Hiking Di Bukit Leila Sandakan




Hiking di Bukit Leila Sandakan | Assalamualaikum & salam sejahtera. Hi, korang! Hari ni Murni akan berkongsi aktiviti hiking di Bukit Leila Sandakan pada 20/07/2021. Kami menuju ke beberapa Checkpoint iaitu Gua Batu Kapur, Bukit Ketam, Tower Station & Buaian. Gerakan hiking kali ni hanya berempat sahaja tanpa PuteriBkt Hikers. 
Hiking di Bukit Leila SandakanActulally, sehari selepas Murni terima vaksin Murni ambil keputusan nak ikut kawan pergi membukit di Bukit Leila. Malas sebenarnya layan sakit tangan yang lenguh selepas terima vaksin haha tu yang nak juga hiking. Rindu sebenarnya dengan bau-bau hutan hihi


Kami start hiking agak lewat sikit, masuk hutan dalam jam 10 lebih sebab nak bagi masa dengan guide untuk beristirahat selepas camping pada hari sebelumnya. Permulaan pendakian semangat sikit tapi bila dah nampak trail yang naik bukit mulalah rasa berat kaki nak melangkah haha


Hiking kali ni tiadalah nak terkejar-kejar nak cepat sampai, kami hiking santai-santai saja. Alhamdulillah temen-temen memahami sangat dengan si Murni haha. Kalau rasa degupan jantung tu mula dah pam lelaju, maka wajiblah untuk rehat ya

Boletus Rubellus
Mata tertarik dengan cendawan merah (Boletus Rubellus) cantik yakmat & warna purple pun ada juga. Biasa jumpa yang warna coklat saja. 
Trail Menuju ke Gua Batu Kapur
Checkpoint pertama kami adalah di Gua Batu kapur. Trail menuju ke Gua Batu Kapur pada kali ini agak berbeza sedikit berbanding trail yang Murni pernah lalui sebelum ini yang mana tahap pendakian tidaklah sesukar mana. Untuk pengetahuan korang, Bukit Leila mempunyai banyak trail & Murni sarankan bagi korang yang nak hiking di sini wajib ada guide supaya tidak tersesat di hatiku eh salah haha
Gua Batu Kapur, Bukit Leila Sandakan
Kami sampai di lokasi Gua Batu Kapur dalam jam 12:12 PM. Sampai-sampai saja terus duduk untuk lepaskan semua rasa penat lelah haha. 
Gua Batu Kapur, Bukit Leila Sandakan
Nasi baik masa ni Murni ada bawa tripod, bolehlah ambil gambar kenangan hiking berempat di Hari Raya Aidiladha hihi. Orang lain beraya di rumah sendiri, kami pula beraya di dalam hutan. Usai bergambar kami teruskan pendakian menuju ke Bukit Ketam

Bukit Ketam, Bukit Leila Sandakan
Bukit Ketam sekarang ni pun dah disediakan kemudahan beberapa tempat duduk bagi para hikers untuk beristirahat sekejap sebelum menyambung pendakian. Bagi Murni trail menuju ke Bukit Ketam buatkan mental Murni koyak sikit, mana taknya asyik naik bukit saja turunnya tak ada haha entah berapa kali terbaring atas tanah. Bila sampai di Bukit Ketam terus letak beg di bawah, buat alas kepala untuk baring kejap. Masa ini memang kepala dah pening-pening, terpaksa telan sebiji panadol sebelum meneruskan pendakian

Tower Station, Bukit Leila Snadakan
Checkpoint kami yang seterusnya ialah Tower Station Bukit Leila. Kami sampai dalam jam 1:45 PM. Tempat ni pun antara kawasan camping yang digemari oleh para hikers di Sandakan. Kawasan ni dilengkapi dengan meja putih & beberapa tempat duduk. Sesuai sangat kalau korang nak berhammock. Kami bertolak dari Tower Station menuju ke Buaian dalam jam 2:20 PM. 
Checkpoint Buaian
Memandangkan waktu pun agak lewat, kami putuskan untuk tidak pergi ke Pencawang Trig Hill. Dari Tower Station kami teruskan sahaja pendakian ke kawasan Buaian. Naik turun bukit juga kalau nak sampai ke Buaian ni, kapus-kapus dibuatnya haha. Kami sampai ke Buaian dalam jam 3:00 PM. Sampai-sampai saja terus naik di atas buaian yang tersedia di kawasan ni. Sumpah penat yakmat dengan kepala yang masih lagi pening-pening. Ni sebab kes lapar haha

Checkpoint Buaian
Hiking kali ni Murni tak ambil video pun, cukuplah menikmati alam bersama-sama sahabat. Masa balik hati rasa gembira sikit hihi laju saja dihadapan. Tapi Murni tak tahan sangat bila sampai di kawasan bersimen dengan cuaca yang panas terik lagi, siap pinjam kipas lagi. Silap sendiri tiada bawa payung haha. Alhamdulillah kami berjaya juga tamatkan pendakian dalam masa lebih kurang 5 jam ++ dengan jarak pendakian 8.5 KM

Baiklah, sampai di sini sahaja perkongsian aktiviti hiking di Bukit Leila Sandakan. Bila Sabah dah masuk Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 pada  22/07/2021, aktiviti hiking tidak dibenarkan huhu bertabahlah kami semua terima perkhabaran ini. Terpaksa gantung kasut dahulu, risau juga dengan kes Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari ini. 
Terima kasih sudi baca entri ini 😘



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2021/08/hiking-di-bukit-leila-sandakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hutan Lindung Bukit Suligi Riau Terbakar 3 Orang Ditangkap

Hutan Lindung Bukit Suligi Riau Terbakar 3 Orang Ditangkap

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 195 hits
Kebakaran terjadi di Kawasan Hutan Lindung Bukit Suligi di Dusun Kumain Desa Kumain Kecamatan Tandun Kabupaten Rokan Hulu Riau Sejumlah petugas gabungan TNI Polri dan BPBD masih berjibaku melakukan pemadaman
Dakwaan Picagari Kosong 13 Laporan Polis Dibuat Di Seluruh Negara Bukit Aman

Dakwaan Picagari Kosong 13 Laporan Polis Dibuat Di Seluruh Negara Bukit Aman

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 284 hits
Sebanyak 13 laporan polis diterima berkaitan isu suntikan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia di beberapa pusat pemberian vaksin di seluruh negara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata...
Heart Attack Cause Of Death Of Bukit Pelanduk Health Clinic Staff Police

Heart Attack Cause Of Death Of Bukit Pelanduk Health Clinic Staff Police

papar berkaitan - pada 24/7/2021 - jumlah : 210 hits
The cause of death of a Bukit Pelanduk Health Clinic staff who lost consciousness upon arrival at Port Dickson Hospital yesterday was due to a heart attack or coronary artery thrombosis said Port Dickson police chief Aidi Sham Mohamed He sa...
Hospital Bukit Mertajam Jadi Hospital Hibrid Covid 19

Hospital Bukit Mertajam Jadi Hospital Hibrid Covid 19

papar berkaitan - pada 25/7/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh Amir Abd Hamidamir mediaprima com myJuly 25 2021 2 51pmKuala Lumpur Hospital Bukit Mertajam Pulau Pinang dijadikan sebagai hospital hibrid Covid 19 bermula hari ini susulan peningkatan kes jangkitan wabak berkenaan yang memerlukan rawa...
Bukit Aman Gantung Kerja Sub Inspektor Berpesta Liar Di Balai Polis

Bukit Aman Gantung Kerja Sub Inspektor Berpesta Liar Di Balai Polis

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 210 hits
Pegawai polis berpangkat sub inspektor itu didapati positif ganja dan direman dua hari bagi membantu siasatan Dalam serbuan pada 20 Julai lalu seorang ketua balai dan dua anggota polis berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan bersama...
Bukit Aman Serbu Pesta Arak Dan Karaoke Di Balai Polis 8 Ditahan

Bukit Aman Serbu Pesta Arak Dan Karaoke Di Balai Polis 8 Ditahan

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 720 hits
Sebuah balai polis di Kajang Selangor bertukar menjadi kelab malam mini apabila ketua balai dan tiga anggotanya bersama sama empat wanita berpesta di situ
Orang Kena Tahan Cetus Kluster Di Ipd Sandakan

Orang Kena Tahan Cetus Kluster Di Ipd Sandakan

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 314 hits
Kota Kinabalu Orang kena tahan yang dikesan positif Covid 19 mencetuskan kluster baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan hari ini Orang kena tahan yang dikesan positif Covid 19 mencetuskan kluster baharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sand...
Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak

Tuaran Beluran Dan Sandakan Catat Kenaikan Kes Covid 19 Mendadak

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 234 hits
3 daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid 19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1 255 kes direkodkan Kota Kinabalu Tiga daerah mencatat peningkatan mendadak kes Covid 19 di Sabah hari ini sekali gus menyumbang kepada 1 25...
Kluster Baru Di Sandakan Melibatkan Polis Tahanan Lokap 50 Positif

Kluster Baru Di Sandakan Melibatkan Polis Tahanan Lokap 50 Positif

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 222 hits
Sumber Jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi Manjun KOTA KINABALU Satu kluster Covid 19 baharu telah dikesan melibatkan anggota polis dan tahanan lokap di ibu pejabat polis Sandakan kata jurucakap krisis pandemik Sabah Datuk Masidi M...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru