Hormati Keputusan Rakyat Sabah Anwar




Hormati keputusan rakyat Sabah – AnwarOleh: Redzuan RF8 MediaSeptember 27, 2020SharePresiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus ucapan tahniah kepada KEADILAN Sabah dan Warisan Plus yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan kuasa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, semalam.
Menurut Anwar, KEADILAN menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat Sabah dan pada masa sama berharap proses pembentukan Kerajaan Negeri dapat dikemudi dengan aman, bijaksana dan penuh hikmah.
“Saya ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan Warisan Plus, khususnya Datuk Seri Shafie Apdal dan Parti Warisan Sabah yang telah memenangi 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP memenangi enam kerusi dan UPKO yang memenangi satu kerusi.
“Tahniah juga diucapkan buat Datuk Christina Liew, Pengerusi KEADILAN Sabah di atas kejayaan KEADILAN Sabah mempertahan dua kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, serta usaha baik terutama di DUN Sook yang melihat peningkatan hampir dua kali ganda peratus undi buat KEADILAN berbanding 2018,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Anwar turut mengingatkan kepada semua pihak agar berwaspada dan sentiasa mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan isu kuarantin dan saringan terutama kepada individu yang akan berangkat pulang ke Semenanjung.
“Saya pohon semua pihak termasuk pimpinan parti akur dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia berkait Covid-19 terutama dalam isu saringan dan kuarantin.
“Peningkatan mendadak kes terutama jangkitan dalam komuniti amat membimbangkan, dan saya berdoa agar rakyat Malaysia sentiasa patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) KKM dan dilindungi dari wabak ini,” katanya lagi.
PRN Sabah yang berakhir pada 5.30 petang semalam menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah berjaya memenangi pilihan raya itu dan dijangka akan membentuk kerajaan negeri yang baharu lewat hari ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/09/hormati-keputusan-rakyat-sabah-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yang Perlu Umno Dan Rakyat Pelajari Dari Keputusan Prn Sabah

Apa Yang Perlu Umno Dan Rakyat Pelajari Dari Keputusan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 486 hits
Debaran mananti keputusan PRN Sabah 2020 sudah berakhir bila Suruhanjaya Pilihanraya memberikan keputusan rasmi PRN Sabah awal pagi semalam Rakyat Sabah memilih untuk memberikan mandat kepada parti parti di dalam Gabungan Rakyat Sabah yang ...
Anwar Sokongan Rakyat Amat Dihargai Semasa Kunjungan Saya Ke Sabah

Anwar Sokongan Rakyat Amat Dihargai Semasa Kunjungan Saya Ke Sabah

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 307 hits
Kelmarin saya round round di Sook Klias Matunggong Tempasuk Tamparuli Api Api dan Inanam untuk berkempen bersama calon calon kita dari KEADILAN Jutaan penghargaan buat rakyat Sabah terutamanya kepada mereka yang turut memberikan sokongan pa...
Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

Isu Pelantikan Ketua Menteri Zahid Hormati Keputusan Umno Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 454 hits
855 total views 855 views today Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata dia menghormati autonomi Umno Sabah untuk sepakat dengan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah lain dalam mencalonkan Hajiji Mohd Noor dicalonkan sebagai ketua menteri b...
Pdrm Tidak Pandang Ringan Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Kacau Prn Sabah Acryl Sani

Pdrm Tidak Pandang Ringan Maklumat Kemasukan Rakyat Negara Jiran Kacau Prn Sabah Acryl Sani

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 490 hits
M Update 24 9 2020 Polis Diraja Malaysia tidak sesekali memandang ringan berhubung maklumat diterima berkaitan kemasukan beramai ramai rakyat negara jiran yang ingin membuat kekacauan ketika proses pengundian Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu...
Majoriti Rakyat Sabah Akan Pilih Keadilan Di Dun Tempasuk

Majoriti Rakyat Sabah Akan Pilih Keadilan Di Dun Tempasuk

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 257 hits
Majoriti rakyat Sabah khususnya penduduk di kerusi Dewan Undangan Negeri Tempasuk hampir pasti akan memilih calon KEADILAN Mustapha Sakmud untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah pada 26 September ini Walaupun tewas pada Pilihan Raya Umum...
Anwar Sengaja Mahu Pengaruh Pengundi Di Sabah

Anwar Sengaja Mahu Pengaruh Pengundi Di Sabah

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 278 hits
KOTA BHARU Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu merupakan usaha dangkal untuk mempengaruhi pengundi menjelang Pilihan Raya...
Anwar Concedes Defeat In Sabah

Anwar Concedes Defeat In Sabah

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 346 hits
Parti Keadilan Rakyat respects the voters decision in yesterday s Sabah election which saw Gabungan Rakyat Sabah securing a simple majority win and the mandate to form the new state government PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim said Sab...
Monolog Jiwa Menunggu Antara Bertahan Dan Menyerah

Lirik Lagu Sesaat Aina Abdul

Hutang Oh Hutang Peningnya Aku

Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu

Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Senarai Filem Tahun 2026

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


17 Tahun Menghilang Kumpulan X Factor Kembali Reunion Buat Peminat Teruja Helok Helok Walaupun Dah Berusia

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Tmj Mengulas Isu Fam Dan Fifa

Pemuda Tempuh Perjalanan Lebih Lapan Jam Demi Segulung Ijazah

Izz Wan Demo Ore Comey Chord

Canopy House By Studio Mk27 A White Prism Suspended In Brazil S Atlantic Forest