Kawasan Pantai Morib ni bukan yang tempat Dataran Morib tu, ia kena masuk lorong kecil sebelah kanan sebelum selekoh nak masuk ke Dataran Morib. Kami tiba sekitar Jam 3.45 petang dengan mencari parkir kereta yang padat. Hari itu memang panas terik (panat lit lit bak kata orang utara; Panas Dering bak kata orang Pantai Timur). Pelawat lain siap bawa khemah, payung untuk berpiknik, kami bawa topi je masing-masing dengan mainan anak-anak untuk bermain pasir
Satu permandangan yang tak pernah tengok ni Pantai Morib (sebab baru kali ketiga datang sini). Air surut sangat di Pantai Morib sampai manusia boleh berjalan lebih kurang 500 meter ke tengah laut. Entah apa di cari, ada kelihatan orang menggali-gali lumpur mencari kerang-kerangan

Jika ingin merasa berendam air laut, boleh berjalan lebih kurang beberapa ratus meter je tengah laut, bila pesisir lumpur ini dah habis, boleh mandi air laut yang cetek. Bolehlah setakat nak berendam, walaupun ombak tak berapa kuat, pastikan berhati-hati risau ada pasir jerlus yang boleh buatkan kaki melekat di tanah
Kalau ada anak-anak yang berani dengan ketam, boleh buat aktiviti Tangkap-dan-Lepas ketam ketam di lumpur ini. Mesti seronok anak-anak cuba mengejar ketam-ketam. Anak-anak saya jenis manja dan penakut, memang nampak ketam pun dia yang lari. (haha)
Aktivit yang boleh dilakukan bersama anak-anak ialah Menggali Kolam, Buat Empangan, Buat Kubu, Buat Istana pasir dan lain-lain.
Anak-anak asyik bermain pasir walaupun kurang mainan yang bawa bersama.
Anak bongsu merajuk duduk tengah tu tersangkut dengan ibunya. Tinggallah Papanya sorang-sorang.
Aktiviti cuba menggali kolam tapi anak bertahan beberapa saat sahaja, seterusnya main-main sendiri termasuk papanya yang bermain sorang-sorang menggali kolam.
Bermain pasir sebenarnya satu terapi buat anak-anak. Kita melatih anak-anak tidak takut kotor, tidak geli dengan pasir  halus dan merangsang reseptor sentuhan anak-anak.
Anggaran jarak saya dengan pesisir pantai (yang tanda putih). Nsmpak agak jauh tapi bila berjalan tak terasa jauhnya sebab fikirkan kaki dalam lumpur tersangkut-sangkut jalan.
anak sulung pun steady je berlari dalam lumpur cuma kelemahannya bila terjumpa ketam memang lari ketam pukang (baca lintang-pukang).
Bila jadi anak-anak memang tak berapa kisah dengan mainan, tempat bermain; cuma kita yang dewasa je yang memilih ikut selera sendiri.Saya berada di Patai Morib tak berapa lama disebabkan panas terik, ramai orang, anak meragam walaupun hajat ingin menikmati permandangan Matahari terbenam yang sangat cantik di sini. tapi mungkin di kemudian kali
Semasa balik, saya lalu di kawasan kampung, di sebelah parit tali air ladang kelapa sawit. Memang dapat merasakan suasana kampung-kampung zaman kecil-kecil yang bermain parit, tangkap ikan di parit. Serba sedikit mengubat kerinduan kampung dan menggamit memori zaman kecil yang dirindui.| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |