Hikayat Negeri Boleh By Faisal Tehrani


 This is Faisal Tehrani's latest article. I am reproducing it here in full. 
(I have no comments).






https://www.malaysianow.com/wacana/2021/03/16/hikayat-negeri-boleh


Kita tidak patenkan apa yang bukan kepunyaan kita.
Atau betulnya, kita tidak patenkan sesuatu yang milik bersama.
Mengapa kita mesti meraup sesuatu yang tidak perlu direbutkan?
Jika kita lekas meruok betapa daging harimau menangis itu tidak wajar direbut oleh seorang usahawan, kita juga mesti menidakkan sebarang usaha untuk mempatenkan udara, air, api atau bintang dan bulan.
Itu semuakan milik kita manusia secara bersama.
Tidak kiralah sang dia itu Melayu atau Cina, atau India.
Kita mesti berhenti mempunyakan apa yang bukan kepunyaan tunggal.
Sepertinya, bolehkah kita mendakwa udara itu Melayu yang punya?
Namun begitu masalah dengan umat atau rakyat kita ialah kita memang suka mengisytiharkan sesuatu itu milik kita dengan cara tergesa-gesa.
Sebab itu agaknya ada peribahasa melarang mencurahkan air dari dalam tempayan semata-mata kerana kedengaran bunyi guruh.
Di Nusantara, penganut Kristian mengenal kata Allah untuk Tuhan, antara lain, seperti yang terpapar dalam The First Dictionary of Dutch-Malay susunan A C Ruyl, Justus Heurnius, dan Caspar Wiltens (1650).
Dalam hal ini Allah digunakan untuk menerjemah kata Belanda untuk Tuhan iaitu Godt.
Apa lagi terjemahan yang munasabah kalau memang Tuhan itu adalah Allah?
Kamus ini juga merujuk kepada kata-kata lain melibatkan Allah iaitu “Berallah, Allahi dan Hidopan terallah”.
Versi digital kamus ini yang diarkibkan Universiti Ghent pada 23 April 2008 dapat diperolehi di dalam talian.
Ini sahaja memadai demi menjadi bukti penggunaan kalimah Allah untuk umat Kristian seawal abad ke 17, iaitu jauh sebelum institusi agama Islam di Malaysia sendiri terasas.
The Psalms dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan sebagai Kitab Zabur.
Di Perpustakaan Insitut Alam dan Tamadun Melayu saya pernah menemukan The Psalms dalam bahasa Melayu yang diterjemahkan sebagai Kitab Zabur.
Buku (Kitab) itu terbitan tahun 1951 oleh The British and Foreign Bible Society.
Setiap halaman tertera dan tercetak nama Allah.
Setiap halaman yang terdapat kalimah Allah.
Untuk orang luar Malaysia, perangai kita yang mempunyakan sesuatu yang tidak boleh dipunyakan cukup membingungkan.
Bolehkah kita mendakwa pasir terbentang di pantai atau tebing sungai itu misalnya Melayu yang punya?
Memang patutnya tidak boleh, tetapi ia masih boleh saja jadi demikian di Negeri Boleh.
Jadi pasir pun dijual, dan dijaja.
Jadi apalah heran jika udara pun dijaja dijual.
Rick Brown, seorang sarjana menjelaskan secara sejarahnya, penganut Kristian dan Yahudi sudah pun menggunakan kalimah Allah.
Selain bukti arkeologi yang terdapat di Jordan, beliau berhujah ayat-ayat suci al-Quran sendiri menunjukkan kalimah Allah tersebut digunakan oleh segelintir umat Kristian ketika merujuk Nabi Isa a.s sebagai “anak Allah”:
“However the term Allah came into Arabic, we know from ancient inscriptions that Arabic-speaking Christians were using the form Allah before the rise of Islam…..”
“This is evident from inscriptions on tombs and from a pre-Islamic inscription in the ruins of a church at Umm al-Jimāl, Jordan.
“The prophet of Islam claimed to preach a continuation of the message of the Jewish prophets and of the Messiah Jesus, so it stands to reason that he would use the same names that Arabic-speaking Jews and Christians were using.
“Some of the statements in the Qur’an reflect a situation in which Christians are using the term Allah, such as when they proclaim that Jesus is Allah.
“This claim is rejected in the Qur’an, which says, “In blasphemy indeed are those that say that Allah is Christ the son of Mary” (Sura 5:17, Yusuf Ali translation). The very next verse in the Qur’an condemns Jews and Christians for claiming that they are ‘sons of Allah’ (Sura 5:18). So the term Allah seems to have been in common use among the Jews and Christians.”
Dua belas tahun lalu terdapat cadangan supaya penganut Kristian menggunakan istilah lain dari Allah seperti Elohim untuk menjelaskan maksud Tuhan.
Mohd Aizam Masod yang menyarankan hal tersebut dalam artikel beliau “The Arguments to Reject the Use of Allah by the Christians” nampaknya cuba melintas zon yang tidak ia kuasai:
“Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani ialah Elohim, El, Eloh atau Elah? Kita hairan bagaimana orang yang bukan Kristian seperti pengarang perenggan di atas boleh mengetahui apa yang benar atau apa yang tidak benar menurut agama Kristian.”
Akan tetapi itu semua boleh terjadi di Negara Boleh memandangkan kita juga sekarang mendakwa udara itu misalnya Melayu yang punya.
Benar, mereka semakin berani.
Satu fakta yang disembunyikan adalah, menurut Rick Brown, kalimat Elohim itu sendiri masih dipermasalahkan dalam kalangan masyarakat Kristian:
“While the concept of God held by Muslims differs from that of biblical Christians, so does the concept of God held by non-Messianic Jews. The Jewish concept of Elohim is not Trinitarian, just as the Muslim concept of Allah is not Trinitarian. The Apostle Paul wrote about this in Romans 10:2: ‘For I testify about them that they have a zeal for God, but not in accordance with knowledge.’ Such is the case with Muslims as well. If the name Allah were unsuitable because Muslims have a non-Trinitarian concept of God, then the name Elohim would be unsuitable for the same reason.”
Sekali lagi, kita tidak diajar untuk membolot dan mencekau sesuatu yang tidak boleh dipunyakan.
John Postill, seorang antropologis dalam kajian beliau Media and Nation Building: How the Iban Became Malaysian mendapati masyarakat Iban yang menganut agama Kristian di pedalaman Sarawak menggunakan kalimah Allah untuk merujuk tuhan pagan.
Kepercayaan pagan mereka berbaur dengan kepercayaan kristian sehingga menjadi satu kepercayaan baru yang dirujuk sebagai ibangelism.
Doa untuk ritual ibangelism ini terkandung dalam buku yang berjudul Adat Kristian.
Selain itu Kenneth J Thomas dalam esei akademiknya “Allah in Translations of the Bible” menemukan penggunaan kalimah Allah pada terjemahan Bible dalam pelbagai tradisi termasuklah dalam terjemahan Bible berbahasa Arab di Timur Tengah.
Pada terjemahan Bible dalam bahasa Turki, Azarbaijani; Bambara, Fulfulde, Hausa, dan Mankinka di Afrika; dan terjemahan Bible dalam bahasa Indonesia, Jawa, Madura dan juga Sunda; kesemuanya merujuk tuhan sebagai Allah.
Thomas seterusnya menjelaskan secara sejarahnya penggunaan kalimah Allah oleh umat Kristian dapat ditemukan dalam tradisi dan sumber Islam sendiri, baik ia sumber Sunni atau Syiah:
“An acquaintance of St. John of Damascus, Abu Qurah, the Bishop of Haran in the 8th-9th century a.d., uses Allah to translate theos in his citations of the Bible in Arabic. For example, in John 1:1 he has ‘the Word was with Allah.’
“A number of Muslim writers in the 9th century a.d. used Allah in their citations of the Bible. Al-Tabari, quoting the words of Jesus in John 10:36, has ‘Allah sent me into the world’ and, quoting the words of the devil in Matthew 4:3, has: ‘If you are the son of Allah . . .’
“Another Muslim writer, Ibn Qutayba al-Dinawari of Baghdad, quotes Jesus as saying in Matthew 6:24, ‘You cannot serve both Allah and Mammon.’
“A Shi´ite Muslim scholar of the 9th century, Al-Ya´qubi cites the answer of Jesus to the devil in Matthew 4:7, ‘Do not test Allah your Lord.’
“Thus, from the beginning of contacts between Jews, Christians, and Muslims there was use of Allah that enabled them to enter into common discussion about biblical content and to dialogue with one another.”
Perenggan di atas memperihalkan kita tidak perlu bertengkar sebaliknya perlu berdialog.
Sekali lagi, untuk apa kita mempunya atau mempatenkan apa yang tidak boleh dipaten kerana ia sesungguhnya bukan milik kita? Kita misalnya tidak mempatenkan udara kerana ia tidak boleh dihakmilikkan atau dimonopoli oleh seseorang.
Akan tetapi di Negeri Boleh, mungkin sebelum Ogos ini; kita dapat melihat udara pun tergamak orang patenkan.
RUJUKAN
Ruyl, A.C. & Heurnius, J. & W, Caspar. 1650. Vocabularium ofte Woordenboeck nae ordre van den alphabeth, in ‘t Duytsch en Maleys. Verenigde Oost-Indische Compagnie. Amsterdam.
Versi digital oleh Universiti Ghent: http://books.google.co.id/books?id=3GcTAAAAQAAJ&v=onepage&q=allah&f=false#v=onepage&q=allah&f=false
Brown, R. 2006. Who Is Allah?. International Journal of Frontier Missions. 23 (2): 79-86.
Mas’od, M.A. 2008. ‘The Arguments to Reject the Use of Allah by the Christians’. JAKIM Research Journal No. 21.
Postill, J. 2006. Media and Nation Building: How the Iban Became Malaysian. Berghahn Books. New York.
J.Thomas, K. 2006. ‘Allah in Translations of the Bible’. International Journal of Frontier Missions. 23 (4): 171-174.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/03/hikayat-negeri-boleh-by-faisal-tehrani.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Macam Ni Lagi 3 Tahun Baru Boleh Rentas Negeri

Kalau Macam Ni Lagi 3 Tahun Baru Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 254 hits
Bila cakap tak guna otak akal Cakap main sedap tekak air suam jer SEDARKAH ANDA Menteri kata RENTAS NEGERI selepas 80 peratus rakyat divaksin Jika diambil kiraan purata sehari 21 750 divaksin ini bermakna dgn 80 peratus drpd jumlah penduduk...
Terkini Menteri Air Suam Beri Bayangan 18 Mac Boleh Rentas Negeri

Terkini Menteri Air Suam Beri Bayangan 18 Mac Boleh Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 213 hits
March 6 2021Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata larangan rentas negeri mungkin dibatalkan seawal 18 Mac jika jumlah kes Covid 19 dapat dikurangkan ke tahap mampu diuruskan Beliau berkata kementeriannya akan membuat cadangan kepada keraj...
Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang

Zahid Tiada Lagi Negeri Pkp Bila Parlimen Boleh Bersidang

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 208 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyoal bilakah kerajaan berhasrat untuk menasihati Yang Di Pertuan Agong supaya mengadakan persidangan parlimen Ini katanya kerana negara sudah menamatkan perintah kawalan pergerakan dan lebih banyak pernia...
Pasangan Mata Wang Gbp Usd Analisis Untuk 12 Mac Laporan Cot Kdnk Uk Boleh Menyebabkan Penurunan Gbp

Pasangan Mata Wang Gbp Usd Analisis Untuk 12 Mac Laporan Cot Kdnk Uk Boleh Menyebabkan Penurunan Gbp

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 310 hits
Pasangan mata wang GBP USD carta 1H Salam sejahtera pedagang yang dikasihi Menurut carta 1 jam pasangan mata wang GBP USD mula berkembang Pasangan ini mencipta saluran trend menaik Oleh itu kedua dua EUR dan GBP kini mengikuti laluan perger...
Tekanan Emosi Boleh Sebabkan Rambut Gugur

Tekanan Emosi Boleh Sebabkan Rambut Gugur

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 257 hits
Rambut gugur selalu jadi masalah dan tekanan emosi Dan tekanan emosi juga boleh menjadikan rambut banyak gugur Bersyukurlah orang yang dianugerahkan dengan rambut yang tebal dan cantik Namun kebanyakan orang baik lelaki mahupun wanita terma...
Cherry Tomatoes Comel Dan Manis Sedap Di Makan Buat Pencuci Muka Pun Boleh

Cherry Tomatoes Comel Dan Manis Sedap Di Makan Buat Pencuci Muka Pun Boleh

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 517 hits
Suka makan tomato Saya suka je makan tomato tapi tak de lah sampai tahap makan tomato macam makan buah Maksudnya makan macam tu je Tak boleh masuk ke tekak Nak makan tomato kena makan dengan makanan lain Tapikan kalau dapat cherry tomatoes ...
Oppo Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Skrin Boleh Lipat Pertama Mereka Tahun Ini

Oppo Dilaporkan Akan Melancarkan Telefon Skrin Boleh Lipat Pertama Mereka Tahun Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 281 hits
Semalam telefon pertama dengan skrin 10 bit sebenar dilancarkan oleh Oppo Tetapi satu segmen yang masih belum mereka tawarkan di pasaran ialah peranti skrin boleh lipat Kini menurut Digital Chat Station Oppo akan akhirnya menawarkan peranti...
Kelas Bacaan Bacalah Anakku Untuk Yang Tak Boleh Membaca

Kelas Bacaan Bacalah Anakku Untuk Yang Tak Boleh Membaca

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 299 hits
Bismillahirrahmanirrahim Masih ingat lagi Kelas Bacaan Bacalah Anakku yang saya selalu share di sini Ya kelas ini untuk anak anak yang belum boleh membaca Mereka menggunakan modul bacalah anakku Yang best UN nak share kali ini adalah specia...
Boleh Guna Perkataan Allah Tapi Tetap Ada Sempadan Kata Hadi

Boleh Guna Perkataan Allah Tapi Tetap Ada Sempadan Kata Hadi

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 250 hits
Sesiapapun tidak harus dilarang daripada menggunakan perkataan Allah kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang Menurutnya sama ada seseorang itu Muslim penganut agama lain termasuk yang melantik banyak Tuhan tidak beragama atau ateis yang tidak pe...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding