Himpunan Turun Anwar Jadual Masa Lokasi Jalan Tutup 26 Julai


Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 merupakan satu perhimpunan aman yang dianjurkan oleh gabungan parti politik pembangkang dan pertubuhan masyarakat sivil.
Perhimpunan ini mencerminkan dinamika demokrasi di Malaysia, di mana rakyat bebas menyuarakan pandangan terhadap kepimpinan negara secara terbuka dan tertib.
Sejak awal penubuhan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15, pelbagai pihak tampil menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan semasa, termasuk terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Himpunan ini menjadi antara platform utama bagi rakyat untuk menyampaikan pandangan serta desakan terhadap dasar-dasar yang dianggap tidak selari dengan aspirasi mereka.
Kredit: Astro Awani Lokasi, Masa, Tarikh “Himpunan Turun Anwar” Berikut merupakan butiran lokasi, masa dan tarikh “Himpunan Turun Anwar”:
Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur Masa: 2 petang Tarikh: 26 Julai 2025 Perhimpunan ini dijadual berlangsung di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan sebuah pusat beli belah, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka
Pihak pembangkang menjangkakan 300,000 peserta yang akan hadir pada himpunan ini manakala pihak PDRM telah menjangkakan dengan anggaran 10,000 ke 15,000 peserta yang akan hadir.
Bagi memastikan keselamatan orang ramai, dijangka 2,000 anggota polis yang akan dikerah bagi mengawal keadaan himpunan ini.
Perdana Menteri sebagai respon terhadap penganjuran himpunan ini berkata beliau telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar memberikan kerjasama penuh bagi memastikan “Himpunan Turun Anwar” berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang intimidasi.
Kebenaran penganjuran ini juga menurut beliau sebagai merayakan proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
Sumber: Pemuda PAS Malaysia Artikel berrkaitan: Biodata DS Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia Ke-10
Objektif Penganjuran “Himpunan Turun Anwar” Menurut surat terbuka bagi menjemput orang ramai untuk menghadiri “Himpunan Turun Anwar” ini, terdapat 15 sebab mereka ingin mengadakan himpunan ini, termasuklah:
Kegagalan menurunkan kos sara hidup rakyat Janji PRU15 dimungkiri Harga barang naik, gaji tidak naik Kronisme dan nepotisme semakin parah Dasar Malaysia Madani hanya indah di kertas Pendidikan & kesihatan awam makin terabai Rakyat dipecah dengan sentimen kaum & agama Semangat reformasi asal dikhianati GLC masih boros, ketirisan berleluasa Negara tiada hala tuju ekonomi jelas Pertanian dan makanan gagal dibangunkan Anak muda hilang harapan untuk mendapatkan rumah & pekerjaan Isu Palestin hanya slogan, bukan tindakan Perasuah besar terus dilindungi Anwar simbol kegagalan dan manipulasi elit Lokasi Jalan Ditutup Bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, sebanyak 16 jalan utama dijangka terlibat:
Jalan Lebuh Ampang / Jalan Tun Perak Jalan Maharajalela / Susur ke Jalan Syed Putra Jalan Kinabalu / Pusingan U berhampiran Public Bank Bulatan Sultan Mohamad Jalan Kinabalu / Susur ke Terowong Bukit Aman Jalan Kinabalu / Susur ke Bulatan Dato’ Onn Bulatan Dato’ Onn Atas – kedua-dua arah Bulatan Dato’ Onn – dari Jalan Parlimen Jalan Sultan Salahuddin / Bulatan Dato’ Onn Jalan Kuching / Susur ke Jalan Sultan Ismail Jalan Kinabalu (dari Bulatan Segambut ke Bulatan Dato’ Onn) Jalan Kinabalu (dari Masjid Negara ke Bulatan Dato’ Onn) Jalan Lebuh Pasar Besar / Jalan Hang Kasturi Jalan Hishamuddin / Jalan Raja Jalan Parlimen / Jalan Raja Laut Jalan Tuanku Abdul Rahman / Jalan Tun Perak Sumber: Malaysia Gazette
Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian hotline Polis Kuala Lumpur di 03-2115 9999, Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di 03-2071 9999, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik KL di 03-2026 0267/0269 atau balai polis berhampiran.
Kematangan Politik dan Amalan Demokrasi di Malaysia Himpunan Turun Anwar menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin matang dalam menggunakan ruang demokrasi yang tersedia.
Hak berhimpun secara aman, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, adalah sebahagian daripada hak asasi yang perlu dihormati oleh semua pihak.
Reaksi terhadap himpunan ini bercampur-campur.
Sebahagian rakyat menyokong inisiatif ini sebagai cara menzahirkan rasa kecewa terhadap prestasi kerajaan. Bagi mereka, himpunan ini menjadi cerminan bahawa rakyat masih cakna dan berani bersuara apabila berlaku ketidakadilan.
Sebaliknya, ada juga golongan yang menganggap himpunan ini tidak membawa manfaat jangka panjang dan berisiko memecah-belahkan keharmonian masyarakat.
Pemimpin-pemimpin kerajaan pula secara amnya melihat perhimpunan sebegini sebagai tindakan politik yang digerakkan oleh pihak pembangkang bagi meraih simpati rakyat.
Himpunan Turun Anwar merupakan satu ekspresi demokrasi yang harus dinilai dari sudut kebebasan rakyat untuk bersuara dan walaupun berbeza-beza pendapat, perhimpunan ini menggambarkan tahap kesedaran politik rakyat yang semakin tinggi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/himpunan-turun-anwar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=himpunan-turun-anwar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turun Anwar Himpunan 26 Julai Siapa Dapat Laba

Turun Anwar Himpunan 26 Julai Siapa Dapat Laba

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 162 hits
Mohamed Nasser MohamedHimpunan berlalu tapi kesannya berpanjangan sama ada tambah simpati kepada perdana menteri yang diserang keterlaluan atau luka kepada pembangkang Tarikh 26 Julai 2025 bakal mencatat satu lagi episod panas politik negar...
Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Seorang peserta wanita Himpunan Turun Anwar mengalami sesak nafas ketika menyertai perhimpunan di Dataran Merdeka petang ini Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur wanita berusia dalam ...
Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya

papar berkaitan - pada 27/7/2025 - jumlah : 208 hits
Selepas Himpunan Turun Anwar Apakah Ada Langkah Seterusnya Akhirnya Perikatan Nasional berjaya juga menganjurkan Himpunan Turun Anwar yang acara kemuncaknya dilakukan di Kuala Lumpur Sebelum perhimpunan kemuncak di Kuala Lumpur Perikatan Na...
Peserta Himpunan Turun Anwar Ingkar Arahan Bawa Kanak Kanak Berarak

Peserta Himpunan Turun Anwar Ingkar Arahan Bawa Kanak Kanak Berarak

papar berkaitan - pada 26/7/2025 - jumlah : 145 hits
KOSMO Antara peserta himpunan yang membawa kanak kanak ke Dataran Merdeka KUALA LUMPUR Segelintir peserta Himpunan Turun Anwar di Dataran Merdeka didapati ingkar arahan pihak berkuasa apabila dilihat turut membawa kanak kanak menyertai pera...
Mpp Usm Tegas Tidak Terlibat Secara Rasmi Dalam Himpunan Turun Anwar

Mpp Usm Tegas Tidak Terlibat Secara Rasmi Dalam Himpunan Turun Anwar

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 157 hits
PULAU PINANG 23 Julai 2025 Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pihaknya tidak akan terlibat secara rasmi dalam Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Where Were You When

Effective Networking In Your Industry

Mmea Detects Ghost Ship In Terengganu Waters

5 Pegawai Atm Ditahan Adalah Perisik Tentera Pat

Line Crossed Children Not Bargaining Chips Izzah On Rafizi S Son


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

013 6116666 Anti Bully Centre Ehailingfm 15 08 2025

Lirik Lagu Titik Temu Aisha Retno Ft Megat Fazly

Lirik Lagu Merindukanmu Arul Rasheed

Filem Angkat