How To Spent Your Monthly Income Effectively
Greetings and Assalamualaikum.
How To Spent Your Monthly Income Effectively. Bulan ni dah last month sebelum masuk tahun baru 2020. Macam mana dengan azam tahun 2019. Banyak yang dah tercapai atau nak kena carry tahun depan? Apa pun, Shad doakan yang terbaik buat semua. Semoga tahun demi tahun, ada penambahbaikan, ada improvement dari segenap aspek; hubungan kita dengan tuhan, keluarga, personal development, carrier, financial dan lain-lain. Throughout the year, we learn something, right. Masih berbaki 2 minggu lagi nak kejar dan achieve impian tahun ni. Nothing is impossible right?
Dah hujung tahun ni, mesti ramai nak pergi bercuti kan. Anak-anak cuti sekolah, baru best nak pergi berjalan. Yang bekerja pulak, apa lagi habiskan cuti tahunanlah. Enjoy the holiday gitu! Ops, make sure tak terlebih shopping okay. Nun sikit lagi nak masuk tahun baru, faham-faham sahajalah, banyak keperluan yang perlu kita sediakan dan semuanya perlukan belanja. Kalau kita tak rancang kewangan dengan bijak, mungkin terpaksa keluarkan duit simpanan lebih dari sepatutnya atau lebih parah lagi terpaksa tebalkan muka berhutang sana-sini.
Walaupun topik ni serious, tapi muka jangan serios sangat okay. Cool, relax, chill je. Entry santai-santai saja pagi ni. Jadi macam mana nak rancang kewangan dengan bijak? Personally, memang Shad agree dengan tips yang banyak kita jumpa dari perkongsian hasil carian google, antaranya ada sumber pendapatan mencukupi, simpan sebelum berbelanja, berbelanja dengan bijak, membeli mengikut keperluan, elakkan berhutang, urus duit dengan betul, kawal nafsu belanja dan banyak lagi. Sebolehnya memang kita nak follow tapi kadang-kadang terbabas juga kan, kadang-kadang tak perasan dah terlebih belanja.
Jadi apa nak buat supaya tak terlebih belanja dan boleh urus duit dengan lebih teratur? Okay, boleh follow tips bahagikan income setiap bulan ini mengikut keperluan masing-masing. Kalau Shad personally, ada lima bahagian pecahan. 30% Simpan, 30% Keperluan, 15% Sedekah, 15% Ilmu dan 10% Reward. Dah dapat percentage, bolehlah di bahagikan dengan jumlah pendapatan bulanan. Nampak lebih teratur dan risiko nak terlebih belanja benda bukan-bukan tu boleh dikurangkan, InsyaAllah.
30% Simpan
Simpanan menjamin masa depan. Paling kurang pun 1/4 daripada income setiap bulan mesti kena simpan. Pentingnya kita menyimpan untuk kegunaan di masa akan datang contoh saving untuk belanja wedding, untuk kembangkan business, guna untuk kecemasan, jadikan modal pelaburan, simpanan tabung haji dan sebagainya.
30% Keperluan
Bahagikan 30% dari income untuk keperluan seharian bagi meneruskan kelangsungan hidup. Tudia kemain lagi ayat kan. Haha. Duit untuk bahagian ini untuk beli barang dapur, bayar segala bil dan sebagainya.
15% Sedekah
“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." - Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad.
Sedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan dapat kerana Allah SWT sentiasa menambah keberkatannya atau ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di akhirat nanti akan menggantikan harta yang disedekahkan dengan berlipat ganda. Bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Sungguh, rezeki Allah nak bagi ni kita tak tahu, datang tak disangka-sangka. Sedekah pada keluarga terdekat, beli hadiah untuk suami, bagi duit dekat mak ayah, belanja office mate lunch, masuk tabung masjid, derma kepada nak-anak yatim, beri makan kucing dan lain-lain.
15% Ilmu
15% ini belanja untuk personal development sebagai contoh hadiri kelas marketing, kelas menjahit, kelas mangaji Al-Quran, personal coaching dan sebagainya untuk tingkatkan skill atau kemahiran kita. Beli buku-buku ilmiah, bayar balik pinjaman pendidikan pun kira aci lah masuk dalam bahagian ni.
10% Reward
Penat-penat bekerja, boleh belanjakan 10% dari income setiap bulan untuk reward kepada diri sendiri. Okay dekat part ni boleh la nak spend sikit untuk motivasi diri, bagi lagi rajin bekerja, tak gitu. Nak beli tudung baru ka, handbag baru, kumpul untuk holiday, tak pun simpan untuk beli gelang tangan seutas. Reward kerja keras selama ni.
Dengan adanya perancangan kewangan ini, maka kes duit bocor di tengah bulan tak akan berlaku. Komitment setiap bulan memang tak dinafikan, tambah lagi yang mempunyai keluarga besar. Dengan segala macam bil dan keperluan yang perlukan banyak belanja, wajarlah setiap dari kita untuk lebih bijak semasa berbelanja. Uruskan kewangan dengan baik, InsyaAllah kita mampu survive dan menyimpan. Jika income setiap bulan masih kurang mencukupi, kena ada alaternatif tambahan untuk tingkatkan wang masuk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2019/12/how-to-spent-your-monthly-income.html