Hujan Lebat Ribut Petir Diramal Landa 5 Negeri Hingga Awal Pagi Ini
Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 5 Negeri Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima buah negeri sehingga jam 1 pagi ini.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak di Perak. Manakala amaran yang sama turut dikeluarkan untuk kawasan Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang.
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Negeri Sembilan seperti Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
Di Johor, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Pontian dan Kulai.
Sementara itu, daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan dan Sri Aman (Sri Aman) di Sarawak antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.
MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran lagi.
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: “Suka Lagu Dari Malaysia,” Jawapan Lagu Kegemaran Mat Saleh Ni Buat Ramai Terkejut
BACA: Wartawan Foto Palestin Maut Dalam Serangan Israel Di Gaza
BACA: “Tak Tahu Nak Buat Apa Lepas 3 Hari,” Lelaki Rusia Hairan Kenapa Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong
BACA: Seram, Dua Ekor Ular Sawa Besar & Panjang ‘Sembunyi’ Dalam Siling Kedai Motosikal
BACA: Beberapa Hari Tahan Lapar, Mangsa Banjir Aceh Mohon Bantuan PM Anwar
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat, Ribut Petir Diramal Landa 5 Negeri Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/03/hujan-lebat-ribut-petir-diramal-landa-5-negeri-hingga-awal-pagi-ini/