Hijrah
Assalamualaikum WBT
AKHIR bulan lepas (Oktober 2025), dua orang lagi rakan sekerja berhijrah dan meninggalkan kolej. Justeru itu, kolej menganjurkan majlis Jasamu Dikenang. Macam biasalah, ada potluck dan sambutan hari lahir kita buat sekali arung. Sk tak ada mood sangat nak ambil gambar makanan-makanan yang dibawa tapi Sk cuba senaraikan apa yang ada yang Sk ingat. Silalah bayang-bayangkan rupa makanan yang terhidang tu ya, hahaha.
Nasi Tomato, Ayam Masak MERAH
Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Sembilang, Ayam Goreng Singgit, Ulam & Sambal Belacan
Nasi Lemak Bungkus
Mihun Goreng
Murtabak Daging
Karipap
Roti Jala
Kuih-muih
Kek Batik
Kek Secret Recipe

Disebabkan jamuan makan pun bermula tengahari, memang sesuai sangatlah kita makan nasi

Mihun goreng, murtabak, kuih gandos dan sambal tumis dan sepotong kek SR perisa blueberry cheese

Ni yang ditapau la.. mana muatnya perut makan semua serentak

Roti Jala dan Jambu Batu

Yang berhijrah, Faiz (duduk tiga dari kanan dan Shida (duduk lima dari kanan)

Kenang-kenangan dari Shida sekuntum bunga ros sabun dan sepasang kerongsang

Seribu langkah bermula di siniLangkah diatur mencari rezekiTerima kasih di atas BudiKenangan indah kekal di hati

Faiz bagi bunga ros jugak, tapi bunga ros kek gula hangus. Yang ni boleh makan laaa, hehehe. Selain kek gula hangus, ada jugak sabun tapi tu nanti Sk tepek gambarnya kemudian la ya. Beg goodies Faiz pun lupa nak snap pic sebab teruja tengok kek bentuk bunga ros ni, hihi
Selamat Maju Jaya buat Shida dan Faiz. Semoga penghijrahan ini lebih baik buat mereka berdua

Ini pulak dari Aida yang meninggalkan kolej pada akhir bulan Julai lepas. Aaa.. sepatutnya Aida berhenti lambat lagi tapi masa tu Aida terbersalin awal, hahaha. Tu tak sempat jumpa sebab Aida pulak berpantang di kampungnya di Terengganu. Tu la tu minggu lepas Aida datang. Sedih baca perkataan Good Bye tu tau

Dalam kotak tu ada beg elastik (stretching). Random la ya dapat corak apa, ni Sk punya. Kata Kak Imah, macam aiskrim, hehehe

Madi dapat corak ni, cantik jugak

Ni Naza, rasa nak zzz bila tengok lama-lama, hahaha

Ni Hajah dapat. Alamak, terpantul pulak la muka dia dalam cermin, hahahaha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sariyusa.blogspot.com/2025/11/hijrah.html