Holiday Langkawi Part 1 Day 1 Naik Jeti Dari Kuala Perlis Ke Jeti Langkawi
HOLIDAY LANGKAWI PART 1 : DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI. Hai Assalamualaikum semua, oleh kerana Langkawi kawasan yang boleh di lawati sekarang ni. Maka, mummy terasa bersemangat untuk update kisah percutian kami ke Langkawi awal tahun 2021 baru ini. Sambungan kisah dari entri di SINI dan SINI , selepas check out dari kampung, kami meneruskan perjalanan kami ke Langkawi.
HOLIDAY LANGKAWI PART 1 : DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWIYeaaay, lama betul tak pi Langkawi kan. lain macam rasa seronoknya. Anak-anak pun dah besar, mereka pun teruja nak jalan-jalan ke Langkawi. Sekarang ni baru dorang dapat faham banyak perkara bila berjalan. Ye lah dedulu datang Langkawi masa semua kecik-kecik lagi. Jenuh bawa jalan masa tu, kejap kang ngantuk lah, lapar lah, macam-macam. So, kalini kami ambil iniasiatif untuk bercuti lama sedikit di Langkawi. Dalam 5 hari juga hehehe. Bagi semua puas jalan dan kami nak jalan santai-santai aje.
Hari pertama ni, parking kereta di Kuala Perlis aje. Dan menaiki feri di Kuala Perlis. Tiket kami beli awal-awal online di SINI sebab peak season, risau kang nanti tak ada tiket pulak kalau tak beli online.
So, bila beli online ni, semua seat dah ada di tetapkan, tapi bercerai-cerai juga seat kami. Nasib anak-anak boleh duduk dengan mummy dapat sederet. Dadddy je lah tak duduk sebaris dengan kami
bergambar semasa menunggu feri di Jeti Kuala Perlis
Tema merah gitu senang warna sedondon ni, nak cari mudah kalau ada yang terlepas hehehe
Kekonon tak nak bawa beg banyak, sudahnya, bawa balik berkotak-kotak gak hehehe
Kami dapat seat sederet
Perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi sama macam dulu juga. Dengar kata , jika naik feri yang bawa kereta sekali tu lambat sket. entahlah, kami belum ada pengalaman lagi. Plan nak bawa juga kereta ke Langkawi . Tapi awal Januari hari tu semua date penuh. Ramai masuk Langkawi kan, ye lah masa tu kerajaan dah bagi rentas negeri hehehe
Apa lagi, ajommmmmm....
ok done cerita HOLIDAY LANGKAWI PART 1 : DAY 1 NAIK JETI DARI KUALA PERLIS KE JETI LANGKAWI
nanti mummy sambung lagi day 1 part by part ye !
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azlindaalin.com/2021/03/holiday-langkawi-naik-feri-jeti-kuala-perlis-ke-jeti-langkawi.html