum Baca Al Quran Dalam Handphone Tanpa Wuduk


HUKUM BACA AL QURAN DALAM HANDPHONE TANPA WUDUK
Kepesatan teknologi digital menyaksikan wujudnya budaya membaca al-Quran di dalam telefon bimbit. Hari ini begitu banyak aplikasi al-Quran yang boleh dimuatnaik dalam telefon bimbit bagi memudahkan kita membaca al-Quran di mana sahaja dan bila-bila masa.
Namun dalam konsep al-Quran on the go ini, ada sedikit kemusykilan timbul samada dibolehkan atau tidak membaca al-Quran di dalam telefon bimbit tanpa berwuduk. Kita ikuti penjelasan SS Mufti Wilayah Persekutuan.
SOALANAssalamualaikum. Saya seorang pegawai perubatan yang menjaga kaunter di bahagian hadapan. Bagi mengelak terkena jangkitan Covid-19, kami disuruh untuk yang memakai pakaian PPE. Persoalan saya sewaktu menunggu di kaunter itu saya membaca al-Quran menggunakan telefon bimbit saya dan bolehkah saya memegang handphone itu sekiranya tidak mempunyai wuduk. Mohon penjelasan.
JAWAPANAlhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Membaca al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Begitu juga, akan diberi pelbagai ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Muhammad bi Ka’ab al-Qurazi menyebut, aku mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Sabda Nabi SAW:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌSesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan. (Riwayat al-Tirmizi, 2910)
Selain itu, di antara kelebihan membaca al-Quran ianya boleh memberi syafaat ketika pada hari kiamat kelak. Ini seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah RA bahawa ia mendengar Nabi SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِBacalah al-Quran, kerana sesunggunhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya. (Riwayat Muslim ,804)
MEMBACA AL-QURAN TANPA WUDUK
Berbalik kepada persoalan yang diajukan di atas, dalam hal membaca al-Quran terdapat adab-adab yang disarankan oleh para fuqaha’ di antaranya adalah membersihkan mulut dengan bersiwak atau selainnya.Begitu juga disunatkan bagi seseorang yang hendak membaca al-Quran itu menyucikan dirinya
Imam Nawawi menyebut, disunatkan membaca al-Quran ketika ia dalam keadaan suci dan sesiapa yang membaca al-Quran dalam keadaan ianya berhadas maka diharuskan, dan ini merupakan ijma’ para ulama.
Imam Nawawi menukilkan pandangan Imam Haramain menyebut bahawa membaca al-Quran ketika berhadas bukan perkara yang makruh akan tetapi ia meninggalkan perkara yang afdhal. Imam Nawawi menyebut lagi, dan bagi orang yang berjunub (berhadas besar) dan haid maka haram bagi mereka membaca al-Quran.
Hal ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali RA menyebut:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًاSesungguhnya Rasulullah SAW membacakan kepada kami al-Quran dalam setiap keadaan, melainkan dalam keadaan berjunub (Riwayat al-Tirmizi, 146)
HUKUM MENYENTUH AL-QURAN KETIKA BERHADASDalam membincangkan perihal menyentuh al-Quran tanpa bersuci, sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَYang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (Surah al-Waqiah, 79)
Imam Qurtubi menyebut di dalam kitabnya bahawa para ulama berbeza pendapat dalam hal menyentuh mushaf dalam keadaan tidak berwuduk, jumhur ulama melarang daripada menyentuhnya berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Amru bin Hazm RA. Dan ini merupakan pandangan mazhab Saidina Ali RA, Ibnu Masud, Saad bin Abi Waqaz, Said bin Zaid, Ata’, al-Nakhai serta mazhab fuqaha’ daripada Malik dan Syafi’e.
Selain itu, Imam al-Nawawi menyatakan, diharamkan seseorang yang berhadas menyentuh mushaf dan membawanya sama ada membawanya secara tidak langsung atau secara langsung.
Imam al-Nawawi menyebutnya lagi, sekiranya ditulis al-Quran pada kayu maka hukumnya adalah seperti hukum mushaf sama ada tulisan itu sedikit atau banyak, sehingga sekiranya sebahagian ayat ditulis untuk belajar maka haram menyentuh kayu atau lembaran yang ditulis tersebut.
APAKAN YANG DIMAKSUDKAN DENGAN MUSHAFBagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit diwajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan sebagai Mushaf atau tidak.
Oleh itu, dalam memahami maksud mushaf Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani menyebut, dimaksudkan dengan Mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran seperti kayu atau tiang atau dinding
Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut al-Mushaf adalah nama yang ditulis padanya kalam Allah SWT di antara dua kulit. Dan mushaf adalah apa yang terkandung di dalamnya keseluruhan ayat al-Quran atau apa yang disebut sebagai mushaf secara uruf atau ditulis padanya sedikit ayat al-Quran seperti hizib.
Ini jelas, sifat mushaf itu adalah sesuatu yang ditulis di atasnya ayat al-Quran. Justeru, bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi menyebut di dalam Hasyiahnya, bahawa tulisan (كِتَابَةً) bemaksud yang tertulis di atasnya.
Apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi. Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab seperti yang disebut al-Ziadi.
Justeru, dapat difahami bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.
BEGITU JUGA SEPERTIMANA YANG DISEBUT OLEH SYEIKH ALI JUMAAH MANTAN MUFTI MESIR YANG LALU, MENYATAKAN BAHAWA MENYENTUH TELEFON BIMBIT BERTUJUAN UNTUK MEMBACA AL-QURAN TANPA BERWUDUK ADALAH DIHARUSKAN.
Ini kerana ia bukan mushaf seperti yang disebut oleh para ulama, dan tidak diharuskan menyentuh mushaf yang hakiki melainkan dalam keadaan suci.
KESIMPULANBerbalik kepada persoalan di atas dan penelitian perbahasan yang diberikan, dapat kami simpulkan bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk.
Ini kerana aplikasi al-Quran tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ia hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang.
Tambahan pula, ia tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.
Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkan mulut.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
Sumber : GengBorak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2020/11/hukum-baca-al-quran-dalam-handphone.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FbXzFd+%28%23JMBELOG%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Remaja Pemungut Sampah Luang Masa Baca Al Quran Berteman Guni Sambil Tunggu Hujan Reda Jadi Bualan Ramai

Viral Remaja Pemungut Sampah Luang Masa Baca Al Quran Berteman Guni Sambil Tunggu Hujan Reda Jadi Bualan Ramai

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 411 hits
Walaupun hidup serba kekurangan dan tidak dikurniakan harta kekayaan yang melimpah ruah seorang remaja yang juga pengutip sampah dipuji warganet Indonesia kerana dilihat sedang duduk berteleku membaca Al Quran di kaki lima Jalan Braga Bandu...
Rezeki Anak Soleh Nasib Pemulung Viral Baca Quran Di Emperan Nasib Seketika Berubah Jadi Direktur

Rezeki Anak Soleh Nasib Pemulung Viral Baca Quran Di Emperan Nasib Seketika Berubah Jadi Direktur

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 240 hits
Berkat videonya baca Alquran di emperan viral kini nasib Muhammad Gifari Akbar berbuah manis Bertahun tahun mencari ibunya yang pergi hingga jadi pemulung kini takdir baik datang untuk Muhammad Gifari Akbar Bagaimana tidak yang awalnya menj...
Viral Pemulung Baca Quran Saat Berteduh Kehujanan Ditinggal Ibu Kandung Sejak Usia 8 Bulan

Viral Pemulung Baca Quran Saat Berteduh Kehujanan Ditinggal Ibu Kandung Sejak Usia 8 Bulan

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 409 hits
Seorang remaja berusia 16 tahun asal Kampung Sodong Kelurahan Muarasanding Kecamatan Garut Kota Kabupaten Garut jadi perbincangan warganet Ia bernama Muhammad Gifari Akbar Foto Akbar yang bekerja sebagai pemulung saat membaca Alquran di Jal...
Pening Nak Pilih Al Quran Tag Kami Jom Baca Info Ni Dulu

Pening Nak Pilih Al Quran Tag Kami Jom Baca Info Ni Dulu

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 387 hits
Pening nak pilih ALQURAN TAG Quran apa yang enuur ada Humaira Raihan A6 Saiz mini Sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan alquran miniMudah di bawa ke mana manaB6 Rabbani Saiz B6 Sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan alquran bersaiz sed...
Sebak Bapa Mertua Bersila Baca Al Quran Di Sisi Jenazah Mangsa Kemalangan

Sebak Bapa Mertua Bersila Baca Al Quran Di Sisi Jenazah Mangsa Kemalangan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 517 hits
Satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan motosikal telah dilaporkan berlaku di hadapan simpang Taman Merak Mas berhadapan Masjid Saidina Ali Bukit Katil awal pagi tadi Menerusi maklumat awal daripada Facebook Info Roadblock ...
Hukum Baca Ayat Qursi Sebelum Tidur

Hukum Baca Ayat Qursi Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 548 hits
SOALAN Adakah disunatkan membaca ayat qursi ketika hendak tidur dan apakah kelebihannya JAWAPAN Diantara perkara yang sunat dibaca ketika hendak tidur ialah ayat Qursi Dan kelebihanyya ialah sepanjang dia tidur itu dia berada dalam penjagaa...
Produk Handphone Terbaru Dari Oppo

Produk Handphone Terbaru Dari Oppo

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 412 hits
Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih kebutuhan manusia akan alat komunikasi yang canggih pun semakin berkembang Sehingga pada saat Artikel ditulis oleh dan dipublikasikan pertama kali di Hak cipta oleh
Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk

Baca Doa Ini Agar Dijauhkan Dari Hawa Nafsu Yang Buruk

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 606 hits
Hawa nafsu kawan atau lawan Kenapa tuhan menciptakan hawa nafsu dan meletakkannya sebagai salah satu sifat manusia Ibnu Qayyim Al Jauziyyah RA berpendapat bahawa ia adalah salah satu tuntutan jiwa yang selaras dengan keinginannya Mengapa se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba