Homestay Murah Untuk Family Di Kota Kinabalu
Assalammualaikum and hi everyone | Homestay Murah Untuk Family di Kota Kinabalu
Kalau korang ada plan nak datang bercuti-cuti Sabah dengan Family yang besar atau jumlah family yang ramai, kaella sangat sarankan untuk tempah dan tinggal di homestay yang murah dan berbaloi ini.
Percutian yang terbaik adalah percutian yang memerlukan kepuasan dalam pelbagai hal, sama juga dengan kepuasan tempat tinggal. kalau tempat tinggal itu selesa dan kena dihati pasti kita akan merasa bahagia dan seronok untuk teruskan percutian. Jika sebaliknya maka, akan ada satu hal yang banyak kita akan kesalkan. Sebab tu, jangan menyesal dibelakang hari. Pastikan kita memilih tempat terbaik untuk percutian yang bermakna. MLH Designer Suites ini terletak di bandar Kota Kinabalu iaitu di Jesselton QuayPads berdekatan dengan terminal Jeselton Point Ferry Terminal.
Interiornya terlihat sangat moden, kemas dan ceria ini pasti akan membuatkan anda untuk lebih tertarik dan ingin tinggal lagi di sini. Bilik yang kaella tempah selama sehari ini mengandungi 2 bilik yang dilengkapi dengan katil bersaiz Queen. Masing-masing memiliki Aircond yang sejuk. Diruang tamu pula memiliki katil sofa yang boleh memuatkan seorang tetamu, satu bilik air berserta dapur dengan kelengkapan memasak yang lengkap.
bukan itu sahaja, homestay ini juga memiliki banyaj facility yang sangat diperlukan. Ibaratnya, korang hanya datang dengan diri dan makanan, keperluan lain semuanya sudah tersedia.
Hal yang paling membahagiakan bagi mereka yang ingin melihat keindahan dan kecantikan sunset dan sunrice juga boleh dinikmati. Homestay ini mempunyai permandangan laut yang sangat indah dan sangat luas, korang pasti jatub cinta dengan permandangan yang disediakan.
MLH Designer SuitesHarga ; RM214.00 dan ke atas
Cek in : cek in sendiri tiada kaunter tersedia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thekaellaaaa.blogspot.com/2023/07/homestay-murah-untuk-family-di-kota.html