Hujah Mahathir Tak Logik


Mohamed Khaled Nordin      
ULASAN | Baru-baru ini, Dr Mahathir Mohamad mendakwa pentadbiran dahulu terlalu memanjakan penjawat awam sehingga perbelanjaan pengurusan negara meningkat berbanding era beliau sebelum ini

Saya berpandangan beberapa perkara mesti diambil kira dengan teliti dan mendalam sebelum membuat penilaian yang terlalu umum dan bersifat pukul rata seperti itu.

Pertama, kita mesti melihat jumlah dan nisbah kakitangan awam berbanding penduduk negara ini.

Misalnya, pada 2003, dengan populasi kira-kira 25 juta orang, penjawat awam kita ialah kira-kira sejuta orang. Ini bermakna, nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:25.

Kini - pada 2018 - jumlah saiz populasi kita ialah seramai 32.4 juta orang dengan kekuatan penjawat awam seramai 1.62 juta orang. Ini menjadikan nisbah penjawat awam kepada populasi penduduk adalah 1:20.

Lebih penting kita mesti melihat siapakah golongan atau sektor yang membentuk peratusan terbesar dalam keseluruhan komposisi penjawat awam di negara kita.

Mereka ialah dari sektor pendidikan seperti guru, anggota keselamatan seperti tentera, polis, pegawai kesihatan dan lain-lain.

Padan dengan keperluan
Berbanding dengan negara di Eropah misalnya, jumlah kakitangan awam mereka didefinisikan dengan sangat spesifik sehingga dipecahkan kepada perkhidmatan awam, sektor kesihatan dan hospital serta keselamatan.

Jadi, jika digabungkan kesemuanya - seperti yang dilakukan oleh Malaysia - sudah pastilah jumlah mereka juga amat besar dengan anggaran nisbah kira-kira 1:10.

Jumlah ini hampir dua kali ganda lebih ramai berbanding Malaysia.

Begitu juga dengan nisbah perkhidmatan awam kepada populasi penduduk di negara lain seperti Jerman (1:16), UK (1:11), AS (1:14), Australia (1:12) dan New Zealand (1:13).

Ini bermakna jumlah kakitangan awam Malaysia sebenarnya tidak besar, sebaliknya berpadanan dengan keperluan dan nisbah populasi penduduk negara.
Sekali pun berlaku peningkatan jumlah kakitangan awam, ia tidak secara automatik bermaksud kita mempunyai lebihan kakitangan awam.

Zaman sudah berubah, populasi kita bertambah, orientasi dan bentuk kerja hari ini juga sudah tidak sama seperti dulu.

Kita tidak boleh bandingkan semua perkara dengan zaman silam. Seolah-olah sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini tidak ada apa-apa yang berlaku kepada negara kita.

Kedua, kita perlu bersetuju bahawa sumbangan kakitangan awam dalam pengurusan serta pembangunan negara sangat besar dan penting. Tidak ada kerajaan biar dari mana-mana parti sekalipun yang dapat menafikan perkara ini.

Jadi, saya bersetuju dengan pandangan yang melihat kenyataan perdana menteri sebagai tidak wajar.
Sebaliknya, beliau perlu mengambil pendekatan untuk mengukuhkan keupayaan dan kecekapan perkhidmatan awam.

Rendah, tak kompetetif
Misalnya, memberikan lebih banyak ruang untuk mereka menerima latihan dan kursus khas yang berkualiti, meletakkan indeks prestasi utama (KPI) dan sasaran yang jelas serta mengubah suai sistem yang ada dengan menjadikannya lebih bersifat teknologi terkini, mesra pengguna dan mudah.

Malah, kerajaan mesti menawarkan insentif yang menarik untuk menggalakkan bakat-bakat terbaik bangsa kita menyertai perkhidmatan awam.

Ketiga, perdana menteri mendakwa kenaikan gaji dua kali setahun juga menyebabkan penjawat awam dimanjakan dan ia menyebabkan kos sara hidup meningkat dan perbelanjaan negara tinggi.

Baca PM: K'jaan tak mampu beri segalanya percuma
Kalau kita semak semula, salah satu naratif kerajaan semasa kempen PRU ialah gaji kepada tenaga kerja Malaysia yang rendah dan tidak kompetitif

Sebab itulah had gaji minimum sebanyak RM1,500 antara perkara utama yang mereka tawarkan sebelum ini, walaupun selepas menang PH hanya menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,050 dan kemudiannya disemak semula kepada RM1,100.

Jadi, jika kerajaan sebelum ini telah mengambil langkah proaktif dan adil dengan menaikkan gaji perkhidmatan awam, ia suatu langkah baik yang wajar disokong dan terus ditambah baik. Bukannya dipertikaikan tanpa asas yang jelas.

Lebih penting, tanpa kenaikan gaji sekali pun harga barang akan tetap naik.

Hujah yang menuduh bahawa kenaikan gaji kaki tangan awam adalah faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang adalah sangat tidak tepat dan tidak logik.

Ia ibarat satu naratif dan alasan baharu yang dikeluarkan oleh kerajaan semasa akibat kegagalan mereka untuk mengawal harga barang.

MOHAMED KHALED NORDIN ialah naib presiden Umno.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/12/hujah-mahathir-tak-logik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuduh Kenaikan Gaji Punca Harga Barang Naik Amat Tak Logik Khaled Tempelak Mahathir

Tuduh Kenaikan Gaji Punca Harga Barang Naik Amat Tak Logik Khaled Tempelak Mahathir

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 356 hits
Kritikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan kerajaan terdahulu menaikkan gaji kakitangan awam menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup disanggah oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin Menyifatkan hujah perdan...
Tun Mahathir Bentang Usul Tergempar Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

Tun Mahathir Bentang Usul Tergempar Insiden Kuil Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 344 hits
DEWAN RAKYAT Usul tergempar mengenai insiden rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya Selangor Pembentangan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Lawat Adib Perusuh Ada Niat Membunuh

Dr Mahathir Lawat Adib Perusuh Ada Niat Membunuh

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 292 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar penerangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub ketika melawat anggota Bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di Institut Jantung Negara semalam Adib cede...
Penderma Harapan Kini Jadi Buruan Lhdn Mahathir

Penderma Harapan Kini Jadi Buruan Lhdn Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 301 hits
Mahathir Mohamad mendakwa mereka yang menjadi penyumbang atau penderma kepada Pakatan Harapan kini menjadi sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri Sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai perdana menteri Mahathir menikmati sokongan padu berterus...
Democracy And Free Speech Have Its Limits Says Mahathir

Democracy And Free Speech Have Its Limits Says Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 326 hits
The government respects freedom of speech but will not tolerate abusers who threaten public peace and order Tun Dr Mahathir Mohamad said today as Parliament debates the violence that erupted this week at a Hindu temple in Selangor The prime...
We Are Bound By The Decision Of The Court Said Mahathir Regarding The Hindu Temple

We Are Bound By The Decision Of The Court Said Mahathir Regarding The Hindu Temple

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 326 hits
Mahathir said that Putrajaya could not interfere in the land dispute as the state has full jurisdiction over the matter instead of the federal government The Sri Maha Mariamman Temple faction fighting to remain at the current site still has...
Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin Dr Mahathir

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 553 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah berkahwin Loading Saya tidak tahu saya tidak mempunyai pengesahan rasmi ja...
Kuil Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Kuil Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 411 hits
Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Tindakan kerajaan dalam memastikan ketenteraman dan keharmonian kaum dalam negara lanjutan daripada insiden di tapak kuil Sri Maha Mariamman Seafield USJ 25 Subang Jaya Selangor
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 616 hits
Panas Pedas Tun Mahathir Perli Umno Isu Icerd Kuil Seafield Dia Dapat Latihan Kerajaan Lama
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity

Stop Mistreatment Of Sosma Detainees

Breaking Down Dap S Artificially Created Barriers Between Non Muslims And Pas In Malaysia