Hormati Hak Orang Asal


Adik Norashikin Oren, 9, (kiri) bersama rakan-rakannya mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kediaman mereka sempena meraikan sambutan bulan kemerdekaan negara ke-64 di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Mukim Siong. - Foto Bernama


HARI Antarabangsa Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun. Di Malaysia, orang asal mewakili 0.6 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat dengan Senoi, Melayu Proto dan Negrito adalah tiga suku utama.

Orang asal merupakan masyarakat minoriti yang masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka.

Malah, sebilangan daripada komuniti ini masih menjalankan aktiviti pertanian secara sistem sara diri seperti memburu binatang, menangkap ikan, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan menyebabkan sumber semula jadi seperti hutan sangat penting dalam kehidupan masyarakat ini.

Rentetan itu, Jadual Keenam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716) membenarkan orang asal memburu 10 jenis haiwan sebagai sumber makanan mereka, termasuk babi hutan, rusa dan pelanduk.

Justeru, orang asal juga dikenali sebagai ‘orang hutan’ disebabkan sifat mereka yang bergantung sepenuhnya kepada hutan untuk kelangsungan hidup.

Naluri kehidupan orang asal begitu dekat dengan alam sekitar. Hubungan langsung dan kebergantungan orang asal terhadap alam sekitar adalah disebabkan terdapatnya pelbagai khazanah semula jadi berharga yang menjadi punca rezeki dan kehidupan mereka.

Sejak berkurun lagi, sumber alam sekitar adalah medium utama untuk membina kediaman, berburu dan tanahnya menjadi kawasan pertanian pindah.

Maka, manusia dianggap tidak berasingan daripada hidupan alam semula jadi dan tidak mempunyai tempat yang istimewa atau dominan dalamnya, malah manusia mempunyai tanggungjawab untuk menghormati haiwan, tumbuhan dan objek tidak bernyawa lain.

Entiti alam sekitar utama iaitu hutan, sungai dan haiwan juga tidak boleh dijadikan milik perseorangan tetapi merupakan hak pemilikan bersama.

Uniknya, sikap menghormati alam sekitar menyebabkan mereka tidak memburu haiwan terancam, malah akan mempertahankan hidupan ini sebagai satu produk pelancongan unik di kawasan mereka.

Orang asal juga mempercayai kewujudan semangat jahat dalam persekitaran mereka, maka wujud pantang larang tertentu yang diturunkan daripada generasi sebelumnya bagi menjaga keharmonian antara alam dengan manusia, antaranya tidak boleh menebang pokok dan membuang sampah sesuka hati atau memburu haiwan melebihi keperluan, tidak boleh mendera dan mengurungnya. Pantang Pengamalan pantang larang ini dilihat sebagai salah satu tingkah laku positif dalam penjagaan berterusan alam sekitar. Hal ini menunjukkan orang asal amat menekankan hubungan mesra dengan alam semesta.

Lantaran itu, UNESCO mengiktiraf ilmu orang asli sebagai elemen utama untuk pendidikan lestari. Justeru, kita perlu menghormati mereka kerana banyak yang kita boleh belajar dari mereka berkaitan penjagaan alam sekitar.

Memelihara alam semula jadi adalah penting untuk masa depan orang asal dengan menjamin kesinambungan kepelbagaian semula jadi yang menyokong kehidupan mereka walaupun telah memasuki dunia moden.

Hakikatnya, kawasan perlindungan yang ditadbir urus, direka bentuk dan diurus dengan baik adalah kaedah paling berkesan untuk memelihara alam semula jadi, serta dapat memberikan pelbagai manfaat dari segi ekologi, sosioekonomi, kebudayaan dan rohani kepada golongan rentan ini.

Sebarang pengolahan atau perubahan ketara alam sekitar akibat pembangunan secara tidak langsung menyebabkan berlakunya perubahan kepada persekitaran masyarakat orang asal. Hal ini kerana, hutan adalah rumah bagi masyarakat orang asal.

Justeru, ekosistem kemerosotan hutan menyebabkan mereka tidak boleh hidup lagi di situ bukan sahaja akibat kehilangan sumber pencarian ekonomi, tetapi juga kebudayaan, kraftangan, identiti serta warisan masyarakat orang asal kerana segala punca budaya orang asal seperti bersewang, pembuatan alat muzik dan sumpit, kesemua bahannya didapati daripada hutan.

Hakikatnya, apabila persekitaran berubah, masyarakat orang asli juga turut terkesan oleh persekitaran tersebut. Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Hak Orang Asal menjelaskan, orang asal tidak boleh dipindahkan secara paksa daripada tanah atau wilayah mereka.

Orang asal adalah sebahagian daripada kehidupan kita sebagai manusia yang memiliki hak untuk meneruskan kehidupan adat resam, kepercayaan, pantang larang, budaya dan nilai hidup mereka. Kehidupan masyarakat ini perlu dikekalkan tradisinya supaya menjadi khazanah warisan. * Profesor Madya Dr Haliza Abdul Rahman ialah dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/hormati-hak-orang-asal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Capai Puncak Gunung Sang Hyang Bali Pendaki Asal Rusia Tidak Tahu Jalur Turun

Capai Puncak Gunung Sang Hyang Bali Pendaki Asal Rusia Tidak Tahu Jalur Turun

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 143 hits
Seorang warga negara Rusia dilaporkan tersesat di Gunung Sang Hyang Kecamatan Penebel Kabupaten Tabanan Bali Bule yang belum diketahui identitasnya itu melakukan pendakian pada Minggu sekira pukul 08 00 WITA bersama dua orang rekannya
Siri Hbo Max Original Peacemaker Akan Bongkar Asal Usul Watak Lakonan John Cena

Siri Hbo Max Original Peacemaker Akan Bongkar Asal Usul Watak Lakonan John Cena

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 304 hits
Pengarah dan juga penulis lakonlayar untuk filem The Suicide Squad mendedahkan yang siri spin off Peacemaker akan berkisar sebelum filem The Suicide Squad dan juga selepas filem tersebut Filem The Suicide Squad yang kini ditayangkan di HBO ...
Asal Usul Tudung Dan Peranan Anwar Ibrahim

Asal Usul Tudung Dan Peranan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 444 hits
Satu sumbangan besar ABIM melalui usaha pendidikan adalah menubuhkan Yayasan Anda Akademik sebuah sekolah menengah persendirian yang menawarkan ruang dan kesempatan menyambung pelajaran bagi pelajar pelajar Melayu kebanyakannya yang telah g...
Gelapkan Mobil Rental Residivis Asal Bengkulu Ditangkap Di Lampung

Gelapkan Mobil Rental Residivis Asal Bengkulu Ditangkap Di Lampung

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 156 hits
Seorang residivis berinisial BS harus kembali berada di balik jeruji besi Warga Desa Linggar Galing Kecamatan Pondok Kubang Kabupaten Bengkulu Tengah itu ditangkap petugas Polsek Talang Empat karena menggelapkan mobil yang disewanya
Pas Kembalilah Kepada Perjuangan Asal Harapan Melihat Umno Terkubur Sejak Tahun 60an Nik Aziz

Pas Kembalilah Kepada Perjuangan Asal Harapan Melihat Umno Terkubur Sejak Tahun 60an Nik Aziz

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 289 hits
NORMAN RADZUAN Doa dan amaran orang alim yang menjadi kenyataan PAS KEMBALILAH KEPADA PERJUANGAN ASAL Doa Ustaz Fadzil Noor utk Mahathir panjang umur utk Mahathir melihat kerosakan yang dilakukan olehnya bukan untuk dihukum Ust Fadzil Noor ...
Wanita Asal Anyer Ditemukan Tewas Di Kontrakan Motor Hingga Ponselnya Hilang

Wanita Asal Anyer Ditemukan Tewas Di Kontrakan Motor Hingga Ponselnya Hilang

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 202 hits
Rekan kerja korban terakhir berkomunikasi dengan korban pada tanggal 17 Agustus kemarin Saat didatangi ke kontrakannya pada Tanggal 18 Agustus kontrakan korban dalam keadaan terkunci dan lampu mati
Ph Baliklah Asal Seperti Mandat Rakyat

Ph Baliklah Asal Seperti Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 225 hits
Calonkan Tun ke istana sebagai PM tunggal pilihan PH Plus kemudian sahkan melalui undi percaya di parlimen Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan Shafie atau Mat Sabu sebagai Menteri KDNBeri Tun tempoh 6 bulan sebelum serahkan kepada Anwar ...
Pelajar Uitm Ini Balik Ranau Dan Dedah Asal Usul Keluarga Menoreh Getah Jadi Kemestian Tapi Kenapa Ada Yang Tak Percaya

Pelajar Uitm Ini Balik Ranau Dan Dedah Asal Usul Keluarga Menoreh Getah Jadi Kemestian Tapi Kenapa Ada Yang Tak Percaya

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 414 hits
Cassey bersyukur dengan segala pengalaman masa lalu biarpun mengakui ia bukanlah satu kehidupan yang mudah VIDEO memaparkan seorang gadis yang sedang menoreh getah meraih hampir 300 000 tontonan di aplikasi TikTok Selain memuji rupa paras s...
Asal Hujung Minggu Malas Nak Masak

Asal Hujung Minggu Malas Nak Masak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 290 hits
Assalamualaikum BILA tiba Jumaat jer mulalah datang malas nak memasak Asal malas nak masak jer hari Jumaat Jadinya Sk cakap dengan Pak Inche supaya tapaulah apa apa makanan yang dia rasa nak makan Nasib baiklah PI dah makan nasi siangnya ja...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya