Hpipt 2022
HPIPT 2022 (PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1000)
Kepada Mahasiswa anak Negeri Selangor tahun pertama yang sedang melanjutkan pengajian di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada di Institut Pegajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pegajian Tinggi Swasta (IPTS) boleh memohon Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor Tahun 2022.
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan hadiah sebanyak RM1,000 kepada mana-mana mahasiswa anak Negeri Selangor yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah atau B40.
HPIPT 2022 adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk melanjutkan pelajaran ke IPT sama ada IPTA atau IPTS.
Selain ini ia juga bakal melahirkan lebih ramai pelajar yang berpendidikan tinggi yang terdiri daripada anak-anak Negeri Selangor pada masa akan datang.
TARIKH PERMOHONAN HPIPT TAHUN 2022
Permohonan HPIPT bagi tahun 2022 kini dibuka bermula 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022
.
SEMAKAN KELAYAKAN HPIPT TAHUN 2022
Berikut adalah syarat kelayakan bagi pelajar yang berminat untuk memohon HPIPT 2022:
Pemohon merupakan warganegara Malaysia yang lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor.
Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
Ibu atau bapa lahir dan menetap di Selangor
Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
Pemohon sudah ditawarkan pengajian sepenuh masa di IPTA atau IPTS bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja.
Pemohon adalah pelajar tahun pertama di IPTA atau IPTS terbabit.
Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Jumlah pendapatan isi rumah keluarga pemohon adalah RM5,000 ke bawah.
CARA PERMOHONAN HPIPT TAHUN 2022
Berikut adalah cara untuk memohon:
Layari laman web HPIPT DI SINI
Klik bahagian ‘Permohonan HIPT.’
Klik butang ‘Daftar Baharu.’
Isi semua maklumat yang diperlukan dan tandakan syarat-syarat kelayakan di kotak yang disediakan.
Setelah selesai mengisi maklumat dan menanda kesemua syarat-syarat kelayakan serta bersetuju dengan syarat, terma, dan polisi sistem tersebut, klik butang ‘Daftar Akaun Baharu.’
Kemudian, log in dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Setelah berjaya log in, isi maklumat dengan lengkap.
Klik butang ‘Hantar Kepada Urusetia.’
Kemudian, klik bahagian ‘Cetak Permohonan’ untuk mencetak borang permohonan.
Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat:
Urus Setia Hadiah Pengajian IPT,Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 3,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40503 Shah Alam, Selangor.
SEMAKAN DOKUMEN DIPERLUKAN
Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar bersama borang permohonan:
Salinan Sijil Kelahiran Pemohon.
Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa pemohon.
Salinan Sijil Kematian (sekiranya telah meninggal dunia).
Salinan Surat Perakuan Cerai (sekiranya berkaitan).
Surat Akuan Sumpah (sekiranya berkaitan).
Surat Pengesahan Mastautin Pemohon daripada ADUN/Penghulu/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT (bagi Kelahiran bukan di Negeri Selangor sahaja).
Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT.
Salinan Sijil Berhenti Sekolah (Rendah 1-6 dan Menengah 1-5).
Salinan Penyata Pendapatan/Slip Gaji Ibu dan Bapa / Penjaga Pemohon (jika masih bekerja).
Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga Pemohon (jika bekerja sendiri/tidak bekerja/bersara) dengan pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Ketua Blok/Pengerusi KRT.
Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu dan Bapa/Penjaga pemohon (jika pesara kerajaan).
Salinan Penyata Akaun Bank pemohon.
PROSES PEMBAYARAN HPIPT TAHUN 2022
Setiap permohonan yang diluluskan akan dikreditkan ke dalam nombor akaun bank yang telah dinyatakan di dalam permohonan.
Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja.
SEMAKAN STATUS HPIPT 2022
Pemohon dikehendaki menyemak status pembayaran 1 bulan daripada tarikh hantar borang permohonan kepada pihak Urus Setia HPIPT.
SOALAN LAZIM
Adakah layak memohon HPIPT jika ibu atau bapa yang bukan warganegara Malaysia?
Tidak layak. Syarat utama HPIPT mestilah warganegara Malaysia.
Adakah layak memohon HPIPT jika ibu atau bapa yang bukan terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor?
Layak dengan syarat pemohon, ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun dan pemohon juga telah bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun.
Apa maksud pelajar tahun pertama ?
Pelajar tahun pertama bermaksud telah cukup tempoh satu tahun pengajian. Sebagai contoh, jika pemohon telah mendaftar diri pada sesi Oktober 2020, pemohon hanya layak membuat permohonan HPIPT sehingga Oktober 2021 sahaja dalam tempoh permohonan HPIPT dibuka.
Adakah pelajar yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 boleh memohon HPIPT?
Tidak. Pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 bagi peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (SPM) adalah tidak layak memohon.
Jika saya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), adakah saya layak untuk memohon HPIPT?
Untuk pengetahuan, pemohon yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi kerajaan yang mendapat elaun bulanan seperti IPG dan Kolej Kejururawatan adalah tidak layak memohon.
Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih?
Adakah pendapatan isi rumah berjumlah RM5,000 dan ke bawah itu di kira berdasarkan gaji pokok, gaji kasar atau gaji bersih.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika anda ingin maklumat lanjut dan pertayaan HPIPT 2022, sila hubungi Urusetia HPIPT di talian 03-5544 7385/03-5521 2306
The post HPIPT 2022 (PERMOHONAN HADIAH PENGAJIAN IPT SELANGOR RM1000) appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/hpipt.html