Hidup Dah Tak Sama Tanggungjawab Dah Berbeza Dan Itulah Yang Mengubah Kita


Hidup dah tak sama. Tanggungjawab dah berbeza. Dan itulah yang mengubah kita.
‘Semua aku sorok rapat-rapat dari keluarga. Abang aku pun aku tak cerita’
“PUAN, boleh datang sekolah?”
“Encik, anak ponteng kelas dan merokok.”
“Puan, boleh kita jumpa? Ada sesuatu nak bincang tentang anak Puan.”
ADVERTISING
Berderau darah, rasa panas sampai ke muka kalau dapat call daripada sekolah. Hal anak-anak ni memang buat mak ayah pening kepala. Tambah lagi bila dapat bukti kukuh, memang anak buat salah.
Mulalah mak ayah baca kitab tak berbaris, macam-macam kata marah keluar dari mulut. Anak pula buat tak tahu, cakap mak ayah, macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Tak tahulah dihadam atau tidak.
Cuma ni antara, kes yang dapat ditangkap, bila kantoi dengan cikgu. Bila balik rumah kenalah mengadap depan mak ayah pula. Tapi, kes yang sembunyi rapat, simpan kuat, dan tak bocor sampai sudah boleh tahan juga. Sampai dah kahwin, ada anak isteri, siapapun tak tahu. Bak kata pepatah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.
Siapa pernah alami kes macam ni masa sekolah? Jangan malu, cepat mengaku. Macam perkongsian Cikgu Mohd Fadli Sallehni. Namun semua itu hanyalah kenangan dan pengalaman lalu. Hidup dah tak sama, tanggungjawab dah berbeza, dan itulah yang mengubah kita.
******
"Kau fly dengan siapa?"
"Seorang."
"Piappp! Piappp!!"
Bergetar rotan sebesar ibu jari dihayun sekuat hati bila bersentuh dengan bontot aku. Pedih tak terkira. Namun tiada suara aku keluarkan. Semua keperitan aku telan. Baru anak jantan.
"Jangan bohong! Ustaz nampak empat orang semuanya subuh semalam. Siapa lagi?"
"Saya seorang sahaja. Yang cikgu nampak tu orang lain kot. Saya memang keluar seorang."
"Piappp! Piappp!! Cakap! Siapa lagi?"
"Saya seorang."
"Piappp! Piappp!!!"
Akhirnya aku disuruh keluar. Tiada nama lain terpancul dari mulut aku. Selamat Husni Eito, Umaq dan siapa entah lagi seorang yang sama-sama dengan aku fly nak pergi gig.
Balik asrama, tidur menirap 3 hari. Tersiat kulit beb kena bertalu-talu ni.
**********
"Ni rokok siapa?"
"Saya."
"Pang!" padu penampar melekat di muka.
"Kau hisap rokok dengan siapa?"
"Sorang-sorang."
"Kedebak! Kedebuk!" penyepak dihayun oleh senior.
"Kau hisap dengan siapa? Dua jenis rokok ni yang ada. Kau tak cakap, lagi teruk kau kena!"
"Seorang je lah. Mana ada orang lain."
"Pang! Pang! Dush! Kedebuk! Gedebak!"
Kena tumbuk perut, kena penyepak, kena penampar.
Senak sampai tertunduk kena tumbuk. Cepat-cepat aku berdiri tegak semula. Tidak boleh tunjuk lemah, orang makin seronok menghentam.
Darah mula mengalih dari hujung bibir. Ditampar berkali-kali memang pecah la bibir tu.
Senior pakat keliling aku seorang. Mereka ada sekitar 12 orang. 'Berkucar bojeng' sokmo aku.
Seorang masuk kena 'tipah ppalo' sedas dua. Masuk yang lain sedas dua lagi. Kat atas katil bersusun mereka buat muka ganas pegang kayu hoki pakat jerkah, pakat buat muka marah dan samseng nak takutkan aku.
Aku terus berdiri tegak macam tak ada apa-apa walau kaki dah mula sakit-sakit kena penyepak. Perut dah senak kena tumbuk. Pipi dah perit kena lempang. Kepala dah kembang kena 'tipah'.
Satu nama pun tidak keluar dari mulut aku. Walau aku boleh saja petik kawan-kawan satu aras yang hisap rokok juga, biarlah. Biar mereka selamat, biar aku tanggung semuanya.
Aku cuba cam satu persatu wajah yang buli aku malam itu. Tak dapat cam semua, dapat cam dua tiga orang pun jadi lah.
Orang buat kita, kita kena balas. Itu prinsip aku zaman remaja dulu.
Sampai masa, berkeliaran mereka lari bila nampak aku. Jenuh aku mengejar seorang demi seorang. Memulangkan hutang yang pernah mereka bagi aku pinjam walau aku tak minta. Haha.
********
"Pak Lang. Si Naim kacau Ina. Bla... Bla... Bla..." Onn mengadu kat aku masa aku di semester pertama kat maktab.
Aku malas nak masuk campur hal orang lain bercinta ni. Tapi bila Onn kata Naim tampar Ina, ini dah lebih.
Naim budak semester lima. Aku pula baru masuk sebulan lebih kat maktab. Naim lalu depan kelas aku, terus aku sound.
Masa nak balik ke bilik, Naim datang kejar. Dia seorang datang berdepan. Kawan dia teman dari jauh je. Satu sama satu bila aku nak lari. Bertekak kat bawah asrama sampai orang pakat keluar lihat.
Masa tu tangan dah genggam penumbuk. Tunggu dia mula je. Naim tak sentuh, maka aku tak balas. Prinsip aku biar orang yang sentuh dahulu. Baru balas balik.
Kecoh satu maktab budak sem satu sound sem lima. Dah semua senior mencari aku pula.
Kawan-kawan dah pesan,
"Lang, kau jangan tidur asrama malam ni. Geng senior nakkan kau malam ni."
Aku peduli apa. Nak datang, datanglah. Tepi katil aku selit tukul. Datang tak kena cara, tukul ni aku hayun. Nekad!
Waktu aku balik dari makan malam, aku singgah bilik member main game. Dia ada desktop, aku tak de.
Waktu aku main, aku perasan budak-budak sem aku mula-mula agak ramai dalam bilik tu seorang demi seorang pakat keluar. Tinggal aku seorang.
Pastu masuk dua orang senior sem lima pegang bahu aku ajak naik bilik dia.
Aku tolak tangan dia dan cakap,
"Tak payah pegang. Aku jalan sendiri."
Fuh, punya berlagak konon hebat. Sampai kat bilik mereka, tu dia berbelas orang pakat dok tunggu aku. Yang tak berbaju ada, yang pegang kayu hoki ada. Pakat tunjuk otot, pakat buat muka garang.
Jantung tak payah cakaplah. Berdenyut laju macam F1. Debor campur takut woih kena keliling gitu. Semua hadap kau seorang. Rasa macam seekor kucing dikeliling berpuluh ekor anjing.
Tapi aku cuba buat-buat cool. Tak boleh pamerkan perasaan takut tu. Kau nampak takut di depan pembuli, kau akan jadi mangsa selama lamanya.
Kau nampak kental dan berani melawan, mereka tetap akan buli kau, tapi buli dengan respek. Mereka tahu mereka hanya boleh 'makan' kau bila beramai-ramai.
Bila berdepan satu sama satu mereka akan cuba berbaik atau buat tak tahu. Itu sifirnya.
Walau digertak, nama Onn tidak keluar. Semua kesalahan aku letak atas bahu aku. Aku mengaku kawan baik Ina. Padahal dengan Ina aku sekali pun tak pernah bercakap. Haha.
Masa ni tiada sentuhan. Hanya amaran dan gertakan sahaja. Okey, tak perlu aku penat-penat nak kejar dan bayar hutang.
Onn masa tu lari tidur luar asrama. Dia risau aku babitkan dia. Dan memang dialah punca sebenar. Hehe.
Tapi aku jenis tak makan kawan. Jenis yang selagi boleh hadap seorang aku hadap seorang.
Biar aku kena, asal kawan-kawan selamat. Gitu la biasanya.
**********
Banyak lagi kes seumpamanya ini aku lalui sepanjang zaman remaja hingga ke alam pekerjaan.
Semua aku sorok rapat-rapat dari keluarga. Abang aku pun aku tak cerita. Sebab semuanya aku masih dapat handle sendirian.
Malu lah minta pertolongan. Kata anak jantan. Haha.
Masa tu memang jenis nekad. Tak peduli apa akibat. Berani bodoh namanya. Huhu.
La ni penakut dah. Ada anak bini kat sebelah. Orang ajak gaduh aku lari. Bagi la menang kat dia. Aku mengalah tak apa.
Hidup dah tak sama. Tanggungjawab dah berbeza. Dan itulah yang mengubah kita.
Keluarga. ❤️
#MFS
Sumber: Facebook milik Cikgu Mohd Fadhli Salleh
Sumber


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2019/03/hidup-dah-tak-sama-tanggungjawab-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hotel Yang Sama Bilik Yang Sama Tapi Harga Berbeza

Hotel Yang Sama Bilik Yang Sama Tapi Harga Berbeza

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 305 hits
Kubur yang sama tanah yang sama Tetapi dua keadaan yang berbeza Kenapa dosa lebih Anda boleh mencari kubur ideal anda dengan taubat nasuha Taubat nasuha menghapuskan lebih daripada berjuta juta jenis dosa Anda boleh mencari kubur anda denga...
Kau Aku Berbeza Namun Menuju Satu Matlamat Yang Sama

Kau Aku Berbeza Namun Menuju Satu Matlamat Yang Sama

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum Hai hai hai Selamat malam Eh rasa lama tak jengah blog sendiri Kalau dulu hari hari buka Hari hari menulis sesuatu di sini Tapi sejak dua menjak di tahun 2019 agak terhad masa nak menulis Bukan mahu menyalahkan waktu Waktu t...
Peguam Najib Mohon Akses Sama Bagi Dokumen Kes Src

Peguam Najib Mohon Akses Sama Bagi Dokumen Kes Src

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 386 hits
Pasukan peguam Najib Razak memohon untuk mendapatkan dokumen dan kenyataan daripada pihak pendakwa berkaitan tujuh pertuduhan berkenaan SRC International Peguam Harvinderjit Singh memberitahu Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini bahawa pih...
10 Anak Perempuan Selebriti Sama Cantik Macam Mommy Yang Akhir Ramai Tidak Sangka

10 Anak Perempuan Selebriti Sama Cantik Macam Mommy Yang Akhir Ramai Tidak Sangka

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 860 hits
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Paras rupa ibu yang jelita biasanya memang akan turun kepada wajah anak perempuan mereka Berikut antara gambar selebriti Hollywood dan selebriti tempatan bersama anak perempuan mereka yang korang bole...
Hiburan Bentuk Badan Tidak Sama Itu Bukan Saya Aiman Tino Nafi Terlibat Dalam Video Panas

Hiburan Bentuk Badan Tidak Sama Itu Bukan Saya Aiman Tino Nafi Terlibat Dalam Video Panas

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 595 hits
Sejak beberapa hari lalu viral video lucah seorang lelaki sedang melakukan aksi ghairah yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino Baru sahaja berpeluang untuk menonton video panas tersebut Aiman hari ini tampil menafikan bahawa lelaki didala...
Itu Bukan Saya Bentuk Badan Pun Tak Sama

Itu Bukan Saya Bentuk Badan Pun Tak Sama

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 291 hits
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai penyebaran video lucah seorang lelaki yang dikatakan mirip penyanyi Aiman Tino Baru The post appeared first on
Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan