Hua Zong Mahu Kerajaan Tubuh Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam


Ainul Illia

Tian Chuan dakwa permintaan mereka tak cabar kedudukan Islam KUALA LUMPUR – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berasaskan kaum Cina, Hua Zong terkini meminta kerajaan membincangkan dengan serius mengenai penubuhan jabatan atau jawatankuasa ‘hal ehwal bukan Islam’. 
Presidennya, Tan Sri Goh Tian Chuan berkata, selama ini Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hanya cenderung kepada hal ehwal dan kemajuan Islam. 
Tidak berpuas hati dengan perkara itu, beliau mahu penubuhan jabatan baharu yang dicadangkan tersebut dapat menguruskan pembangunan masyarakat bukan Islam di negara ini.
“Kita mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan penubuhan Jabatan atau Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau mana-mana agensi yang difikirkan sesuai bagi membantu kerajaan menguruskan hal ehwal berkaitan secara lebih berkesan dan sistematik,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily, semalam.
Mengulas lanjut, Tian Chuan berkata, berdasarkan keadaan negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama serta hak kebebasan beragama dan kemajuan yang termaktub dalam Perlembagaan, maka permintaan ini tidak perlu dilihat sebagai mencabar kedudukan Islam.
“Jika Jabatan Hal Ehwal Bukan Islam ditubuhkan, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai tindakan mencabar kedudukan Islam, sebaliknya ia harus dilihat sebagai cerminan positif semangat dalam Perlembagaan sebuah negara yang majmuk dan harmoni,” dakwanya.
Tian Chuan yang juga Pesiden Hua Zong Sabah berkata demikian dalam kenyataannya berhubung penjelasan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi bahawa sejumlah rang undang-undang (RUU) syariah yang dicadangkan untuk dilaksanakan, termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, belum dibawa ke peringkat Kabinet.
Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan merangka empat RUU syariah baru, termasuk RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Wakaf, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain.
Bagaimanapun, Tian Chuan menegaskan, kepercayaan dan agama serta kemajuan rakyat pelbagai kaum perlu dihargai dan dihormati sebagai manifestasi semangat Keluarga Malaysia.
Menurutnya lagi, pada tahun 2008, kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan ‘Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam’ dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Selangor tahun lalu yang menyalurkan bantuan sepanjang tahun dan dana yang telah dinstitusikan untuk kemajuan hal ehwal bukan Islam di negeri tersebut. 
Maka, Tian Chuan mahu pendekatan seperti ini dicontohi oleh negeri-negeri lain.
“Tindakan Kerajaan Pusat menyalurkan dana kepada pertubuhan bukan Islam melalui Kementerian Perpaduan baru-baru ini, amat dialu-alukan, namun untuk jangka masa panjang, ‘Jabatan atau Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam’ patut ditubuhkan untuk menguruskannya dengan lebih baik kerana ia akan lebih menepati dasar kemajuan dan penginstitusian.
“Kemajuan hal ehwal bukan Islam dalam negara yang melibatkan kuil, perkuburan Cina dan perancangan program berkaitan turut memerlukan kerjasama berterusan dari kerajaan selain dana yang diinstitusikan,” dakwanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/hua-zong-mahu-kerajaan-tubuh-jabatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ismail Sabri Perlu Segera Tubuh Rci Siasat Kepincangan Pdrm

Kerajaan Ismail Sabri Perlu Segera Tubuh Rci Siasat Kepincangan Pdrm

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 328 hits
MOHD ALI HASHIMKerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pelbagai dakwaan terhadap campur tangan perjawatan polis serta penglibatan najis dadah dalam kalangan ...
Maximus Komited Kendali Hal Ehwal Sabah Sarawak

Maximus Komited Kendali Hal Ehwal Sabah Sarawak

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 268 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Maximus Ongkili Foto fail NSTP KOTA KINABALU Ahli Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan terus komitedp mengendalikan perkara berkaitan Sabah dan Sarawak di peringkat Perseku...
Panas Ngo Islam Persoal Apa Pendirian Kerajaan Terhadap Uec

Panas Ngo Islam Persoal Apa Pendirian Kerajaan Terhadap Uec

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 439 hits
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengeluarkan jaminan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu berkiblatkan Taiwan tidak akan didagangkan semata mata kerana perebutan jawatan politik Ini susulan laporan portal media tempatan...
Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

Pas Islam Sharia Menjadi Sasaran Serangan Golongan Anti Kerajaan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 251 hits
Mulai dari tarikh Pakatan Harapan menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan Ismail Sabri Yaakob PAS Islam dan undang undang Sharia telah menjadi sasaran serangan golongan anti kerajaan
Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia

Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam Dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 310 hits
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut Pegawai polis Pemungut Hasil Ahli Majlis Tempatan Pejawat Awam Penggubal Undang Undang Hakim ...
Umno Desak Kerajaan Tubuh Rci Siasat Tommy Thomas

Umno Desak Kerajaan Tubuh Rci Siasat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 269 hits
UMNO mendesak kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat segala pendedahan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas mengenai campur tangan politik dalam institusi Peguam Negara Kehakiman dan Keselamatan Itu adalah...
Rekod Pas Dalam Kerajaan Burukkan Imej Parti Islam

Rekod Pas Dalam Kerajaan Burukkan Imej Parti Islam

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 330 hits
ZAKARIA MUSAEra kerajaan pintu belakang Mahiaddin Yassin hanya bertahan 17 bulan Rupa rupanya bagai diduga sejak awal pertukaran perdana menteri kepada Ismail Sabri Yaakob langsung tidak memenuhi harapan rakyat Hanya berubah ketua tetapi se...
Kerajaan Selangor Buat Hal Lagi Kehijauan Bukit Tabur Terancam

Kerajaan Selangor Buat Hal Lagi Kehijauan Bukit Tabur Terancam

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 386 hits
AGENDA DAILY Aktiviti pembersihan hutan dikesan di Bukit Tabur berhampiran Permatang Kuartza Genting Klang Belum reda isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara secara diam diam kini satu lagi kehijauan di bumi Selangor diancam selep...
Seperti Dijangka Tak Perlu Ph Bersama Kerajaan Jelas Kerajaan Ini Akan Gagal

Seperti Dijangka Tak Perlu Ph Bersama Kerajaan Jelas Kerajaan Ini Akan Gagal

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 179 hits
Semalam bila aku menulis tentang Kerajaan Perpaduan Aku dah tulis apa yg dihasratkan Tun Mahathir tahun lepas Dan Kerajaan dan Kabinet Jokowi Ianya berbeza dgn tawaran Ismail sabri hari ini dan jelas aku kata Tak perlu pun PH bekerjasama de...
Imigresen Tumpas Aktiviti Pengurup Wang Didalangi Warga Asing

Selangor Dan Arm Latih 10 000 Jurutera Tempatan Dalam Rekabentuk Cip Semikonduktor

Langgar Lari Wanita Pejalan Kaki Maut Bayi Stabil Di Hospital

Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Best Online And Offline Marketing

The Forgotten Postal Rebellion When Mail Carriers Went On Strike In 1970

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas

Edysport Sesalku Chord

The Lantis Feat Musikal Keluarga Cemara Seperti Cemara Chord

2 More Bersatu Members Arrested After Anti Anwar Rally

Is It Worth The Trouble To Train Taxi Drivers

Epf Q1 2025 Investment Income Drops 13 Amid Global Market Uncertainty