Hiking Di Gunung Berembun Telapak Buruk Jelebu Negeri Sembilan


Lama tak update blog, sibuk sikit dengan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah 10 Novermber 2019 lepas kami berjaya mengikuti trip hiking dengan organizer Malaysia Outdoor Adventure dengan line-up seramai 13 orang. Pendakian Trans Gunung Berembun-Gunung Telapak Buruk dimulakan dengan berkumpul di Masjid Kariah Kampung Pantai terletak di daerah Jelebu Negeri Sembilan kira-kira jam 3.00 pagi. 
Masa sampai di masjid rupanya ramai pendaki-pendaki lain yang bermalam di situ. Alhamdulillah ambil masa untuk pembahagian ration oleh krew dan bersiap-siap untuk bergerak ke starting point Gunung Berembun berdekatan Loji rawatan air Kampung Pantai. 

Setelah selesai taklimat dan sesi regangan badan, kami semua sedia untuk mendaki berbekalkan doa dan semangat untuk masuk dan keluar dengan selamat. Kami mula mendaki seawal 4.40 pagi. Pendakian agak santai pada mula kerana trail yang landai cuma betul-betul di tebing curam. Langkah diatur secara berhati-hati supaya tidak tersadung akar-akar pokok dan juga untuk elakkan dari tergelincir. 

Alhamdulillah kenangan dipuncak
Keadaan berkabus dalam Gunung Berembun
Kami berhenti rehat sebentar di Lata Berembun , kawasan sungai dan air terjun kira-kira jam 5.30 pagi untuk solat dan bersedia untuk melintasi sungai melalui batu-batu. Kawasan ini agak popular dengan pendaki yang bercadang untuk berkhemah sebelum ke puncak gunung. 

Setelah semua ahli kumpulan berjaya melintasi sungai, perjalanan kami diteruskan ke checkpoint yang ke dua iaitu di Gua Kambing. Di sini ada waterpoint yang mana airnya sangat jernih dan sesuai diminum. Kami ambil peluang untuk rehat sebentar dan makan sarapan nasi lemak yang telah dibekalkan oleh penganjur.


Checkpoint ke 2 Gua Kambing
Selesai rehat, perjalanan kami diteruskan untuk summit attack yang lebih mencabar kerana trail selepas Gua Kambing ini agak mencanak sehingga ke puncak. Kalau diikutkan memang letih dan kepenatan mendaki tidak dapat diungkapkan disini melainkan berbekalkan semangat ingin ke puncak maka langkah tetap diteruskan. Tidak silap, ada ahli kumpulan yang cramp kaki di sini. Tetapi alhamdulillah keadaan terkawal dan di temani oleh guide paling belakang sehingga ke puncak.

Trek pacak hingga ke puncak Gunung Berembun
Sampai dipuncak Gunung Berembun kami ambil masa berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Telapak Buruk iaitu sampai di kawasan bekas pesawat pengebom lama Royal Air Force B-24 Liberator terhempas ketika berlakunya perang dunia ke-2 (WWII). Jika ikutkan sejarahnya kapal ini terhempas ketika menghantar bantuan kepada pejuang-pejuang yang berada di dalam hutan ketika itu. 

Kesan peninggalan pesawat pengebom yang terhempas
Kami berhenti hingga ke sini sahaja, jika diikutkan hanya dalam sedikit jarak lagi untuk ke puncak Gunung Telapak Buruk tetapi disebabkan kekangan masa kerana kami semua bercadang untuk keluar dari gunung jika dapat sebelum malam maka kami berhenti berehat sahaja di sini. 


Antara pejuang yang terkorban
Kira-kira jam 1.00 lebih tengahari, semua ahli mula bergerak turun dan naik semula ke puncak gunung Berembun untuk berhenti solat dan rehat sebelum sambung pendakian turun ke Gua Kambing seterusnya kembali ke Lata Berembun untuk mandi sungai dan berehat. 

Ada yang ambil kesempatan  berehat ini untuk makan dan sebagainya. Kira-kira jam 6.00 pm kami semua mula bergerak turun ke starting point dan tiba di parking kira-kira jam 6.50pm. 

Lata Berembun , jernih dan sejuk airnya
Pendakian kami melalui beberapa anak sungai
Mr.pacat sebabkan musim hujan memang beramai-ramai dia ada hehe
Alhamdulillah misi untuk keluar sebelum malam berjaya tanpa ada sebarang kecederaan serius antara ahli kumpulan. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain pada mulanya, namun semua tetap bekerjasama dengan baik di sepanjang pendakian ini dan berakhir menjadi kawan.  


Jadi antara barang yang perlu dibawa ketika hiking :
Bawa kasut getah/selipar hiking spare sebab track lalu kawasan berair/anak sungai dan juga sungai besar, kalau termasuk kasut jadi berat kena air.Wajib bawa headlamp/torch light sebab hutan cepat gelap walaupun baru jam 2petangBaju hujan dan juga stokin panjang untuk elak pacatPisau/parang kecil.Makanan memberi tenaga.Air minum boleh topup di waterpoint Gua KambingLighter & wisel Glove sebab akan sakit tangan tarik tali mendaki selepas Gua Kambing
Total perjalanan kami dalam 17.6KM dengan pendakian bermula jam 4.45am - 6.50pm (14jam). Untuk personal record, ini adalah pendakian trans saya yang pertama melebihi 10km pergi-balik. Sakit kaki? Dalam dua hari jugalah sakit kaki, hehe tapi alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 

Jika anda bercadang nak join trip hiking boleh follow group 

Malaysian Outdoor Adventure di FB mereka : MOA 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eksplorasilea.com/2019/11/pengalaman-hiking-di-gunung-berembun-telapak-buruk-jelebu-negeri-sembilan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Sebenar Warna Bendera Negeri Sembilan

Maksud Sebenar Warna Bendera Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 900 hits
Mungkin ramai mengetahui bahawa kerajaan Negeri Sembilan ada hubungan dengan Kerajaan Pagaruyung di Batu Sangkar Alhamdulillah ketika Tedi berkunjung ke Padang Indonesia kami juga dibawa melawat Istana Basa Pagaruyung yang terletak di Batu ...
Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor Dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu

Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor Dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 956 hits
Cari Photographer Wedding Sekitar Melaka Johor dan Negeri Sembilan Hyperart Studio Sedia Membantu Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Mencari photographer untuk hari bahagia anda di sekitar Melaka Johor dan Negeri Sembilan Pastinya ramai p...
Negeri Sembilan Tetap Milik Ph Mb

Negeri Sembilan Tetap Milik Ph Mb

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 360 hits
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz di Port Dickson Negeri Sembilan foto HAZROL ZAINAL PORT DICKSON Pakatan Harapan Negeri Sembilan yakin aka...
7 Perguruan Tinggi Negeri Dan Swasta Di Jember Salah Satunya Terbesar Di Indonesia

7 Perguruan Tinggi Negeri Dan Swasta Di Jember Salah Satunya Terbesar Di Indonesia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 204 hits
Kota Pendidikan ialah salah satu julukan yang dilekatkan pada Kabupaten Jember Julukan itu disematkan kepada Jember salah satunya karena di kabupaten ini terdapat banyak perguruan tinggi Ada sekitar 30 perguruan tinggi negeri dan swasta yan...
34 Model Baju Dinas Pegawai Negeri Sipil

34 Model Baju Dinas Pegawai Negeri Sipil

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 2314 hits
Poin pembahasan 34 Model Baju Dinas Pegawai Negeri Sipil adalah model baju dinas putih pns wanita model baju dinas putih wanita terbaru model baju dinas putih guru contoh gambar pakaian sipil resmi contoh pakaian sipil resmi asn model baju ...
Kerajaan Negeri Wajar Tidak Dibubarkan Atau Dibentuk Mendahului Keputusan Pusat

Kerajaan Negeri Wajar Tidak Dibubarkan Atau Dibentuk Mendahului Keputusan Pusat

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 271 hits
Jangan tergila sangat untuk rampas kuasa MENDAHULUI KEPUTUSAN PUSAT MENDAHULUI Istana Negara
Malacca Cm Briefs Yang Di Pertua Negeri On Current Political Situation

Malacca Cm Briefs Yang Di Pertua Negeri On Current Political Situation

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 338 hits
Malacca Chief Minister Adly Zahari held a meeting with the Yang di Pertua Negeri Mohd Khalil Yaakob at the latter s office in Ayer Keroh Adly said the meeting was to inform Mohd Khalil of the current political situation to ensure the state ...
Sultan Selangor Puas Hati Komitmen Kerajaan Negeri

Sultan Selangor Puas Hati Komitmen Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 582 hits
SHAH ALAM 25 FEB Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan komitmen Kerajaan Selangor untuk meneruskan mandat rakyat negeri ini Baginda turut berkenan supaya pentadbiran Kerajaan Negeri berfungsi seperti biasa k...
Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

Umno Johor Yakin Akan Ada Kerajaan Negeri Baru

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 554 hits
ZIKRI KAMARULZAMAN Umno Johor yakin akan ada kerajaan negeri yang baru susulan pembelotan oleh pemimpin dan wakil rakyat PKR Dengan keputusan Bersatu yang bertindak keluar dari Pakatan Harapan jumlah kerusi dewan undangan negeri kini tergan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner