Hospital Islam Az Zahrah Mesra Ibadah Solat Walaupun Sakit Boleh Belajar Caranya
Memilih hospital yang tepat adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya mahu mendapatkan rawatan terbaik. Bukan mudah mahu mencari hospital yang serasi kerana banyak faktor yang harus kita fikirkan sebelum membuat keputusan.
Kita mahukan hospital dengan suasana yang selesa serta dilengkapi fasiliti terbaik. Bukan itu sahaja, sudah tentulah hospital dengan barisan pakar bertauliah serta berkredibiliti merupakan kriteria yang kita pertimbangkan ketika memilih hospital terbaik.
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menyediakan perkhidmatan kepakaran multi-disiplin membuatkan ia sesuai untuk seisi keluarga.
HIAZ telah ditubuhkan oleh Tn Hj Abdul Rahman Mt Dali pada tahun 1997 dan merupakan hospital pertama yang ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang.
Hospital Islam Az-Zahrah merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 bagi anugerah Hospital Keluarga Pilihan Pa&Ma. Tahniah!
Mempraktikkan Konsep Hospital Mesra Ibadah
Uniknya, Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) dibangunkan sebagai institusi perubatan yang melaksanakan dan mempraktikkan Islam bersesuaian dengan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).
Beri Motivasi Kerohanian
Aplikasi konsep HMI ini bertujuan untuk memberikan rawatan yang selesa dan mesra serta memberi motivasi dan dorongan rohani kepada pesakit.
Ustaz & Ustazah Bimbing Cara Tunai Ibadah
Kekeliruan untuk menunaikan ibadah ketika dalam keadaan tidak sihat bukan satu masalah besar kerana kehadiran ustaz dan ustazah dapat membimbing pesakit untuk menunaikan ibadah dengan cara yang betul. Fasiliti ibadah yang lengkap turut memudahkan pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa.
Hospital Ibu & Anak
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menawarkan perkhidmatan kepakaran Perbidanan & Sakit Puan dan Kanak-kanak. Doktor Pakar dan jururawat wanita sentiasa bersedia 24 jam untuk mengendalikan proses kelahiran bayi dan penjagaan ibu.
Yang bagusnya, suami atau ibu dibenarkan untuk menemani isteri/anak semasa proses kelahiran. HIAZ juga menyediakan kemudahan serta persekitaran yang tenang bagi menggalakkan penyusuan susu ibu sejurus selepas kelahiran.
Wad Selesa Untuk Pesakit
Hospital Islam Az-Zahrah menyediakan variasi pilihan bilik untuk memastikan keselesaan dan perkhidmatan terbaik bagi pesakit yang menjalani rawatan di sini.
Suasana bilik yang harmoni dan kondusif membantu pelanggan merasa tenang dan selamat. Pesakit di HIAZ boleh memilih menu yang sihat dan sesuai dengan keperluan diet pesakit.
Wad di HIAZ terdiri daripada:
Bilik VIP
Menawarkan privasi dan keselesaan dari segi suasana, ruang yang luas serta kemudahan yang terbaik.
Bilik satu katil (Super Deluxe, Standard Single, Single)
Menyediakan privasi dan keselesaan dengan kemudahan yang anda perlukan sepanjang berada di HIAZ.
Bilik dua katil
HIAZ menyediakan bilik dua katil dengan ruang yang selesa, namun masih mengekalkan privasi pelanggan.
Bilik tiga katil
Bilik ini direka bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.
Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang hospital ini, boleh layari www.azzahrah.my, laman Facebook Hospital Islam Az-Zahrah Bandar Baru Bangi, laman Instagram @hospitalislam_azzahrah atau hubungi talian 03-8921 2525. Boleh juga layari Twitter @Hosp_Azzahrah atau TikTok @hospitalislamazzahrah
The post Hospital Islam Az-Zahrah, Mesra Ibadah. Solat Walaupun Sakit, Boleh Belajar Caranya appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hospital-islam-az-zahrah-mesra-ibadah-solat-walaupun-sakit-boleh-belajar-caranya/