Hiburan Tips Dan Langkah Penjagaan Ketika Musim Banjir Kilat Yang Wajib Anda Ketahui
Rasanya ramai yang sudah ketahui bahawa kita sekarang ini sedang melalui musim tengkujuh dan juga banjir, namun masih juga yang ramai tidak tahu tips serta langkah persediaan yang betul ketika menghadapinya sebelum tiba para penyelamat.
Apatah lagi sekarang ini, banyak yang kita dengar di berita dan kes yang melibatkan bencana alam ini di beberapa buah negeri sehingga ianya merosakkan infrastruktur serta kesesakkan lalu lintas.
AdvertisementJadi, ini tips dan langkah penjagaan yang kami akan kongsikan buat anda dan ia terbahagi dalam beberapa situasi, antaranya:
1. Sebelum banjir
Sumber : mStar Perhatikan cuaca di kawasan anda adakah hujan semakin lebat ataupun tidak serta segera dapatkan maklumat banjir agar ianya akan lebih memudahkan anda.
Sentiasa peka dengan amaran banjir yang dikeluarkan oleh pihak yang betul seperti melalui radio, media sosial, ataupun televisyen. Dalam pada itu, anda juga kena pastikan segala lubang air di dalam dan rumah bersih serta tiada apa-apa yang akan menghalang air masuk.
AdvertisementSimpan siap-siap dokumen penting supaya mudah untuk dibawa jikalau banjir melanda di tempat anda serta sediakan bekalan makanan dan minuman yang sesuai untuk seisi keluarga.
2. Semasa banjir
Sumber : Harian Metro Jika anda mendapati kawasan yang anda duduki dilanda banjir kilat, segara memindahkan alatan yang ada di dalam rumah di tempat yang lebih selamat dan pastikan segala dokumen penting sentiasa dekat dengan dirinya serta diletakkan dalam fail kalis air.
Tambahan lagi, semua suis eletrik, injap uatama bekalan air serta tong gas ditutup agar ianya tidak rosak dan berlaku perkara yang tidak diingini. Tidak lupa juga, anak-anak harus sentiasa berada di sisi anda agar mereka tidak bermain air dan terjatuh.
3. Semasa pemindahan
Sumber : Utusan Semasa anda sudah mendapat arahan untuk melakukan pemindahan, segera bergerak dengan cermat dan berhati-hati ke pusat pemindahan yang telah disediakan dan seelok-eloknya bergerak ketika waktu siang kerana lebih selamat serta senang untuk melihat keadaan sekiling.
4. Selepas banjir
Advertisement
Sumber : mStar Selepas diumumkan redanya banjir di kawasan pertempatan anda, jangan tergopoh-gapah untuk pulang dengan kadar segera sebaliknya, duduk dan dengar arahan dari pihak berkuasa agar mereka dapat memastikan keadaan betul-betul sudah pulih.
Jika anda sudah pulang ke rumah, pakailah pakaian yang selamat dan bertutup serta pastikan lelaki dewasa dahulu masuk ke dalam rumah, manakala wanita dan anak-anak tunggu dahulu di luar rumah. Ini untuk memastikan keadaan rumah dalam selamat.
Jika semuanya sudah selamat, anda bolehlah teruskan proses pembersihan rumah sedikit demi sedikit untuk menetap kembali.
Harap tips-tips ini dapat bantu mana-mana pihak yang memerlukannya. Stay safe semua!
3 jam laluPusat Mengaji Percuma Ditenggelami Air, 10000 Kg Talapia Dan 200 Ekor Ayam Tak Dapat DiselamatkanThe post Tips Dan Langkah Penjagaan Ketika Musim Banjir Kilat Yang Wajib Anda Ketahui first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/12/hiburan-tips-dan-langkah-penjagaan.html