
Sebaik sahaja sampai, peserta hiking dijamu dengan light breakfast terlebih dahulu *Nak hike kena lah ada tenaga, kan*
Lepas tu rehat sekejap dan kita mulakan aktiviti hiking dengan sessi memanaskan badan atau warm up. Ini penting ye pembaca sekalian, supaya otot-otot badan tidak terkejut dan berlaku masalah cramp semasa hiking nanti.
Perjalanan dimulakan dengan naik tangga dan turun tangga. Tidak lah setinggi tangga Batu Caves yang beratus-ratus anak tangga tu tapi agak mencabar lah jugak. Seperti biasa, Misz-ella tiada masalah untuk naik ke tempat tinggi tapi selalu gayat waktu turun *i tak pandang bawah, seriau!*
Dan selepas itu, eksplorasi hutan kami pun bermula. Seronok trip kali ini sebab peserta terdiri dari pelbagai peringkat umur - ada yang belasan tahun, tujuh tahun malah yang setahun lebih pun ada. Aktiviti hiking di hutan Tanah Aina Fareena sesuai untuk semua ~ hiking ala-ala kindergarden gitu .. light-light, manja-manja tapi tetap menepati gaya hidup lasak sambil menikmati keindahan alam semulajadi hutan dara di sini.
Berhenti sekejap meninjau keindahan alam. Mari Misz-ella nak kongsi tips yang sempat Misz-ella pelajari dari Puan Sri Sharrifa Sabrina, pemilik Tanah Aina Fareena yang juga President Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia - Kalau kita tengok hutan yang dari jauh pokoknya kelihatan bulat-bulat seperti cendawan, itu tandanya ia adalah hutan dara. Kalau hutan tu pokok nya renik-renik dan tidak sekata, itu makna nya kita berada di dalam hutan ke dua *hutan yang asal telah dibalak*
OK Jom kita sambung lagi perjalanan menuju ke Air Terjun Fareena. Seronok hike dengan budak-budak muda ni tau .. diaorang 'gila-gila' .. tak rasa stress atau penat pun.
Sambil hike, sambil borak, sambil gelak, sambil posing lepas tu sambung hike lagi.
Dan akhirnya, setelah hampir sejam perjalanan, sampai lah kami ke Air Terjun Fareena. Yeayyy .. melonjak suka hati budak-budak dan mak budak macam I ni. Tempat cantik dan mood pun tengah baik. Masing-masing keluarkan telefon dan mula posing sana sini.
Echewah .. terserlah kegembiraan sorang-sorang, kan
Jom adik. Kita ambik gambar.
Sementara adik kecil ini tak lepaskan peluang untuk mandi air terjun yang best ni. Siap buat slide lagi .. enjoy!
Posing lagi
Selain dari 26 peserta hiking, dan Puan Sri Shariffa Sabrina, 5 orang guides turut ada untuk memastikan keselamatan dan keselesaan peserta terjaga.
Abang ni tak nak mandi. Dia nak look see .. look see je. Cantik kan hijau-hijau kat belakang tu ..
Posing lagi bersama Puan Sri Shariffa Sabrina dan Zarina. Ya Allah cantiknya pokok-pokok yang menjadi canopy kami sepanjang di dalam hutan ini. Bila kita bersama alam, kita akan lebih mensyukuri pemberian Allah kepada kita. Dicipta batu-batu besar ini buat tempat kita duduk melepas lelah. Dicipta air terjun yang bersih dan jernih untuk segarkan badan yang lesu. Allah beri kita pokok-pokok hijau yang menjadi payung hidup kita ~ daun-daunnya menapis udara agar udara yang bersih sahaja memasuki paru-paru kita, akar-akar pokok menyokong bumi agar ia kukuh dan selamat untuk kita diami,malah ubat-ubatan pesakit kritikal di hospital juga berasal dari hutan. Ingat kacip fatimah dan tongkat ali? Dan pernahkah dengar tentang pokok gaharu atau agarwood yang berupaya menghasilkan minyak wangi, ubat-ubatan, teh hijau dan kosmetik? Semuanya pokok-pokok istimewa ini hanya boleh tumbuh di hutan.
Lebih kurang 20-30 minit selepas tu, kami pun teruskan perjalanan ke Air Terjun Fareena yang ke dua. Kena turun bukit kecil ni tapi jangan risau kerana ada tali dan guides membantu peserta hiking.
Jeng .. jeng .. jeng .. cantik lah Air Terjun ni atau juga dikenali dengan nama Big Shower .. OMG .. Excited! berebut-rebut dia orang nak berterapi di bawah air terjun tu.
Wahh .. posing!
Mandi air terjun yang sangat sejuk, segar dan best!
Ehh .. tak boleh jadi .... Misz-ella pun nak jugak ..
OK I'm In! Well .. bila lagi nak merasa mandi air terjun bersih, sejuk, suci tanpa klorin yang tiada di Condo Misz-ella di North Kiara tu, kan. Rugi la tak mandi kat sini. Maka kami pun kuyup bersama ..!
Satu family you alls .. hebat, kan!
Kakak ni pulak posing dengan anak dia. Rugi lah tak rakam kan kenangan ber riadah di dalam hutan bersama kesayangan ~ peluang yang tak sentiasa ada buat warga kota seperti kita, kan.
Sambil tu, kami dijamu dengan Kopi dan Teh panas berserta dengan biskut buat alas perut. Almaklumlah .. tenaga dah habis digunakan masa turun naik bukit tadi.
Best sangat air terjun ni sampai 2, 3 round Misz-ella ke air terjun ni *haha .. balik-balik kau (gila kuasa)* sampai lah guide cakap Mem .. kita kena balik hujan nak turun.
Perjalanan balik lebih mudah dan singkat. Sebelum sampai ke base camp,kita ambik group photo di kawasan lapang ni dulu. Cantik, kan.
Dan kami makan tengahari bersama-sama. Penuh meja buffet macam-macam ada. Perut lapar, badan pun dah segar .. dengan lafaz Bismillah .. kami makan, menggantikan semula calories burnt masa hiking tadi *LOL*
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |