Hiburan Terlalu Seksi Jimmy Couture Perjelas Kontroversi Persalinan Ashira Di Malam Separuh Akhir Gegar Vaganza
Tampil menggayakan busana berwarna merah putih pada malam separuh akhir Gegar Vaganza musim ke-7 Ahad lalu, Ashira didakwa telah tampil berpakaian terlalu seksi dan keterlaluan oleh netizen.
Ianya secara tidak langsung telah menerima pelbagai reaksi dan komen daripada peminat program nyanyian popular tersebut.
Namun begitu, pereka busana Ashira pada malam itu iaitu Jimmy Couture telah tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi itu.
Menurut pereka fesyen terkenal itu, busana tersebut dibuat atas permintaan Ashira sendiri dan ianya diinspirasikan daripada gaun yang pernah digayakan oleh penyanyi luar negara iaitu Gwen Stefani.
Jimmy dilihat telah membuat kenyataan tersebut menerusi akaun Instagramnya pada malam Ahad lalu.
View this post on InstagramA post shared by JIMMY COUTURE (@jimmycouture)
“Viral ke?? Lah.. Ini permintaan @ashiraaziz..inspiredd by @gwenstefani outfit..i buat apa yang dia nak.. cuma kali ini je dia nak sangat apa yang dia inginkan..sebab separuh akhir. Maaflah kalau nampak keterlalu..lupa pulak Malaysia kan sensitif!”
Meskipun menerima pelbagai komen dan kecaman, Jimmy walau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang tampil memberikan komen tidak kiralah positif atau negatif. Jimmy turut berkata bahawa dia menerima semua pendapat yang dilontarkan dengan hati yang terbuka.
View this post on InstagramA post shared by AshiraGV7 (@ashiraaziz)
Manakala buat Ashira, dia sama sekali tidak tersinggung dengan kritikan yang diterimanya dan menerima semua teguran sebagai kata-kata semangat serta berjanji akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
Sekadar info, Ashira menyampaikan lagu Peluang Kedua (Nabila Razali) serta lagu Inggeris berjudul Don’t Speak nyanyian asal Gwen Stefani pada pusingan separuh akhir yang berlangsung pada malam tadi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/12/hiburan-terlalu-seksi-jimmy-couture.html