Hijrah Ke Australia From Malaysia To Australia


Hijrah Ke Australia - From Malaysia To Australia | Hari ini merupakan hari ke 25 Fadzi menjejakkan kaki ke Australia. Tak sampai sebulan pun lagi. Hari ini baru rasanya ada kekuatan dan masa untuk menulis tentang penghijrahan Fadzi dan keluarga ke sini.


Perancangan Berhijrah Ke AustraliaCeritanya begini. Kami dapat tahu Zul ada peluang untuk pergi ke Australia untuk bekerja hujung tahun 2019 lagi. Tapi waktu itu masih kabur-kabur. 
Kami pun tak pasti lagi nak pergi atau tidak sebab ada komitmen nak bayar kereta dan 2 buah rumah. Fadzi pula dah plan macam-macam untuk rumah baru dan untuk persekolahan Aneeq.
Ada cerita di sebalik penghijrahan ini tapi sebab berkaitan dengan company Zul, jadi Fadzi tak dapat nak cerita lebih detail dekat sini. 
Dah 3 kali Zul berulang-alik Malaysia-Australia atas urusan kerja. Jadi kami buat keputusan untuk Zul terima kerja di Australia dan kami sekeluarga pindah ke sana. 



Perancangan nak pindah ke sana agak lama. Dari awal Mac 2020 sampailah betul-betul berlaku bulan November 2020. Mencabar sikit sebab pandemik Covid19. 
Kami sebenarnya tak tahu bila kami boleh mula pindah. Yang lagi gila, kami tahu tarikh tiket flight untuk migrate ke Australia 28 hari sebelum penerbangan. Nasib baik kami dah slowly buat persediaan seperti visa, medical checkup dan dokumen penting. 
Kena pula hari yang kami tahu kami nak fly, Selangor kena PKPB lepas third wave kes undi di Sabah. Tak banyak benda yang kami boleh buat waktu itu selain daripada kemas barang-barang untuk dibawa ke Australia. Family pun kami tak dapat nak jumpa.
Sehari Sebelum Terbang Ke AustraliaSehari sebelum terbang ke Australia, company yang uruskan pindah barang datang. Mereka pack kan semua barang yang kami nak bawa ke sana. Waktu ni Fadzi rasa sebak gila. Kami nak tinggalkan first home. Banyak kenangan dekat sini. 



Bila mereka dah siap kemas barang, kami pun bergerak ke Sepang. Duduk dekat hotel Sepang sebab tiket ke Adelaide pukul 9 pagi. Sebelum naik teksi, sempat kami jumpa dengan kakak Fadzi. 
Dalam perjalanan ke Sepang, Aneeq dan Anas tidur. Hati Fadzi ini sebak lagi. Sebab dah tau besoknya Fadzi dah tak ada di Malaysia. Tak tau kenapa sedih sangat. Mungkin sebab tak sempat jumpa family kot.


Sampai di Orange Hotel, kami bersihkan diri dan tidur awal. Besoknya nak bangun awal. Pukul 6 pagi dah ada teksi yang menunggu nak hantar ke airport.
Hari Terbang Ke AustraliaPagi tu pukul 5.00 kami dah bangun. Kami bersiap-siap untuk naik teksi. Teksi dah sampai pun dan terus bawa kami ke airport. 


Kami terus pergi check in beg. Nasib baik pergi awal. Ada masalah rupanya. Nama kami tak ada dalam sistem. Padahal immigration Australia dah sedia maklum yang kami akan datang ke sana. 
Nasib baik ada orang in charge. Bagus kerja dia. Memang ambil sedikit masa tapi semua setel. Nama Fadzi paling last masuk dalam sistem. Jadi kami dapat seat paling belakang dalam kabin yang paling belakang.
Bila dan on board dan captain announce kapal terbang nak mula bergerak, Fadzi rasa sebak sangat. Kami duduk lane tengah. Jadi boleh tengok tanah bumi Malaysia kesayangan ini sipi-sipi saja lah bila take off.
Waktu kapal terbang bergerak, makin berkaca mata. Teringat-ingat apa yang Fadzi bakal tinggalkan. Tinggal Mak Apak, tinggal adik beradik, tinggal rumah, tinggal Malaysia, tinggal semua comfort zone Fadzi.
Tak sempat nak jumpa Mak Apak dan adik beradik sebab PKPB Selangor. Banyak benda yang kami terpaksa korbankan. Keluarga, rumah, kereta dan comfort zone. 
Tak tau lah kami boleh hidup ke tidak dekat tempat baru. Tak tau lah Aneeq boleh terima ke tidak dengan environment yang berbeza. Tak tau lah Fadzi boleh urus ke tidak hidup dekat culture yang asing.



Mula saja kapal terbang gerak laju dan naik ke udara, jatuh juga setitik dua air dari mata ini. Tapi pandang belah lain sebab tak nak bagi Zul dengan anak-anak nampak.
Tiba-tiba rasa ada orang meraba-raba tangan kiri Fadzi. Anas yang duduk dekat sebelah cari tangan Fadzi nak pegang. Bila dah dapat tangan Fadzi, Anas genggam kuat-kuat. Waktu itu emosi sangat. Memang laju saja air mata ini jatuh.
Dalam Perjalanan Ke Adelaide, Australia30 minit selepas kapal terbang berlepas, Anas dah mula mengantuk. Sebijik perangai Fadzi kalau travel. Mula berjalan terus tertidur.
Anas tidur lena. 3 jam terus. Senang hati sikit. Tak ada tantrum, menangis atau rasa tak selesa. 
Aneeq pula tengok 4 movie straight dalam flight. Ya Rabbi. Geram tengok dia. Mata bulat saja tengok kartun.



Sejam sebelum mendarat, Anas pula tiba-tiba nak buang air besar. Dah lah Anas jenis tak suka berak dalam lampin. Nak tak nak, Fadzi kena masuk sekali dalam tandas nak tolong pegang kan Anas sambil dia buang air besar.
Kaki kejang, tangan lenguh, hidung senak. Dalam tandas kapal terbang ya. Kecil. Sempit. Dan tak ada air nak basuh. Yang ada cuma air dekat sinki untuk basuh tangan.
Dah lah lama pula tu Anas membuang. Bertuah betul budak ni.
Perjalanan dari KL ke Adelaide ambil masa dalam 7 jam. Kami guna Malaysia Airlines. Orang tak ramai dalam kabin. Sebab nak masuk ke Australia, ada had bilangan penumpang yang tertentu.
Kami dibenarkan untuk pindah seat lain untuk duduk dengan lebih selesa dan tidur. Seat lane tengah banyak yang kosong. Tapi Fadzi tak boleh nak buat macam tu. Tak kan nak tinggal budak-budak dekat seat mereka pula kan.
Makanan MAS sediakan 2 kali. Makan tengah hari dan makan petang. Dua dua menu yang dapat sedap.




Tapi Fadzi tak boleh habiskan sebab takut termuntah. Banyak cheese sangat. Rasa sayangnya tak makan habis.
Kek mango cheese yang mereka sediakan untuk makan tengah hari sedap sangat. Yang buat Fadzi boleh tahan muntah dalam flight adalah kek mango cheese dan kopi.
Overall, Fadzi happy dengan servis Malaysia Airlines. Dari awal check in sampai mendarat. Semua Fadzi puas hati dengan layanan mereka.
Touch Down Di Adelaide Australia10 minit sebelum mendarat, kapten kapal buat pengumuman. Dalam hati Fadzi ini Ya Allah berdebarnya nak masuk ke negara orang untuk hidup baru. 



Kapal terbang MAS mendarat di Adelaide pukul 7.07 petang waktu tempatan. Waktu itu keadaan masih cerah. Matahari pun tinggi lagi dekat langit. 
Fadzi pandang luar. Nampak dah tanah Australia. Fadzi pandang pula Zul, kemudian Aneeq dan akhir sekali Anas. Fadzi senyum. 
Ini permulaan hidup yang baru. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fadzirazak.com/2020/12/hijrah-ke-australia-from-malaysia-to_1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysian Doctor In Australia Hailed As Hero For Saving Adelaide From A Second Outbreak

Malaysian Doctor In Australia Hailed As Hero For Saving Adelaide From A Second Outbreak

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 384 hits
Malaysian Doctor In Australia Hailed As Hero For Saving Adelaide From A Second Outbreak Source https worldofbuzz com malaysian doctor in australia hailed as hero for saving adelaide from a second outbreak MalaysianDoctorInAustraliaHailedAsH...
Malaysia Airlines Seeks Aid From Shareholder As Creditor Talks Continue Report

Malaysia Airlines Seeks Aid From Shareholder As Creditor Talks Continue Report

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 273 hits
Malaysia Airlines Berhad has sought financial aid from its sole shareholder and sovereign wealth fund Khazanah Nasional as debt restructuring talks with creditors drag on The Edge weekly reported on Saturday citing the airline The national ...
Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid 19

Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid 19

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 260 hits
Doktor asal Klang jadi hero berjaya sekat gelombang kedua Covid 19 di Australia Doktor Kelahiran Malaysia Ini Dianggap Hero Selamatkan Australia Selatan Daripada Gelombang Kedua Covid 19 Seorang doktor kelahiran Malaysia Dr Dharminy Thurair...
Singapore Imposes Quarantine On Travellers From Malaysia

Singapore Imposes Quarantine On Travellers From Malaysia

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 256 hits
The ministry said the quarantine order also applies to travellers entering Singapore to work under the PCA and returning Singapore based travellers under the Singapore Malaysia RGL SINGAPORE Singapore will tighten border measures given the ...
As Beli Produk Kayu Malaysia Rm5 1 Bilion Mesti Dap Tension

As Beli Produk Kayu Malaysia Rm5 1 Bilion Mesti Dap Tension

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 269 hits
24 NOV Eksport kayu utama dan produk kayu tempatan mencatatkan perubahan positif selepas Amerika Syarikat meningkatkan jumlah pembelian sebanyak 53 peratus berjumlah RM5 1 bilion bagi tempoh Januari hingga September lalu Menteri Perusahaan ...
Jabatan Kimia Malaysia Sahkan Tiada Penemuan Dna Babi Dalam Hidangan Mi Kari Old Town White Coffee

Jabatan Kimia Malaysia Sahkan Tiada Penemuan Dna Babi Dalam Hidangan Mi Kari Old Town White Coffee

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 318 hits
Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan tiada penemuan DNA babi dalam sampel daging di dalam mi kari yang dijual di sebuah restoran di Shah Alam Selangor seperti yang didakwa baru baru ini Pengarah Bahagian Penguat kuasa Perdagangan Dalam Negeri...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner