Hiperinflasi Yang Menghancurkan Negara Venezuela


Negara Venezuela sangat terkenal sebagai negara yang menawarkan harga petrol paling murah di dunia serta mempunyai simpanan minyak antara yang terbesar berbanding semua negara pengeluar minyak, tetapi sedang mengalami hiperinflasi.


Bagaimana seksanya hidup dalam keadaan hiperinflasi? Sangat, sangat sukar.

Mengambil negara kita sebagai perbandingan, Venezuela berdepan kadar inflasi setinggi lebih 1,000,000% (ya! satu juta peratus) berbanding Malaysia yang hanya berdepan inflasi pada kadar 1.5-2.0% pada tahun 2020.

Sehingga penghujung 2017, ada tiga negara di dunia sedang menghadapi kadar inflasi melebihi 100% selama tiga tahun berturut-turut iaitu Sudan Selatan, Suriname dan paling teruk sudah tentulah Venezuela.

Apa itu hiperinflasi? Bagaimana hiperinflasi memberikan kesan buruk pada sesebuah negara?

Dalam sebuah sistem ekonomi yang baik, akan berlaku kenaikan atau penurunan kadar inflasi yang stabil dan seimbang.

Harga, pengeluaran serta faktor-faktor lain yang merangsang atau merencatkan ekonomi memberi kesan naik turun dalam amaun yang sedikit.

Secara keseluruhannya, tidak ada masalah inflasi naik sedikit asalkan ekonomi sesebuah negara akan berkembang dalam jangka masa panjang.

Namun, ada masanya sesebuah negara gagal mengawal ekonomi mereka dengan baik sehingga mengalami fenomena yang dinamakan hiperinflasi.

Sekiranya anda terkejut dengan ramalan Venezuela boleh mencapai kadar kenaikan inflasi 1 juta peratus sekiranya tidak dibendung, anda perlu tahu kadar inflasi tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah dunia adalah 2.2 juta peratus, yang terjadi pada ekonomi negara Zimbabwe pada tahun 2009.

Kenaikan kadar inflasi pada tahap 15 peratus sekalipun, walaupun dilihat besar sepatutnya tidak mengganggu gugat kestabilan ekonomi sesebuah negara.

Kebiasaannya, masyarakat masih mampu mengubah dan mengurangkan beberapa aspek hidup mereka untuk menampung kenaikan kos itu.

Jadi perlu kita fahami, inflasi adalah sesuatu yang normal sekiranya naik melebihi 10 peratus sekalipun.

Berkenaan hiperinflasi, tidak ada kadar tetap untuk sebuah kadar inflasi dikatakan sudah mencapai tahap hiperinflasi.

Semuanya bergantung kepada kenaikan bulan ke bulan yang berlaku dalam ekonomi negara tersebut, dengan hiperinflasi akan diisytiharkan sekiranya kadar inflasi naik mendadak dalam jangka masa yang singkat tanpa henti.

Kesan hiperinflasi yang sangat besar memang memburukkan keadaan; pendapatan yang diperolehi orang ramai akan dianggap tidak mencukupi walaupun hanya untuk membeli barangan keperluan asas.

Mengapa hiperinflasi berlaku di Venezuela?

Penganalisis secara majoritinya bersetuju kejatuhan harga minyak mendadak menyebabkan kejatuhan ekonomi Venezuela.

Negara itu sangat bergantung dengan hasil minyak dan juga dibebankan dengan jumlah hutang negara dalam bentuk matawang asing yang tinggi.

Venezuela dianggarkan mempunyai jumlah hutang luar negara setinggi 50 bilion dolar dan kejatuhan harga minyak menyebabkan negara tersebut kehilangan dana untuk membayar semula hutang-hutang itu.

Ini juga menyebabkan nilai matawang mereka 'bolivar' menjunam sehingga mengakibatkan nilai hutang mereka dalam matawang dolar meningkat berkali ganda.

Untuk membantu menyelesaikan hutang ini, kerajaan Venezuela terpaksa mencetak lebih banyak wang bolivar sebagai dana untuk membeli matawang asing seperti dolar contohnya, bagi menjelaskan hutang yang perlu dibayar.

Ini menyebabkan matawang bolivar kehilangan nilainya apabila berlaku lambakan wang tersebut ke dalam pasaran tempatan.

Bila bekalan jumlah wang bolivar melebihi keperluan negara tersebut, nilai bolivar akan semakin susut.

Jumlah hutang dalam kadar matawang asing yang perlu dibayar pula tidak berkurangan, malahan semakin bertambah.

Nilai bolivar yang diperlukan untuk membeli wang dollar pula semakin meningkat hari ke hari, menyebabkan hiperinflasi teruk pada Venezuela.

Bagaimana rasanya hidup dalam keadaan hiperinflasi?


Ketika ini, diramalkan tahap pengangguran Venezuela akan mencecah 36% pada tahun 2022. Masalah yang paling besar, untuk bekerja juga dilihat tidak berbaloi.

Orang ramai tidak lagi dapat bergantung harap dengan sumber pendapatan mereka kerana nilai matawang Venezuela boleh turun mendadak bila-bila masa.

Ini menyebabkan jumlah pendapatan yang mereka terima tidak membolehkan mereka berbelanja untuk membeli apa-apa.

Kedai makan tidak lagi berani meletakkan harga kerana harga boleh berubah bila-bila sahaja dan pasaraya juga tidak lagi diwajibkan memaparkan tanda harga.

Harga barang pula sangat menggerunkan kerana untuk membeli segulung tisu tandas, mereka perlu membayar 2.6 juta bolivar yang bersamaan dengan RM43.20.

Seekor ayam pula berharga 14.6 juta bolivar, bersamaan dengan RM242.50. Harga dah mahal kan? Nak membayarnya pun satu masalah besar.

Untuk membayar satu gulung tisu tandas, rakyat Venezuela perlu membawa wang kertas 1000 bolivar setinggi 26cm tebal dan mempunyai berat 2.6 kg.

Membayar ayam? Mereka perlu membawa wang tunai setebal 73 cm dengan berat sebanyak 14.6 kg.

Apa yang lebih malang, nilai wang Venezuela boleh berubah setiap masa, jadi ada kemungkinan ketika mereka dalam perjalanan hendak membeli tisu dan ayam, harganya sudah naik menyebabkan mereka tidak lagi mampu membeli barangan tersebut. Begitulah parahnya kesan hiperinflasi kepada ekonomi.

Diet masyarakat mereka juga mula berubah dengan 3 daripada 4 orang mengalami penurunan badan ketara dengan purata 9kg.

Harga makanan meningkat sehingga 300% dalam tempoh 5 tahun sehingga menyebabkan orang ramai kembali bergantung kepada ubi kentang sebagai makanan utama.

Kesan buruk pada pekerjaan dan masa depan


Oleh kerana pendapatan atau gaji sudah tidak lagi membawa nilai pada penduduk Venezuela, banyak syarikat kini memilih untuk membayar pekerja mereka dengan barangan keperluan asas.

Wang ringgit yang tiada lagi nilai turut sama memaksa orang ramai mula menggunakan sistem barter.

Memiliki barangan keperluan asas seperti sabun, minyak masak dan bahan mentah dilihat jauh lebih penting berbanding keperluan memiliki wang.

Sebagai contoh, sebuah syarikat keselamatan Venezuela yang tular pada awal 2018, menawarkan gaji 2 juta bolivar yang masih belum cukup untuk membeli tisu tandas sebagai pengawal keselamatan.

Sebagai ganjaran tambahan, pekerja yang bekerja dengan baik ditawarkan bonus 36 biji telur seminggu untuk dibawa pulang ke rumah.

Salah satu kesan lain yang paling menakutkan adalah dalam sekelip mata, keseluruhan simpanan rakyat Venezuela hilang nilainya.

Keadaan ini menyebabkan sistem ekonomi Venezuela menjadi lebih kucar-kacir kerana orang ramai tidak lagi mempunyai minat untuk terus menyimpan wang untuk tujuan melabur; menyumbang kepada kejatuhan ekonomi yang lebih dahsyat kerana kerajaan kini ketiadaan modal untuk dijadikan suntikan kepada penggerak industri.

Selain itu, aktiviti pelacuran juga berleluasa kerana aktiviti itu adalah salah satu bentuk perniagaan yang tidak memerlukan sebarang modal.

Situasi hiperinflasi yang berlaku di Jerman pada awal abad ke 20 membuktikan aktiviti pelacuran melibatkan pelacur lelaki dan wanita berleluasa, disebabkan tekanan hidup yang mendadak pada ketika itu.

Yang lebih membimbangkan, kadar jenayah juga akan turut meningkat setiap kali sesebuah negara mengharungi situasi hiperinflasi, kerana kerajaan kini ketiadaan dana yang cukup untuk membayar gaji petugas keselamatan yang memadai dengan kos sara hidup.

Ini menyebabkan kewujudan situasi di mana undang-undang diabaikan dan orang ramai mula menjadikan mencuri itu tabiat bagi memudahkan mereka menjalankan urusan barter.

Jenayah bunuh juga semakin menjadi-jadi dengan 73 orang warga mereka dibunuh setiap hari berdasarkan statistik, selain daripada jenayah rompakan dan penculikan menjadikan negara tersebut, yang satu masa dulu terkenal sebagai antara negara paling mementingkan kebajikan rakyat mereka runtuh, semua kerana hiperinflasi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Perkara 'Menakutkan' Apabila Nilai Mata Wang Negara Jatuh!Ini Jawapan Kenapa Gaji RM3,000 Sebulan Tak Cukup Pada Zaman Sekarang!
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/11/hiperinflasi-menghancurkan-venezuela.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Hantu Disetiap Negara Memiliki Bentuk Yang Berbeza Beza

Kenapa Hantu Disetiap Negara Memiliki Bentuk Yang Berbeza Beza

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 737 hits
Hantu atau dedemite umumnya merujuk kepada roh yang meninggalkan badan kerana mati Definisi hantu umumnya berbeza bagi setiap agama peradaban dan adat istiadat Dalam banyak budaya hantu tidak didefinisikan sebagai bahan yang baik atau jahat...
Tengah Hari Dapat Tahu Petang Itu Juga Ebit Lew Hulurkan Bantuan Kepada Zoo Negara

Tengah Hari Dapat Tahu Petang Itu Juga Ebit Lew Hulurkan Bantuan Kepada Zoo Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 320 hits
Asyraf RoslanEbit berkongsi di laman Instagramnya bahawa beliau mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk menyelamatkan haiwan di sana Instagra Ebit Lew KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia sedia maklum dengan sifat pendakwah bebas Ebit Lew yang ge...
Ebit Lew Dapat Panggilan Dari Zoo Negara Perlukan Bantuan Terus Bawa 200kg Daging 500kg Buah Dan Sayuran

Ebit Lew Dapat Panggilan Dari Zoo Negara Perlukan Bantuan Terus Bawa 200kg Daging 500kg Buah Dan Sayuran

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 378 hits
1 184 total views 609 views today Umum mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew merupakan antara pendakwah tempatan yang langsung tak lokek dalam berkongsi rezekinya bersama golongan yang memerlukan Banyak membantu ketika pandemik COVID 19 pendakwa...
Pengertian Dan Kelompok Negara Maju

Pengertian Dan Kelompok Negara Maju

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 336 hits
Sebelumnya telah dijelaskan tentang samudra di permukaan bumi Di mana di dunia ini terdapat samudra pasifik samudra hindia samudra arktik dan samudra atlantik Selanjutnya pembahasan kali ini akan memaparkan tentang negara maju yang ada di d...
Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

Masa Kecil Dulu Hanya Dibuat Mainan Rupanya Bernilai Rm4 000 Sekilo Jika Dijual Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 972 hits
Apabila anda masih kecil anda mungkin sering mencari binatang bernama undur undur ini di kawasan berpasir Kemudian anda akan meletakkannya di tangan anda dan haiwan ini akan berjalan ke belakang sebagaimana namanya Biasanya haiwan ini hidup...
Menyelamatkan Negara Dari Tangan Anwar Dan Dap

Menyelamatkan Negara Dari Tangan Anwar Dan Dap

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 266 hits
Langkah Sheraton sudah dirancang mendahului perletakan jawatan Negarawan Tun Dr Mahathir Itu sebab sesuai disebut pengkhianatan ke atas PH atau boleh juga disebut Menyelamatkan Negara daripada jatuh kepada Anwar dan DAP Mahathir boleh pilih...
Deepavali Suram Bagi Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara

Deepavali Suram Bagi Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 332 hits
Paul Dinesh bersama isterinya Gayatri Vangadasalam dan anak perempuannya Nadelyn Sharvina ketika sambutan Deepavali tahun lalu PETALING JAYA Sambutan Deepavali tahun ini suram bagi kebanyakan warganegara Malaysia yang terkandas di negara la...
Bekas Pelibas Negara Kamal Ishak Kembali Positif Selepas Lumpuh

Bekas Pelibas Negara Kamal Ishak Kembali Positif Selepas Lumpuh

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 472 hits
Setahun lebih berada dalam keadaan lumpuh separuh badan bekas sepak takraw negara Kamal Ishak menghadirkan petanda positif apabila sudah boleh menggerakkan semula jari kakinya Dalam dia bergelut dengan situasi berkenaan bekas perejam itu tu...
Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara

Tun Dr Mahathir Dakwa Rakyat Bosan Dengan Politik Kepartian Yang Memecahbelah Negara

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 283 hits
nbsp KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan perpaduan ialah masa depan Malaysia kerana rakyat semakin muak dengan permainan politik ketika penularan Covid 19 Bekas Perdana Menteri itu dipetik The Malaysian Insight sebagai ber...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities