Hukum Ambil Suntikan Vaksin Covid 19
Hukum Suntik Vaksin COVID-19Jika anda diberi pilihan untuk diberikan suntikan vaksin COVID-19, apakah pilihan anda? Setuju untuk diberi suntikan atau anda menolak sekerasnya? Tidak dapat disangkal ada sesetengah golongan mempertikai hukum menyuntik vakisn terutama bagi orang Islam.
Adalah lebih baik jika setiap orang sedar dan faham bagaimana vaksin ini dibuat dan bagaimana ianya berfungsi.
Sekurang-kurangnya kita lebih bersedia dengan kemungkinan dan faham dengan apa yang bakal berlaku. Kementerian Kesihatan Malaysia banyak berkongsi informasi berkaitan melalui laman sesawang dan sentiasa berkongsi maklumat di laman sosial mereka. Jadi haruslah rajin membaca dan menambah ilmu pengetahuan.
Kenali Apa Itu Vaksin COVID-19Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.
Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Tujuan vaksin diberikan adalah untuk membantu meransang sistem ketahanan semulajadi badan bagi mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus.
Sehingga kini KKM sedang meneliti 10 vaksin Covid19 yang telah memasuki fasa 3 kajian klinikal.
Rujuk laman web infosihat untuk soal jawab tentang vaksin
Hukum Mengambil Suntikan Vaksin Covid19Berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020 dan sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja (MRR), hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan ia wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan.
Penggunaan vaksin juga bertujuan untuk melindungi manusia daripada penyakit berjangkit berbahaya dan kaedah pencegahan melalui vaksinasi dapat dilihat dalam enam keputusan yang mengharuskan penggunaannya oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dari 1988 hingga 2013.
Sumber: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Pendaftaran Vaksin COVID-19 Bakal DibukaMenurut Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba, pendaftaran untuk suntikan vaksin bakal dibuka kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi. Boleh dapatkan maklumat lanjut dari Facebook KKM
Kerajaan Malaysia mensasarkan 70% populasi atau 23 juta orang bakal menerima suntikan vaksin secara berperingkat dan percuma. Merujuk kepada Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pemberian vaksin akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu: Fasa 1 - barisan hadapan. Fasa 2 - kumpulan berisiko tinggi (penyakit kronik) dan warga emas berumur 60 tahun ke atas dan fasa 3 - orang awam berumur 18 tahun ke atas.
Doa Mohon Ditunjukkan Kebenaran
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقَّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ وَلاَ تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلُّ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya serta menghapuskannya.
Jangan jadikan yang benar dan batil itu samar-samar bagi kami, yang akan menyebabkan kami sesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
(HR Bukhari & Muslim)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2021/01/hukum-ambil-suntikan-vaksin-covid-19.html