Hiburan Usia Bukan Penghalang Meskipun Berbeza 5 Tahun Raja Afiq Selamat Bernikah Dengan Penyanyi Soffwany Yusoff
Pelakon yang namanya meningkat naik selepas membintangi drama Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq,26, dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan yang juga penyanyi, Soffwany Yusoff,31.
Dia yang ditemui media memberitahu bahawa umur bukanlah penghalang untuknya menjalin hubungan dengan Soffwany walaupun berbeza hampir lima tahun di antara mereka.
View this post on InstagramTq @syazminmansor_hennaartist sebiji mcm yg soffwany nak.. simple henna glove design.. #akakpolis
A post shared by Soffwany Yusoff (@soffwany_yusoff) on Sep 19, 2020 at 9:59pm PDT
“Berbeza hanya lima tahun..tiada masalah usia kerana saya rasa pengalaman dan sejarah saya sebelum ini memang dengan wanita yang lebih berusia..”
Diminta untuk mengulas perhubungannya sebelum ini dengan isteri tercinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, Raja Afiq berkata personaliti Soffwany yang lembut dan menyenangkan hati membuatkan dia tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
View this post on InstagramAssalmmualaikum semua terima kasih pada yang sudi datang pada majlis nikah saya,pada sapa yang tak dijemput tu maaf sangat sebab majlis ni hanyalah sy buat untuk keluarga dan kawan yang terdekat saja.inshallah nanti sy akan adakan dua lagi majlis resepsi di kl dan perak. Terima kasih jugak pada yang menjayakan dan banyak membantu untuk menyempurnakan majlis saya pada 19.09.20 Wedding planner – @wedding_studio_sdn_bhd Catering – @dapur_cikbee Official photographer – @shlstudio @2a_picture Official videographer – @zakuanstudio Photobooth – @silverlinephotobooth @silver_line_studios Baju nikah – @ariweddingcouture Baju sanding – @wedding_studio_sdn_bhd Dulang hantaran – @hantaranwedding.my
A post shared by RA (@rajaafiqqofficial) on Sep 20, 2020 at 2:09am PDT
View this post on InstagramAssalamualaikum imamku…
A post shared by Soffwany Yusoff (@soffwany_yusoff) on Sep 19, 2020 at 2:35am PDT
Tambahnya, Soffwany yang turut terlibat dalam industri seni dan memahami budaya kerja menjadikan hubungan mereka berdua lebih serasi
“Tengok dia terus rasa nak kahwin, Saya mula serius kenal dia pada awal tahun ini, walaupun kenal dalam masa singkat tapi rasa macam dah lama kenal..”
Raja Afiq dan Soffwany telah bernikah secara tertutup di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu. Dalam majlis itu, Raja Afiq telah menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000 serta mas kahwin sebanyak RM1,101 beserta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Sumber: mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/09/hiburan-usia-bukan-penghalang-meskipun.html