Himpunan Doa Hari Jumaat Dan Waktu Mustajab Berdoa
Salam Jumaat. Hari Jumaat merupakan hari yang istimewa diberi gelaran Sayyidul Ayyam penghulu segala hari lebih bermanfaat daripada hari lain dalam seminggu.
Kelebihan hari Jumaat dapat difahami melalui Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.—Hadis Riwayat Ibnu MajahTibanya hari Jumaat, umat Islam akan berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah serta melakukan amalan-amalan sunat hari Jumaat.
baca juga
keistimewaan dan amalan sunat hari Jumaatdoa hari Jumaat quotessayyidul istighfar, penghulu istighfarzikir dan doa hari Jumaat
Waktu doa mustajab hari JumaatDaripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang membawa maksud :
فِي يَوْمِ الجُمُعَةِ سَاعَةٌ، لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ، وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ خَيْرًا إِلَّا أَعْطَاهُPada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.—Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 6400Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud :
Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari tersebut diciptakan Nabi Adam AS, dia dimasukkan ke dalam syurga dan dia dikeluarkan daripadanya. Dan pada hari tersebut, terdapat satu waktu dimana jika seseorang Muslim berdiri mendirikan solat dan berdoa kepada Allah SWT akan sesuatu hajatnya. Nescaya Allah SWT akan memberi apa yang dihajatkannya tersebut.—Hadis Riwayat Al-Bukhari no, 935
Daripada hadis tersebut, apa yang boleh difahami bahawa Allah SWT telah menetapkan satu tempoh waktu yang sangat istimewa pada hari Jumaat bagi setiap permintaan hamba Nya untuk dikabulkan. Mengikut pendapat yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi,
Waktu mustajab berdoaKetika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat. Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.Selepas asar sehingga terbenamnya matahari.Ketika solat didirikan sehingga ia selesai. Apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Himpunan Doa Hari JumaatDoa hari Jumaat 1رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirat hasanah, waqina adzabannarWahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab api neraka.
Doa hari Jumaat 2 أَسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Astaghfirullahalladzi laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyumu, wa atubu ilaihi.Aku memohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan selain Dia Yang hidup kekal serta terus menerus mengurus (makhluk), dan aku bertobat kepada-Nya.
Doa hari Jumaat 3اللهم عليك توكلت فارزقني واكفني، وبك لذت فنجني مما يؤذيني، أنت حسبي ونعم الوكيل، اللهم رضني بقضائك، وقنعني بعطائك، واجعلني من أوليائك
Allahumma ‘alaika tawakkaltu farzuqni wakfini, wa bika ludzfu fa najjini mimma yu’dzini anta hasbi wa ni’mal wakil. Allahumma raddhini bi qadhaika wa qanni; bi athaika waj’alni min awliya-ikaYa Allah, aku berserah diri pada-Mu, berikan aku rezeki dan cukupkan aku. Selamatkan aku dari sesuatu yang menyakitiku. Engkau adalah satu-satunya pelindung terbaikku, dan cukupkanlah aku dengan anugerah-MU dan jadikanlah aku dari para wali-Mu.
Doa hari Jumaat 4يا رب في يوم الجمعة وعدت عبادك بقبول دعواتهم، سأدعو لقلب قريب من قلبي: اللهم ارزقه ما يريد وارزق قلبه ما يريد واجعله لك كما تريد، اللهم قدر له ذلك قبل أن تأذن شمس الجمعة بالمغيب
Ya Rabbi fi yaumil jumat wa ‘adta ibadaka bi qabuli da’wahum, sa ad’u liqalbin qaribin min qalbi, Allahummarzuqhu ma yuridu warzuq qalbahu ma yuridu, waj’alhu laka kama turidu, Allahumma qaddirlalhu dzalik, qabla an tu’dzina syamsul jumat bil maghrib.
Ya Allah, pada hari Jumat ini, kau berjanji pada hamba-hamba-Mu untuk menerima doa mereka. Aku akan berdoa dari hati yang terdalam.
Ya Allah, berikanlah apa yang kuinginkan, dan berkatilah hatiku dengan apa yang kuinginkan. Dan jadikan diriku ini milik-Mu seperti yang dirimu inginkan, sebelum matahari hari Jumat tenggelam
Doa hari Jumaat 5
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Alhamdulillah kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas setiap nikmat yang Engkau telah kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu atas nikmat taufik dan hidayah-Mu. Kami bersyukur atas nikmat iman dan Islam.
Ya Allah rahmatilah kehidupan kami, berkatilah umur kami, sihatkanlah badan kami, terangkanlah hati kami, tetapkanlah iman kami, perbaikkanlah amal kami, luaskanlah rezeki kami, dekatkanlah kami kepada kebaikan dan jauhkanlah kami dari kejahatan, tunaikanlah hajat kami, baik dalam hajat agama, dunia atau akhirat.
Ya Allah ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu Ya Allah.
Ampunkanlah dosa kedua-dua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yang mengalir dlm diri kami Engkau gantikanlah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawa ke syurga-Mu Ya Allah.
Ya Rahman Ya Rahim.
Pada setiap keringat yang mengalir pd tubuh ayah kami dlm mencari rezeki kpd keluarga kami Engkau gantikanlah dgn keampunan yang membawa ke syurga-Mu Ya Allah.
Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak mampu kami membalasnya. Justeru itu kurniakanlah kpd kedua-dua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurga-Mu Ya Allah.
Ya Allah kami juga memohon ampun utk pasangan hidup kami, zuriat kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru, ketua-ketua kami sama ada yang masih hidup atau yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzah. Golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai Ya Allah.
Ya Allah apabila tiba pula giliran kami menuju barzah-Mu, maka Engkau ambillah kami dlm keadaan yang baik-baik dalam keampunan dan rahmat-Mu Ya Allah.
Ya Allah bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.
Ya Allah, jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.
Kurniakanlah kepada kami kejayaan di Dunia dan di Akhirat dengan Rahmat serta keredhaan Mu Ya Allah
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا. وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،اَلْاَحْيَآءِ مِنْهُمْ وَاْلاَمْوَاتِ، وَتَابِعْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمْ بِالْخَيْرَاتِ، رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَاَنْتَ خَيْرُالرَّاحِمِيْنَ، وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَالْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Jangan lupa untuk berdoa setiap hari dan bukan hanya di hari Jumaat sahaja. Doa itu merupakan sumber kekuatan kita sebagai umat Islam. Doa juga adalah senjata orang mukmin sebagai tanda ibadah dan pengabdian diri kepada Allah SWT bahawa hanya Allah SWT yang maha berkuasa memenuhi hajat hambaNya.
Sumber :
#39: Waktu Doa yang Mustajab Pada Hari Jumaat. Maktabah Al BakriDoa di hari Jumaat. Harakah Dailytaqwa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/08/himpunan-doa-hari-jumaat-dan-waktu.html