Hidap Cerebral Palsy Kanak Kanak Perempuan Impi Nak Berjalan Mama Bila Kakak Boleh Berjalan


Hidap Cerebral Palsy, kanak-kanak perempuan, ‘impi’ nak berjalan, “Mama, bila Kakak boleh berjalan?” Tiada yang memilukan hati apabila Nor Nazlia Yusoff ditanya sebegitu oleh anak perempuannya, Puteri Irfa Mikayla Saiful Nizam, 5, yang menghidap Cerebral Palsy (CP) Diplegic.
Hidap Cerebral Palsy,Kanak-kanak Perempuan, ‘Impi’ Nak Berjalan Pertanyaan itu pastinya membuatkan ibu berusia 35 tahun itu tersentak mendengarnya. Namun Nor Nazlia dari Bukit Rangin, Kuantan berkata, dia tidak dapat menunjukkan kesedihan di depan Puteri Irfa Mikayla sebaliknya perlu memberi semangat kepada anak sulungnya itu supaya tidak berasa kekurangan.
“Mama, Bila Kakak Boleh Berjalan?” “Kalau tak nak dia berasa ‘down’, saya akan beritahu dia kakak (nama panggilan buat anak) insan terpilih dan istimewa, sebab itu tak sama macam orang lain.
Alhamdulillah, anak faham dan bila pergi sekolah (tadika) dan ada kawan tanya, dia akan beritahu kakinya sakit dan dia istimewa cuma sejak akhir-akhir ini kerap juga dia bertanya.
“Sebagai ibu, saya tak boleh ‘down’ depan dia tapi kena pastikan anak kuat semangat dan setakat ini, penerimaan guru dan murid terhadap anak baik malah tiada rakan mengejeknya,” katanya.
Bercerita lanjut, Nor Nazlia berkata, Puteri Irfa Mikayla dilahirkan pramatang iaitu ketika kandungan berusia 28 minggu hingga ditahan selama dua bulan di unit rawatan rapi neonatal (NICU) selepas kelahirannya.
Nor Nazlia bersama suami, Saiful Nizam dan Puteri Irfa Mikayla serta anak bongsu, Putera Irfan Mikhael. Foto: ihsan Nor Nazlia Yusoff. Menurutnya, pada awalnya, doktor tidak dapat mengesan kelainan pada Puteri Irfa Mikayla namun dia dan suami, Saiful Nizam Zakaria, 38, menyedari ada tidak kena ketika anak mereka berumur enam bulan.
Katanya, ketika itu, dan suami nampak perkembangan Puteri Irfa Mikalya tidak seperti bayi seusianya kerana masih belum dapat merangkak sebaliknya berguling dan sengetkan badan untuk bergerak.
“Tapi ketika kakak berumur setahun, baru kami dapat pengesahan doktor yang dia menghidap CP Diplegic akibat kecederaan pada otak dan kelahiran pramatang.
“Keputusan itu pun diperoleh hasil ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan memang sedih bila dapat tahu kerana lapan tahun saya dengan suami tunggu kehadiran anak pertama.
“Bagaimanapun, kesedihan itu tak lama kerana akhirnya dapat terima dan keluarga banyak beri semangat untuk kuat membesarkan kakak walaupun tiada pengalaman menjaga anak istimewa,” katanya.
Nor Nazlia berkata, penyakit dihidapi menyebabkan Puteri Irfa Mikayla tidak dapat berjalan seperti biasa dan bergerak menggunakan alat bantu berjalan atau ‘walker’ dan tongkat.
Katanya, Puteri Irfa Mikayla dilatih menggunakan ‘walker’ sejak berumur setahun lagi dan kini membiasakan diri berjalan dengan tongkat.
“Dia memang tak kuat berjalan sendiri jadi kena berpaut pada ‘walker’ dan tongkat atau berlutut.
“Tapi di sekolah, kakak terang hati kerana cikgu beritahu bacaannya dalam Iqra’ lancar berbanding murid lain, dia pun sudah boleh membaca buku murid enam tahun.
“Selain bacaan al-Fatihah, doa makan dan naik kenderaan, kakak juga sudah menghafaz tiga Qul, doa solat Duha, Qunut Nazilah dan surah al-Mulk yang akan dipasang sebelum tidur,” katanya.
Sebagai ibu, Nor Nazlia hanya mengharap yang terbaik buat Puteri Irfa Mikayla malah akan terus berdoa semoga ada keajaiban buat anaknya itu berjalan seperti insan normal satu hari nanti.
Dia juga berharap impian Puteri Irfa Mikayla menjadi doktor tercapai apabila dewasa nanti.
“Penyakitnya tiada penawar namun saya dan suami cuba ikhtiar selagi termampu. Salah satu rutin dilakukan kini adalah berdiri satu jam sehari di atas alat khas (standing frame) untuk membantunya berdiri.
“Nampak ada perkembangan positif walaupun proses itu mengambil masa namun terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan kakak terutama pengikut TikTok kerana ada juga dari Indonesia.
“Bagi saya, kakak anugerah terindah dalam hidup saya dan suami sesuai dengan makna namanya iaitu anugerah Allah SWT yang membahagiakan serta sangat senang dijaga sejak kecil hingga kini,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Anak Hidap Cerebral Palsy, Bapa Raikan Hari Jadi Anak Syurga Dengan Aktiviti Lasak
Pengasuh Suka Lambung & Biarkan Menangis Lama& Kini Azfar Disahkan Cerebral Palsy
 
 
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
The post Hidap Cerebral Palsy, Kanak-kanak Perempuan, ‘Impi’ Nak Berjalan, “Mama, Bila Kakak Boleh Berjalan?” appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hidap-cerebral-palsy-kanak-kanak-perempuan-impi-nak-berjalan-mama-bila-kakak-boleh-berjalan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cimb Luncurkan Kad Debit Visa Baharu Bantu Kanak Kanak Cerebral Palsy

Cimb Luncurkan Kad Debit Visa Baharu Bantu Kanak Kanak Cerebral Palsy

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 167 hits
CIMB baru baru ini melancarkan kad debit Visa baru sebagai tanda sokongan mereka kepada komuniti kanak kanak dengan cerebral palsy Hasil daripada kempen ini akan disalurkan kepada Gabungan Anak Anak Palsi Serebrum Pelancaran kad ini telah d...
Kanak Kanak Perempuan Menggunakan Kayu Penjaga Pusat Jagaan Anak Yatim Direman 6 Hari

Kanak Kanak Perempuan Menggunakan Kayu Penjaga Pusat Jagaan Anak Yatim Direman 6 Hari

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 133 hits
Sinar HarianPukul budak perempuan guna kayu penjaga pusat jagaan anak yatim diremanSuspek berusia 59 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak kanak 2001 Gambar hiasan UnsplashPONTIAN Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarkan...
Trend Tarik Kerusi Adik Boleh Lumpuh Kakak Luah Terkilan

Trend Tarik Kerusi Adik Boleh Lumpuh Kakak Luah Terkilan

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 136 hits
Trend tarik kerusi semakin menjadi sekarang Lumrah buat kanak kanak untuk bergurau sesama mereka tidak kira di rumah mahupun di sekolah Ini antara gurauan kasar yang sering dilakukan dengan menarik kerusi ketika rakan hendak mereka hendak d...
Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua Bunga Nak Jadi Kakak Dah

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua Bunga Nak Jadi Kakak Dah

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 160 hits
Pelakon Elisya Sandha umum hamil anak kedua selepas memuat naik video memberi kejutan kepada suaminya Uzair Haqimy and ahli keluarga yang lain Menerusi video dimuat naik aktres berusia 25 tahun kelihatan Uzair mengalirkan air mata sebaik sa...
Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 120 hits
Nabila Razali tak boleh duduk diam masih nak bekerja berdebar bersalin anak pertama Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin Nabi...
Hudud Bukan Ruu 355 Bukan Takzir Ni Boleh Ka Atau Nak Tunjuk Islam

Hudud Bukan Ruu 355 Bukan Takzir Ni Boleh Ka Atau Nak Tunjuk Islam

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 162 hits
Che Ibrahim SEBAT DI KHALAYAK AWAM SATU POLEMIK BARU PERUNDANGAN SYARIAH Negara akan mengalami satu lagi polemik baru perundangan syariah apabila satu hukuman sebat di khalayak ramai bakal dilaksanakan di Terengganu pada 27 Dis 2024 ini seh...
Scan Nampak Lintah Dah Masuk Faraj Kanak Kanak Perempuan Berdarah Tak Pakai Lampin Main Banjir

Scan Nampak Lintah Dah Masuk Faraj Kanak Kanak Perempuan Berdarah Tak Pakai Lampin Main Banjir

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 138 hits
Baru baru ini seorang doktor menerima pesakit kanak kanak perempuan berusia setahun empat bulan yang mengalami pendarahan di bahagian faraj Semuanya selepas bermain air banjir tanpa mengenakan lampin pakai buang Menerusi perkongsian yang di...
Ini Idea Memasak Guna Bahan Asas Hampir Sama Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza

Ini Idea Memasak Guna Bahan Asas Hampir Sama Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 107 hits
Jika kita pergi bekerja dalam keadaan tergesa gesa segala galanya boleh menjadi kelam kabut Apatah lagi jika bangun lewat dan perlu menguruskan anak anak perancangan untuk memasak bekal boleh terus terbantut Memang susah jika semua perkara ...
Menteri Boleh Berlapang Dada

Menteri Boleh Berlapang Dada

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 99 hits
Barangkali ia sudah jadi kelaziman menghampiri penghujung tahun apabila gembar gembur rombakan Kabinet akan kembali datang mengundang Sudah jadi lumrah ia tidak pun perlu banyak asas sebaliknya memadai atas andaian semata mata Setahun selep...
Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Happy Beday Sweetie

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Lirik Lagu Menunggu Giliran For Revenge Ft Elsa Japasal

Geng D U I T


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod One Cent Thief Season 2 Astro Sooka

Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir


Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Ahli Parlimen Ditahan Selepas Didakwa Lakukan Serangan Seksual

Empat Ditahan Dalangi 11 Kes Ragut

Majlis Ulama Umno Gesa Menteri Bukan Islam Lebih Berhati Hati

Dapat Sample Free Pampers Dewasa