Hohem Isteady X Gimbal Mobil Bajet Yang Kecil Dan Ringan



Saya sudah lama menjadi peminat gimbal mobil sejak menggunakan Moza Mini S yang dibeli pada tahun lepas. Namun malangnya Moza Mini S itu sudah pun ‘bricked’ selepas percubaan mengemaskini firmware dilakukan.
Tidak mengapalah, walaupun kecewa, hidup harus diteruskan. Oleh itu saya membuat pencarian terhadap beberapa model gimbal kecil yang dicaj menggunakan port USB-C. Ini pada saya amat penting, kerana USB mikro sudah dirasakan bukan zamannya lagi.
Beberapa model saya cuba timbang tara, bahkan yang menggunakan mikro USB juga termasuk ke dalam senarai seperti Feiyu Vlog Pocket. Tetapi akhirnya yang memikat hati saya ialah Hohem iSteady X. Dari gambaran video-video di YouTube, dan gambar terpapar pada carian Google, ia nampak seperti agak besar juga.
Setelah sampainya model tersebut di rumah, barulah saya tahu bahawa iSteady X ini sebenarnya kecil sahaja, dan bukan saja kecil bahkan amatlah ringan sekali.
Sebelum kita teruskan, ada baiknya juga kalau kita buka kotak terlebih dahulu. Ayuh!

Apa Dalam Kotak?
1x Hohem iSteady X
1x Manual panduan pengguna
1x Mini tripod
1x Kabel pengecas USB-C
1x Bag kecil
iSteady X mempunyai berat sebanyak 259g. Sebagai perbandingan, Poco F2 Pro yang saya gunakan adalah seberat 219g. Beratnya tidak jauh berbeza dengan sebuah telefon/phablet sahaja.
Apa yang penting pada saya, ialah kebolehannya untuk dilipat. Ya, sama seperti Moza Mini S, tetapi jika dibuat perbandingan, jauh berbeza antara keduanya.
Anda boleh lihat sendiri pada gambar di bawah.

Dengan bateri berkapasiti 2000mAh, anda boleh gunakan gimbal ini sehingga 8 jam (bergantung juga kepada berat telefon anda), manakala untuk waktu pengecasan pula hanya memerlukan 2 jam sahaja.
Perkara utamanya, ia dicas menggunakan USB-C, satu port yang pada saya paling penting sekali sebagai ciri pilihan.
Anda hanya perlu bawa satu adapter, atau satu powerbank dengan satu kabel tanpa perlu mengusung sekali kabel USB mikro.

Satu ciri yang saya tidak beberap gemar pada iSteady X ialah ia perlu didaftarkan dengan akaun terlebih dahulu melalui aplikasi Hohem Pro sebelum dapat digunakan. Jika tidak daftar, gimbal akan berbunyi ‘bip’ berkali-kali dan ini semestinya mengganggu video yang sedang dirakam.
Selain Bluetooth, lokasi juga perlu dihidupkan pada telefon sebelum dapat diguna. Saya tidak beberapa pasti apakah tujuan kegunaan lokasi sedangkan kita hanya hendak hidupkan gimbal sahaja.
Ini semestinya sedikit sebanyak memberikan satu tanggapan kurang baik dari segi privasi. Apa pun, aplikasinya ada kesemua ciri yang diingini, kecuali rakaman dalam 60fps untuk semua resolusi yang ada (720p, 1080p, 4K).

Pun begitu, dari segi penggunaan pula, ia ringkas, dan ‘cukup’ untuk segala keperluan. Walaupun pada gimbal tidak terdapat fungsi ekstra seperti Inception Mode, tetapi ia dimasukkan ke dalam fungsi Moment pada aplikasi.
Di gimbal terdapat beberapa butang dan joystick. Butang penghidup boleh digunakan untuk menukar ke fungsi rakaman menegak dengan sekali tekan, manakala tekan dua kali pada butang trigger boleh mengambil gambar sekiranya anda dalam mode video (contoh) dan sebaliknya.
Di bahagian kiri pula terdapat butang zoom, dan anda boleh tukar ke fungsi fokus pada aplikasi.

Tetapi tulis panjang pun tak guna, jika anda tidak dapat melihat sejauhmana kebolehan gimbal ini menstabilkan rakaman video. Berikut saya sediakan satu video ujian pendek bagi memberi gambaran kualiti yang akan anda perolehi dari iSteady X.
Saya suka pada kebolehan gimbal ini untuk menukar kepada sudut rendah. Ini memudahkan rakaman sinematik tanpa perlu bersusah-payah mengubah kedudukan tangan.
Secara umumnya, banyak yang saya suka pada iSteady X ini. Anda tidak perlu melakukan kalibrasi, dan sekiranya anda ingin melakukannya, ia semudah A,B,C. Boleh tekan pada butang penghidup sebanyak lima kali, atau tekan saja pada pilihan dalam aplikasi Hohem Pro.
Dengan harga sebanyak RM220 (lebih atau kurang, bergantung pada penjual), saya berasa agak senang hati untuk mengesyorkan gimbal ini kepada semua orang.
Anda boleh rujuk laman web Hohem untuk maklumat lanjut: Hohem iSteady X.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/hohem-isteady-x-gimbal-mobil-bajet-yang-kecil-dan-ringan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

Takut Ada Yang Kecil Hati Ini Kata Kata Terakhir Mira Filzah Sebelum Jadi Isteri Orang

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 605 hits
BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terlvka dengan dirinya Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman 27 menerusi Instagram iaitu beb...
Waspada Pengedar Uang Palsu Kini Menyasar Warung Kecil Beraksi Saat Ramai Pembeli

Waspada Pengedar Uang Palsu Kini Menyasar Warung Kecil Beraksi Saat Ramai Pembeli

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 292 hits
Seorang penjual nasi uduk di Jalan Raya Tengah Kelurahan Gedong Pasar Rebo Jakarta Timur bernama Mala menjadi korban peredaran uang palsu Selasa kemarin malam Adik korban Kurnia mencerirakan bahwa kakaknya menerima Upal pecahan Rp 50 ribu d...
Declare Lhdn Online Kenapa Peniaga Kecil Mesti Buat Pengesahan Pendapatan Di Lhdn E Filing

Declare Lhdn Online Kenapa Peniaga Kecil Mesti Buat Pengesahan Pendapatan Di Lhdn E Filing

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 390 hits
Alhamdulillah pada kali ini saya update mengenai melalui Channel Youtube DDAD Tv Selepas menonton video tersebut baru lah paham mengapa Peniaga Kecil Mesti Buat pengesahan Pendapatan Di LHDN
Kritikan Tun M Ibarat Kecil Hati Orang Tua Terhadap Cucu

Kritikan Tun M Ibarat Kecil Hati Orang Tua Terhadap Cucu

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 369 hits
SHAH ALAM Kritikan bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap idea penubuhan parti orang muda oleh Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh diibaratkan sebagai kecil hati orang tua terhadap...
Syukur Setiap Peningkatan Walaupun Kecil

Syukur Setiap Peningkatan Walaupun Kecil

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 344 hits
IMPROVEMENT Sejauh mana improvement penting dalam diri anda Peningkatan kecil yang berlaku dalam diri anda itu adalah satu achievement yang perlu anda syukuri kerana ia merupakan petanda yang You are getting better dari kali terakhir you be...
Prof Suteki Guru Besar Tetapi Kok Otaknya Kecil

Prof Suteki Guru Besar Tetapi Kok Otaknya Kecil

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 286 hits
Perdebatan antara Rocky Gerung dengan Henry Subiakto Staf Ahli Menteri Komunikasi dan Informatika dalam sebuah stasiun televisi ikut dikomentari Prof Dr Pierre Suteki Guru besar Fakultas Hukum Universitas Diponegoro ini menilai sangat tidak...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu