Hina Petugas Hospital Putrajaya Azwan Ali Didenda Rm17 000


Selebriti yang sering mengundang kontroversi, Azwan Ali didenda RM17,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menghina kakitangan Hospital Putrajaya di laman sosial YouTubenya, sebagai petugas di barisan hadapan dalam menangani penularan wabak COVID-19.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Azwan, 54, atau dikenali dengan gelaran “Diva AA” selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.
Mengikut kertas pertuduhan, Azwan didakwa secara sedar telah menggunakan laman sosial Youtubenya, “DIVAAATERSOHOR” telah membuat penghantaran bersifat jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dan perbuatan itu telah ditonton di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya di Putrajaya, 24 Mac lepas.

Loading… Hantaran itu kemudiannya dilaporkan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, jam 4.59 petang, pada 25 Mac 2020.
Azwan didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.
Azwan  yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) dalam kes ini juga membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam mahkamah kepada semua petugas Hospital Putrajaya.
“Saya menyesal dengan perbuatan tersebut dan ini adalah pengajaran terbesar dalam hidup saya,” katanya.
Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ammanjeet Singh yang mewakili Azwan  merayu hukuman ringan dengan alasan ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan dia telah membuat permohonan maaf dalam semua akaun media sosial miliknya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Radzi Shah Ab Razak memohon hukuman setimpal dengan alasan situasi sekarang semua pihak harus belajar untuk menghormati mereka yang bertugas di barisan hadapan.
“Hantaran ini dikeluarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dibuat dan ia adalah sesuatu yang serius. Sekiranya ia berulang ia akan memberi satu impak yang tidak baik,” katanya.
Hakim Azura sebelum menjatuhkan hukuman antara lain menasihati semua pihak agar menghormati petugas yang berada di barisan hadapan dan  bersama-sama menangani wabak COVID-19.
Susulan pelaksanaan PKP  bermula 18 Mac hingga  14 April untuk membendung penularan wabak COVID-19, mahkamah di seluruh negara ditutup dan hanya beroperasi untuk mengendalikan kes-kes baharu, reman dan permohonan jaminan dengan kehadiran minimum sahaja.
Oleh itu petugas media tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan dan bilik bicara mahkamah dan mendapat maklumat daripada pihak pendakwaan.
Mereka dibenarkan berada di luar pintu pagar mahkamah berhampiran pondok pengawal.
— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/03/hina-petugas-hospital-putrajaya-azwan-ali-didenda-rm17000/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azwan Ali Didenda Rm17 000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

Azwan Ali Didenda Rm17 000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 207 hits
KUALA LUMPUR 27 MAC Selebriti yang sering mengundang kontroversi Azwan Ali didenda RM17 000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menghina kakitangan Hospital Putrajaya di laman sosial YouTubenya sebagai petug...
Diva Aa Aka Azwan Ali Hina Petugas Hospital Didenda Rm17 000 Atau Penjara Enam Bulan

Diva Aa Aka Azwan Ali Hina Petugas Hospital Didenda Rm17 000 Atau Penjara Enam Bulan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 509 hits
Siapa tidak kenal dengan selebriti mulut celupar Azwan Ali yang seringkali memuat naik video di laman sosial memaki hamun kepada sesiapa sahaja yang dia tidak puas hati BACA Terbaharu Azwan Ali ataupun lebih dikenali sebagai Diva AA didenda...
Azwan Ali Didenda Rm17 000 Hina Petugas Hospital

Azwan Ali Didenda Rm17 000 Hina Petugas Hospital

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengacara Azwan Ali didenda RM17 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID 19 Dia yang mengaku bersalah dituduh memuat naik video me...
Hiburan Hina Petugas Kesihatan Azwan Ali Didenda Rm17 000

Hiburan Hina Petugas Kesihatan Azwan Ali Didenda Rm17 000

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 247 hits
Pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA didenda RM17 000 serta diperintah membuat permohonan maaf secara oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina ...
Diva La Sangat Maki Hamun Orang Azwan Ali Didenda Rm17 000 Kerana Hina Doktor

Diva La Sangat Maki Hamun Orang Azwan Ali Didenda Rm17 000 Kerana Hina Doktor

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 349 hits
FMT Reporters KUALA LUMPUR Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan denda RM17 000 ke atas personaliti televisyen Azwan Ali kerana menghina doktor di hospital kerajaan menerusi satu video Beliau mengaku bersalah di bawah Seksyen 233 Akt...
Hina Petugas Hospital Diva Aa Didenda Rm17 000

Hina Petugas Hospital Diva Aa Didenda Rm17 000

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 269 hits
Selebriti yang sering mengundang kontroversi Azwan Ali didenda RM17 000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana menghina kakitangan Hospital Putrajaya di laman sosial YouTubenya sebagai petugas di barisan hadapan dalam menangani...
Diva Aa Tersohor Didenda Rm17 000 Kerana Upload Video Hina Kakitangan Hospital Putrajaya Kendalikan Kes Covid 19

Diva Aa Tersohor Didenda Rm17 000 Kerana Upload Video Hina Kakitangan Hospital Putrajaya Kendalikan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 218 hits
Selebriti Azwan Ali dijatuhkan hukuman dewnda RM17 000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana memuat naik kandungan berunsur penghinaan yang berkaitan dengan Covid 19 di saluran YouTubenya Pengacara TV berusia 54 tahun itu mengaku bersala...
Covid 19 Azwan Ali Didenda Rm17 000 Buat Video Menyakitkan Hati Orang Lain

Covid 19 Azwan Ali Didenda Rm17 000 Buat Video Menyakitkan Hati Orang Lain

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 229 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengacara Azwan Ali dijatuhi hukuman denda RM17 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat penghantaran video yang menyakitkan hati orang lain berhubung COVID 19 Dia dituduh memuat naik vid...
Azwan Ali Mohon Maaf Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya

Azwan Ali Mohon Maaf Perlekeh Paramedik Hospital Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 218 hits
Semalam hangat diperkatakan apabila pihak Hospital Putrajaya membuat laporan polis terhadap dua selebriti iaitu Dayangku Intan dan Azwan Ali atas penularan dua The post appeared first on
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Nasi Ayam Pandan Yang Mudah Dan Sedap

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Tremendous Nadi Collaboration

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions