Hujah Mahathir Pertahan Kp Sprm Bercanggah Rule Of Law




Di sebalik pelbagai pihak mengecam Latheefa Koya berhubung tindakan SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak berkaitan cubaan menutup skandal 1MDB, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata, apa yang dilakukan agensi pencegah rasuah itu bukanlah suatu kesalahan.Katanya, tindakan SPRM itu adalah sama seperti PDRM menunjukkkan barang-barang rampasan di kediaman Najib pada 2018 dahulu.“Saya sokong atau tidak sokong tidak penting. Yang penting sama ada benda tu (pendedahan rakaman audio) boleh buat.“Dulu boleh buat, bila raid (kondominium) Pavilion. Kita dapati barang yang banyak dimiliki Rosmah dan Najib, kita tunjuk pada orang ramai. Kita tak sembunyi sampai perbicaraan,” kata Tun Mahathir lagi.Adakah kita boleh setuju dengan hujah Tun Mahathir?Kalau begitu, bolehkah PDRM mendedahkan video kes rogol sebelum mendakwa perogolnya ke mahkamah?Atau dalam kes yang lebih spesifik, kenapa pihak polis sebelum ini tidak mendedahkan video seks sejenis yang didakwa melibatkan Menteri Hal Ehawal Ekonomi, Azmin Ali di mana sekurang-kurangnya dengan tindakan itu orang awam dapat membantu Peguam Negara daripada kekaburan mengenalpasti identiti pelakunya?Sebenarnya, hujah Tun Mahathir dalam mempertahankan Latheefa itu bukan saja tidak masuk akal, bahkan langsung tidak berlandaskan kedaulatan undang-undang.Dalam kes serbuan seperti barang kemas atau dadah misalnya, pihak polis mendedahkannya bagi tujuan memberi maklumat kepada orang awam serta barangaj itu untuk dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan.Tetapi, rakaman audio yang didedahkan oleh SPRM itu berlaku ketika perbicaraan Najib berkaitan 1MDB sedang berjalan.Dengan yang demikian, tindakan SPRM itu adalah sub judice, menghina mahkamah serta menganggu perbicaraan yang sedang berlangsung.Lagi pun, dalam kes mendedahkan hasil serbuan, pihak polis yang melakukan serbuan dan pihak polis juga yang mengadakan sidang akhbar mendedahkannya.Ia berbeza dengan rakaman audio di mana SPRM mendakwa ia diberikan rakaman itu oleh pihak yang tidak dikenali, lalu mengadakan sidang akhbar mendedahkannya kepada umum sebelum menyerahkannya kepada polis untuk disiasat.Oleh kerana menyiasat rakaman audio itu bukan dalam bidang kuasa SPRM, sebaliknya merupakan bidang tugas PDRM, Latheefa sepatutnya menyerahkan semua rakaman audio yang diperolehinya itu kepada pihak polis untuk disiasat.Kemudian, terserah kepada pihak polis jika mahu mengadakan sidang media mendedahkan kandungan rakaman audio itu atau mahu membuka kertas siasatan baru terhadap Najib.Persoalan pokok ialah SPRM tiada kena-mengena untuk menyiasat perkara berkaitan konspirasi, salah guna kuasa kuasa atau membocorkan maklumat yang dikaitkan dengan rakaman audio itu.Maka, jika bukan bidangnya untuk menyiasat, SPRM juga tiada kuasa untuk jadi gatal tangan mengambil alih tugas polis mendedahkan rakaman itu bagi didengarkan kepada kepada umum.Dalam hal ini mengapa Tun Mahathir mempertahankan Latheefa?Oleh kerana Latheefa dilantik oleh Tun Mahathir, walaupun perlantikannya bertentangan dengan semangat reformasi PH, mahu tak mahu, Perdana Menteri terpaksa mempertahankan orang pilihannya itu.Meski dalam hal ini, hujah Tun Mahathir adalah logik akal semata-mata, separuh masak serta bertentangan dengan kedaulatan undang-undang. (ShahbudinHusin 13/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/hujah-mahathir-pertahan-kp-sprm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Backup Kp Sprm Tu Rule Of Law Ke Tun M

Backup Kp Sprm Tu Rule Of Law Ke Tun M

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 286 hits
Di sebalik pelbagai pihak mengecam Latheefa Koya berhubung tindakan SPRM mendedahkan rakaman audio melibatkan Najib Razak berkaitan cubaan menutup skandal 1MDB Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata apa yang dilakukan agensi pencegah ...
Kenapa Sprm Dedahkan Rakaman Yang Dibuat Secara Haram Tidak Sah Tiada Rule Of Law

Kenapa Sprm Dedahkan Rakaman Yang Dibuat Secara Haram Tidak Sah Tiada Rule Of Law

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 380 hits
Kenapa rakaman yang tidak diketahui sumber dan belum disahkan kandungannya rakaman yang melibatkan pemimpin tertinggi serta kerabat raja negara asing dan rakaman untuk kes yang bukan di bawah bidang kuasa SPRM tetapi PDRM Dan kenapa SPRM me...
Sejak Dap Dominasi Putrajaya Rule Of Law Dibakul Sampahkan

Sejak Dap Dominasi Putrajaya Rule Of Law Dibakul Sampahkan

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 236 hits
Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli BANGI 6 Jamadilawal 1441H Khamis Kenyataan Setiausaha Agung parti tamak haloba DAP Lim Guan Eng mempertikai tindakan pihak polis menghalang Kongres Organisasi Cina anjuran Dong Jiao Zong baru baru ini sangat mel...
Investigations And The Rule Of Law

Investigations And The Rule Of Law

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 311 hits
We must remember and empathise that MACC chief Latheefa Koya is now part of our most dependable enforcement agency in the country She coming from a thoroughbred legal background is learning the ropes of the necessity of rules of engagement ...
Ph Rule Of Law Bertukar Menjadi Rule Of The Jungle Ismail Sabri

Ph Rule Of Law Bertukar Menjadi Rule Of The Jungle Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 486 hits
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Rule of Law kini bertukar menjadi Rule of the Jungle Katanya selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran kerajaan rakyat tertunggu tunggu reformasi ...
Rule Of Law Adalah Rujuk Ke Mahkamah

Rule Of Law Adalah Rujuk Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 327 hits
Salah atau tidak bukan sekadar pendapat berbeza beza atau sekadar hujah Longkang hujah peguam politik Hujah peguam Cari makan hujah peguam racist atau hujah blogger hujah NGO Rujuk KE MAHKAMAH yang Ada prosesnya Kebebasan bersuara bukan sek...
Apa Yang Tidak Beretika Itu Pm Soal Kembali Wartawan Selepas Diaju Soalan Berkenaan Pendedahan Sprm

Apa Yang Tidak Beretika Itu Pm Soal Kembali Wartawan Selepas Diaju Soalan Berkenaan Pendedahan Sprm

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 409 hits
Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas...
Jawapan Tun Tentang Pendedahan Mempertahankan Sprm Buat Peguam Kesipuan

Jawapan Tun Tentang Pendedahan Mempertahankan Sprm Buat Peguam Kesipuan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 407 hits
next kita tunggu pula jawapan Tun tentang budak Anwar yang dok meresah Dan kelaparan di bawah
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Klang River Water Level Exceeds Danger Level


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

User Acquisition And Retention

Daripada Tebang Musang King Lebih Baik Cari Jalan Lain Kosmo 15 04 2025

Drama Pabila Dia Tersenyum