Hiking Gunung Sarut 1229 Mdpl


Gunung sarut terletak dihulu Setiu Terengganu iaitu dikampung payung Setiu.Tinggi gunung sarut ialah 1229 mdpl, Gunung sarut boleh dikatakan sebagai gunung yg sederhana sahaja.Untuk mendakinya tak lah susah sangat.Siapa sahaja boleh daki gunung ni asalkan boleh berjalan, asalkan ada kemahuan dan minat,budak2 yg berumur 10 tahun pun boleh daki gunung ni asalkan dibawa oleh ibu bapa mereka..Had umur untuk daki gunung sarut lansung tak ada,50 thn kah,60 thn kah atau 70+,Jadi gunung sarut boleh didaki oleh sesiapa saje.
Laluannya menegak dari 30 darjah hingga 60 darjah sahaja dan kebanyakan kecerunan nya lebih kurang dalam 35 darjah  purata.Permulaan pendakian gunung sarut ialah pada 850 mdpl.Laluan sebelum nya utk kegunung sarut Bkn lah gunung sarut pada keseluruhannya,Laluan yg digunakan ialah bukit2 yg ada namanya yg tersendiri.Hal itu telah diberitahu kpd aku oleh guide kami..Gunung sarut berdiri ditapak nya sendiri dgn bergaya walaupun dulunya disokong oleh bukit2 yg lain
Tempat yg menarik dilaluan gunung sarut ialah blue poll,blue pools sebuah kolam yg berwarna biru.dia berdiri disebuah aliran sungai yg bernama sungai payung anak..Selain itu ialah melalui bukit bonsai,bukit ini ditumbuhi oleh pokok2 yg kecil dan rendah2,pemandangan disini boleh dikatakan menarik..Rasa sangat berlainan dgn suhu dingin yg sederhana..
Atur cara hiking gunung sarut dgn team One family.
Day One 21-3-2021
1) start mendaki pada pukul 8.45 pagi dgn 15 org peserta,di jambatan gantung air terjun payong
2) pada pukul 10.00 pagi sampai diblue pools
3) Sampai di kem bonsai pada pukul 2.14 petang
4) bermalam untuk day One.
5) menikmati malam dikem bonsai yg indah dan sejuk,kem bonsai diparas 850 mdpl,kem bonsai boleh dikatakan sebagai island in the jungle..

Day two..22-3-2021
1) seawal jam 6.30 pagi mendaki untuk tgk matahari terbit.
2) Sampai puncak gunung sarut 1229 mdpl pada pukul 8.30 pagi.
3) bertolak dari atas gunung ke kem bonsai pada pukul 9.20 pagi
4) sampai kem bonsai pada pukul 10.50 pagi 
5)bertolak balik pada pukul 11.30 pagi..
6) sampai di blue poll pada pukul  2.00 petang..
7) bertolak dari blue poll ke jambatan gantung pada pukul 3.10 petang
8) sampai dijambatan gantung pada pukul 3.40
9) bersurai dan balik rumah pada pukul 4.00 petang.
Perincian perjalanan.
1) lapan empat lima pagi bermula dijambatan gantung air terjun payung.kecerunan kat sini hanya 10-20 darjah..Pada pukul 10.00 pagi sampai di blue pool,blue pool ada lah salah satu penanda  dipendakian gunung sarut.. Biasanya kat sini,pendaki2 akan bergambar dan melihat kebiruan kolam blue ni.
2).10.15 pagi meneruskan perjalanan,pada peringkat ini lah pendakian benar2 memenatkan kerana kecerunan nya boleh dikatakan gila juga,Kecerunan dalam 30- 60 darjah..Keseluruhan pendakian ini dalam 2.5 km menegak,Sikit2 je landai..
3) Selepas melepasi 2.5 km pendakian yg tak ada ampun nya,tiba dikawasan yg agak melandai dan ada pulk laluan nya  menurun, tapi yg banyak mesti lah menaik,Laluan ini pula dalam 2 km.Kat sini lah  hutan bonsai,tiba disini pada pukul 2.15 petang,Kat sini lah tempat untuk bermalam,Biasanya pendaki2 akan buat mcm tu,tapi ada juga pendaki yg buat pendakian sehari tanpa tidur di kem bonsai.Kem bonsai ini boleh dikatakan sebagai "island in the jungle" sebab tempat nya tu...Kat hutan bonsai ni ketinggian nya 850 mdpl..Keseluruhan pendakian pada hari pertama dari bawah hingga kem bonsai ialah 5 jam 20 minit,sejauh lebih kurang 6.5 km..
4) Start mendaki pada hari kedua dari kem bonsai ialah pada pukul 6.30 pagi,Kecerunan laluan ini hingga puncak dalam 30-40 darjah untuk dua kilo meter yg pertama,Selepas itu merupakan laluan puncak yg kebanyakan kecerunanan nya dalam 10 darjah sehingga puncak 1229 mdpl.Sampai puncak pada pukul 8.30 pagi..Pendakian dari kem bonsai hingga puncak melalui hutan bonsai yg cantik menawan..Seluruh pendakian hari kedua dalam 3 km 

Tiga orang guide dari kampung payung,yang pertama dari kiri ialah, zakir nombor dua adam dan nombor lima ialah wan,semua hensen dan masih muda,umur dalam 20 ke bawah.Tiga orang guide ni memang gagah perkasa,Kata anak2 saudara aku,dia orang ni berjalan macam tak ada nadi,macam tak ada graviti..punya lah perkasa guide2 ni..nombor talipon guide ialah 01129842943 ( WAN )

5) Turun dari 1229 mdpl ke kem bonsai pada pukul 9.10 pagi,Bertolak balik dari kem bonsai kebawah pada pukul 11.30 dan sampai ke blue pool pada pukul 2.00 petang..Dari blue pool hingga sampai rumah,masa nya tak boleh diambik kira lagi sebab di ruangan ini dah banyak bermain,mandi2,minum kat kedai dan santai2 dengan guide yg hensen dari kampung payung.
Kesimpulan pendakian sahaja tanpa ambik kira bermalam dan makan tengah hari, hari ke-2 ialah.
1) pendakian 7 jam 20 minit
2) Menurun  4 jam...
Jarak antara jambatan gantung hingga puncak gunung sarut lebih kurang 9 km,Jarak diambik mengunakan aplikasi strava...
SEKIAN


dalam hutan bonsai






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://azramsulong.blogspot.com/2021/03/hiking-gunung-sarut-1229-mdpl.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gunung Kidul Telusuri Makam Mantan Bupati Untuk Penulisan Sejarah

Gunung Kidul Telusuri Makam Mantan Bupati Untuk Penulisan Sejarah

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 209 hits
Kepala Disbud Gunungkidul Agus Kamtono di Gunung Kidul Selasa mengatakan pencarian makam bupati terdahulu penting dilakukan karena erat kaitannya dengan sejarah pembangunan wilayah berjuluk Bumi Handayani ini
350 000 Penduduk Ecuador Terjejas Akibat Letusan Gunung Berapi Banjir

350 000 Penduduk Ecuador Terjejas Akibat Letusan Gunung Berapi Banjir

papar berkaitan - pada 14/3/2021 - jumlah : 236 hits
350 000 penduduk Ecuador terjejas akibat letusan gunung berapi banjir Dikemas kini 30 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Ma
Gunung Sinabung Erupsi Setinggi 700 Meter

Gunung Sinabung Erupsi Setinggi 700 Meter

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 146 hits
Saat ini Gunung Sinabung berada pada status Level III dengan rekomendasi warga dan petani agar tidak melakukan aktivitas di desa desa yang sudah direlokasi serta di lokasi dalam radius tiga kilometer dari puncak gunung
Perjuangan Tim Pengamat Gunung Berapi Paling Berbahaya Di Dunia

Perjuangan Tim Pengamat Gunung Berapi Paling Berbahaya Di Dunia

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 223 hits
Perjuangan Tim Pengamat Gunung Berapi Paling Berbahaya di Dunia Para pengamat gunung api dari tim Goma Volcano Observatory melakukan tugas rutin yang mengharuskan mereka melewati jalur yang menantang ke kawah Gunung Nyiragongo yang dikenal ...
Kuari Gunung Baling Meletup

Kuari Gunung Baling Meletup

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 431 hits
19 Mac 2021 Kuari Gunung Baling Meletup Saya mendapat perkhabaran dari sahabat d kaki Gunung Baling Kerja kuari telah bermula dan letupan pertama 3 hari lepas yang boleh didengari sehingga 3KM Apakah MB Muhammad Sanusi Md Nor Muhammad Sanus...
Aktivis Dakwa Kuari Ancam Gunung Baling Mb Pertikai Motif Bising

Aktivis Dakwa Kuari Ancam Gunung Baling Mb Pertikai Motif Bising

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 210 hits
Sebuah kuari baru di Gunung Baling Kedah didakwa memulakan operasi minggu lalu meskipun Laporan Penilaian Alam Sekitar menyatakan beberapa masalah utama berhubung projek tersebut kata aktivis Sahabat Alam Sik Mohd Sobri Ramlee Katanya antar...
Hiking Ioi Peak Jars

Hiking Ioi Peak Jars

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 616 hits
IOI PEAK JARS Puncak ke 4 tertinggi di Sandakan
Muntahkan Awan Panas Sejauh 1000 Meter Masyarakat Sekitar Gunung Sinabung Diimbau Gunakan Masker

Muntahkan Awan Panas Sejauh 1000 Meter Masyarakat Sekitar Gunung Sinabung Diimbau Gunakan Masker

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 195 hits
Hingga kini gunung tertinggi kedua di Sumatera Utara ini dipastikan dalam status siaga Semoga masyarakat di sana diberi keselamatan dan keadaan kian membaik
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco