Hikmah Baik Dan Buruk Pandemik Terhadap Perkembangan Kanak Kanak


Danisyah Dalily Walaupun sekatan pergerakan menyebabkan ibu bapa lebih rapat dengan mereka, namun langkah pembendungan pandemik turut memberikan kesan buruk kepada anak.

Penggunaan peranti pintar yang melampau pada peringkat awal dalam kalangan kanak-kanak boleh mengganggu perkembangan sosial mereka. Ketika pelbagai sekatan pergerakan dilaksanakan di seluruh negara berikutan pandemik Covid-19 menjejaskan sektor sosial dan ekonomi, ia juga turut memberikan hikmah lain dalam bentuk meningkatnya kesedaran mengenai gangguan perkembangan kanak-kanak.
Ketika kehidupan sebelum pandemik, ibu bapa yang sibuk bekerja dan perlu menyelesaikan tanggungjawab lain dan tidak membolehkan mereka meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak.
Namun, akibat terpaksa duduk di rumah di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung wabak Covid-19, ramai ibu bapa yang menyedari anak-anak mereka mungkin memerlukan bantuan, kata seorang ahli psikologi di Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia.
Hal ini, menurut Lee Beewah, adalah satu titik perubahan kepada ramai orang.
“Pandemik menyebabkan ibu bapa lebih berhati-hati dalam meneliti tingkah laku anak-anak mereka berbanding sebelum ini,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Sebelum ini, ramai ibu bapa tiada waktu bersama anak-anak kerana mereka bekerja. Namun kerana kita semua terpaksa duduk di rumah sepanjang pandemik, mereka dapat lihat sesuatu yang tidak kena mengenai anak-anak mereka.”
Walaupun pandemik menyebabkan sebahagian ibu bapa dapat mengesan perkara itu dan membolehkan mereka mendapatkan intervensi awal.
Sementara sebahagian yang sudah pun bergelut dengan diagnosis gangguan perkembangan anak-anak menyebabkan kesukaran yang mereka hadapi bertambah ekoran terpaksa menghadapi krisis Covid-19.
Hal ini sangat dirasai terutama dalam kalangan kanak-kanak autistik yang sangat terkesan akibat pelaksanaan beberapa kekangan ekoran pandemik.
Walaupun situasi mereka mungkin dapat diuruskan ketika awal pandemik melanda negara tahun lalu, namun setelah hampir dua tahun pelaksanaan pelbagai sekatan dan PKP, Lee berkata kesan-kesan isolasi atau keterasingan menjadi semakin menonjol.
“Ketika kanak-kanak terpaksa duduk di rumah bagi jangka waktu yang terlalu lama, sebahagian mereka mungkin akan rasa selesa dengan keadaan itu, dan pada waktu itulah hal ini membawa satu kesan yang tidak elok,” katanya.
“Keterasingan memberi kesan kepada kanak-kanak, lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak yang autistik kerana mereka kurang berinteraksi dengan teman-teman seusia mereka di luar rumah. Ia akan memberi kesan dalam cara interaksi mereka dengan orang lain dan dalam jangka waktu yang lama, keadaan itu akan jadi sangat tidak baik untuk mereka.”
Apa yang diperkatakan Lee itu turut diakui seorang ahli perniagaan Ieda Ilham.
Sebelum pandeik melanda, dia sibuk menguruskan anak lelakinya, Megat Iman Ziqri, yang didiagnosis mengalami autisme ringan dan lambat bertutur ketika usianya dua tahun.
Ieda sering mengetengahkan pengalamannya membesarkan anak autistik yang sebahagiannya adalah kesan daripada penggunaan telefon pintar ketika masih terlalu kecil.
Bagi membolehkan anaknya leka ketika dia sibuk bekerja, Ieda memberikan telefon kepada Megat ketika usianya satu tahun.
“Ini adalah kesilapan yang saya tak mahu ibu bapa lain buat,” katanya.
“Anak mungkin tak kacau kita lagi, tapi dia akan cipta dunianya sendiri. Dalam jangka waktu yang lebih lama, mereka mungkin tidak lagi mahu berinteraksi dengan orang lain.”
Megat kini berusia sembilan tahun dan sudah mengalami banyak perubahan positif bahkan ketika tempoh pandemik, kanak-kanak itu juga kini boleh menghadiri sesi-sesi terapi autisme.
Megat juga menerima lebih banyak perhatian daripada keluarganya, yang kini mengambil langkah mengenakan had waktu penggunaan telefon pintar.
“Sepanjang pandemik, ibu bapa perlu luangkan waktu dan berikan perhatian yang lebih kepada anak-anak mereka, lebih-lebih lagi yang berusia di bawah tujuh tahun kerana ia adalah tempoh paling penting dalam perkembangan anak-anak,” kata Ieda.
Lee turut bersetuju pemberian peranti pintar kepada kanak-kanak boleh membahayakan mereka dalam jangka masa yang lebih panjang.
“Kajian klinikal membuktikan kanak-kanak yang terlampau terdedah dengan penggunaan peranti pintar memiliki masalah kurang kemahiran organisasi dan menyelesaikan masalah, mereka juga kurang kemahiran berkomunikasi dan lemah dalam berinteraksi,” katanya.
“Ia memberi kesan dalam banyak ruang perkembangan kanak-kanak.”
Lee turut menasihatkan ibu bapa yang mengesyaki anak mereka mempunyai tingkah laku yang pelik untuk membuat janji temu dengan pakar perkembangan kanak-kanak.
“Lebih baik anak-anak ini dapat intervensi awal daripada terpaksa duduk di rumah sementara ibu bapa harap anak mereka akan jadi bertambah baik,” katanya.
“Ibu bapa juga boleh buat kajian mengenai pemerhatian yang mereka lihat pada anak-anak. Bila anda ada ilmu mengenainya, anda akan jadi lebih tenang dan sedar, bukan sukar untuk dapatkan bantuan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/hikmah-baik-dan-buruk-pandemik-terhadap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Long Covid Jejas Perkembangan Kognitif Kanak Kanak Kata Ahli Parlimen

Long Covid Jejas Perkembangan Kognitif Kanak Kanak Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 288 hits
Setakat ini Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data yang tepat berhubung kesan Long Covid terhadap perkembangan kognitif kanak kanak KUALA LUMPUR Perkembangan kognitif kanak kanak terjejas antara kesan jangka panjang Covid 19 atau Long C...
Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam Ada Baik Buruk

Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam Ada Baik Buruk

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 494 hits
Maksud Mimpi Dipatuk Ular Menurut Islam Ada Baik Buruk Sejak dari dulu kita selalu dengar orang tua cakap yang maksud mimpi dipatuk ular tu ada orang nak masuk meminang Jika masih bujang mungkin tafsiran mimpi dipatuk ular akan membuat rasa...
Eye Contact Baik Senyum Gelak Sampai Berdekah Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua

Eye Contact Baik Senyum Gelak Sampai Berdekah Dr Say Lega Perkembangan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 215 hits
Selepas anak pertamanya Ace disahkan mild austisme Dr Say mula bimbang jika anak keduanya Sef turut mengalami masalah yang sama Pun begitu doktor selebriti itu kini mampu menarik nafas lega bila mana melihat perkembangan anak keduanya itu y...
Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Najib Amat Diterima Baik Cuma

Keputusan Mahkamah Rayuan Terhadap Najib Amat Diterima Baik Cuma

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 253 hits
Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai lapisan Dalam keputusan pagi tadi tiga...
Jerinx Ditahan Di Rutan Polda Metro Jaya Atas Tuduhan Pengancaman Terhadap Adam Deni

Jerinx Ditahan Di Rutan Polda Metro Jaya Atas Tuduhan Pengancaman Terhadap Adam Deni

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 241 hits
Baru bebas pada Juni lalu Jerinx harus kembali mendekam di penjara dengan tuduhan pengancaman melalui media elektronik
Polis Jalankan Siasatan Terhadap Video Tular Pengasuh Baling Parcel Atas Bayi

Polis Jalankan Siasatan Terhadap Video Tular Pengasuh Baling Parcel Atas Bayi

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 350 hits
Tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan beberapa orang individu dipercayai pengasuh sebuah pusat taska sedang membuli beberapa orang kanak kanak termasuk seorang bayi Dalam video tersebut memperlihatkan wanita dipercayai peng...
Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Buat Tuntutan Cer4i Terhadap Suami

Tiada Persefahaman Punca Siti Saleha Buat Tuntutan Cer4i Terhadap Suami

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 163 hits
Kisah pergolakan rumahtangga Siti Saleha dengan pasangan bukan rahsia lagi apabila pelakon itu memfailkan tuntutan cer4i terhadap suaminya Oktober lalu Azmi Mohd Rais peguam yang mewakili Siti Saleha memaklumkan antara punca pelakon tersebu...
Pejuang Selar Layanan Istimewa Terhadap Rosmah Selepas Tidak Hadir Ke Mahkamah

Pejuang Selar Layanan Istimewa Terhadap Rosmah Selepas Tidak Hadir Ke Mahkamah

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 250 hits
MALAYSIA NOW Ketua Penerangan Pejuang Ulya Aqamah mahu pasport Rosmah dirampas semula selepas isteri Najib Razak itu pulang semula ke Malaysia Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Gambar Bernama Pejuang hari ini mempersoalkan layan...
Kenapa Saman Tidak Dikluarkan Terhadap Rosmah

Kenapa Saman Tidak Dikluarkan Terhadap Rosmah

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 234 hits
Aku dulu kes saman trafik tak pergi mahkamah datang penguatkuasa di rumah dengan waran tangkap Nasib baik aku di laut Ayah aku wakilkan dan selesaikan semua Itu saman trafik yang tak berapa ratus Ini kes puluh juta kot Boleh pula tak keluar...
Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Tak Perlu Besarkan Isu Cuti Panjang Rafizi Kata Nik Nazmi

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Bersatu Atau Pas Tinggalkan Pn Dulu

Laman Sendayan 2 Kehidupan Ideal Dengan Nilai Terbaik

Kedah Tiga Penjenayah Mati Ditembak Polis Di Sik

Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ada Tak Orang Menyesal Lepas Berdoa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Anugerah Guardian Kecantikan Kesejahteraan 2025 Raikan Pilihan Sebenar Keyakinan Sebenar

Meraikan 20 Tahun Seni Persembahan Malaysia Anugerah Seni Cameronian Boh Ke 20 Kembali

Jeruk Madu Pak Ali Seberang Jaya

Drama Dia Bukan Syurga

Petua Isi Ayam Kembali Segar Selepas Disimpan Lama Dalam Freezer

Drama Permatang Pauh Nepotisme Directed By Pkr