Hiburan Teringin Mencuba Aktivti Aktiviti Cool Ini Anda Wajib Ke Fukuoka


Sebut saja Negara Jepun, banyak perkara yang terlintas dalam fikiran anda. Kereta api berkuasa tinggi, filem-filem aksi dan cinta, barangan elektronik, budaya masyarakat Jepun yang dikagumi oleh semua pengunjung dari serata dunia, dan banyak lagi. Kalau nak disenaraikan satu persatu, mungkin dua hari anda baru habis baca artikel ini.

Salah satu daerah terbesar Jepun adalah Fukuoka. Nampak je perkataan Fukuoka mesti Nampak kereta api kelajuan tinggi bercorak Hello Kitty kan?

Kereta api bertemakan Hello Kitty ini sebenarnya dilancarkan kedua kalinya bersempena animasi Jepun. Pertama kali bertemakan Harry Potter ‘Hogwarts Express’ yang beroperasi antara Osaka, Fukuoka dan Kagoshima.

Bukan sekadar kereta api saja yang dihiasi dengan kartun itu malah konduktor tren juga mengenakan pakaian tersebut. Anda boleh berselfie dengan patung ‘lifed size’ yang ada di sudut coach kereta api.
Nak tahu aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan di sana? Jom kita selongkar beberapa aktiviti menarik di Fukuoka yang boleh anda kunjungi.
Cuba pengalaman baru menaiki kereta api sepanjang berada di Fukuoka
Sebelum anda menaiki kesemua kereta api di Fukuoka ini, anda perlu dapatkan dahulu tiket, fungsinya sama seperti kad Touch N Go tetapi bezanya kad ini boleh digunakan untuk kenderaan awam sahaja.
Walaupun rupanya agak berbeza mengikut daerah tetapi fungsinya tetap sama. Jika di Fukuoka, anda akan dapat kad seperti NIMOCA, SUGOCA dan HAYAKAKEN.

A-Train


Anda boleh merasa pengalaman menaiki kereta api di Fukuoka dengan budaya Eropah Selatan kerana ia menggunakan kayu berwarna gelap yang membuatkan anda seolah-olah berada dalam sebuah filem.
Jadual waktu perjalanan kereta api ini berpusingan tiga kali sehari. Ini pasti akan memberikan pengalaman perjalanan anda yang tidak dapat dilupakan
Jadual perjalanan A-Train.
Limited Express : Ibusuki no Tamatebako

Sejujurnya anda perlu cuba menaiki kereta api yang seolah–olah seperti kotak harta karun yang bergerak. Kereta api ini di reka khas dengan tema sekitar kisah rakyat Istana Naga Semenanjung Satsuma.
Dilengkapi dengan sofa yang selesa, ia menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang popular. Anda juga boleh mencuba Bento Lunch Box sepanjang perjalanan menaiki kereta api ini.
Pengunjung yang menaiki kereta api ini akan mendapat satu cop sebagai kenangan. Jika anda tidak keberatan, boleh saja meminta tolong pekerja cabin untuk mengambil gambar.



Ini adalah beberapa gambaran JR Kyushu kereta api yang akan digunakan oleh anda semua sepanjang bercuti di Fukuoka nanti.
Memetik Strawberi Di Ladang Fukuoka
Aktiviti seperti memetik buah strawberi ini sangat popular di sekitar Fukuoka antara bulan Disember hingga Mei. Buahnya yang lain dari kita lihat di Malaysia kerana berbentuk dua kali ganda besarnya.
Ladang Akasya Ichigo
Akasya adalah nama jenama strawberi besar di sini. Rasanya sangat manis dan digunakan di beberapa tempat restoran mewah di Jepun.

Ladang Pelancongan Hirai
Di sini sangat popular di kalangan pengunjung yang datang ke Fukuoka ini. Bayaran percuma kepada kanak berusia 3 tahun kebawah dan dikenakan cas kepada dewasa. Anda boleh berada di situ selama satu jam untuk petik dan makan.
Ladang Strawberi Pooh.
Di sini anda boleh mencuba ais krim strawberi yang manis dan lazat. Anda juga boleh jumpa pelbagai jenis strawberri antaranya Amaou, Sagahonoka, Kaorina, Nyoho, Oishi Berry dan bermacam jenis lagi. Untungnya!


Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuci mata dengan keindahan bunga-bunga yang ada di Fukuoka.
Dazaifu Kuil Tenmangu
Kuil ini sangat terkenal untuk bunga plum, terutamanya pokok ‘Tobiume’ yang dipercayai boleh terbang dari Kyoto ke Dazaifu, Fukuoka.
Semasa musim bunga terdapat beberapa teahouses yang menyajikan teh dan gula-gula. Anda patut cuba!


Nightscape di Sarakurayama
Anda boleh menikmati pemandangan panorama kota dan zon perindustrian di sepanjang pandai dari puncak Sarakurayama (Gunung Sarakura) yang berada ketinggian 622 m dari paras laut.

Menerokai kehidupan malam haiwan di Summer Night Zoo, Fukuoka

Lukisan ini sebagai simbolik untuk kehidupan kucing Tsushima yang dibesarkan dan dibiarkan membiak dalam zoo ini sejak pembukaan dahulu dengan penjagaan yang rapi.
Apabila anda berada di zoo pada waktu malam akan lebih rasa sejuk dan selesa jika berjalan sepanjang zoo tersebut.
Di sini kehidupan malam seperti singa, harimau, gajah, badak sumbu dan banyak lagi kehidupan di waktu malam! Jangan risau, bas percuma daripada Stesen Ohorikoen ke zoo.
Zon seterusnya adalah Taman Botani di Fukuoka yang kaya dengan tumbuhan alam semula jadi dan anda boleh jumpa pelbagai jenis bunga yang sangat sedap mata memandang.


Akses map untuk memudahkan pelancong yang berkunjung di Botanical Garden. Mudahkan?!
Mengagumi Wisteria yang indah di Kawachi Wisteria Garden.
Tempat ini adalah tempat yang terkenal sebagai salah satu tempat yang paling cantik di Jepun. Terowong ajaib ini dihiasai dengan bunga-bunga yang cantik dan semulajadi. Bunga Wisteria ini pelbagai jenis warna yang cantik iaitu putih, merah jambu dan ungu muda dan gelap. Ia dibuka pada 20 April hingga 12 Mei 2019 sahaja.

Uminonakamichi Seaside Park
Tempat ini juga sangat popular untuk menjamu mata anda dengan kecantikan bunga di Fukuoka. Berjuta-juta tanaman disekitar kawasan yang yang berbeza termasuklah Narcissus, Tulip, Nemophila, Mawar, Hydrangea, Bunga Matahari dan Kosmos antara bunga-bunga yang menjadi kegemaran pelancong.
Istimewanya, bunga-bunga ini mekar pada masa yang berlainan tahun ini, tetapi pada umumnya, musim bunga bermula pada pertengahan bulan Mac dan berakhir pada awal musim luruh.
Di kawasan ini terdapat kira-kira 2000 pokok cerri ditanam dikeliling rumput dan sepanjang laluan berbasikal, yang berbentuk terowong. Bunga ini sangat cantik apabila mekar dan menjadikan Uminonakamichi Seaside Park sebagai salah satu tempat bunga yang terkenal.

Pokok cerri ini biasanya mekar pada akhir Mac hingga awal April.
Berpeluang melihat ikan lumba-lumba di Marine World Uminonakimichi
Hanya berjalan kaki daripada trek kereta api, ada sebuah akuarium yang berfokuskan pada kehidupan akuatik yang terdapat di sekitar Kyushu. Pelbagai jenis kehidupan laut termasuklah lebih daripada 120 ekor dan 20 jenis yang berbeza. Terdapat beberapa kolam di mana adanya ikan lumba-lumba dan singa laut. Waktu dan hari penutupan kawasan yang berbeza-beza tersebut mengikut musim.
Cara mudah untuk anda datang kedua-dua tempat menarik ini dengan menaiki JR Kagoshima Line dari Stesen Hakata ke Stesen Kashii dan seterusnya menaiki ke Stesen Uminonakimichi selama dan jumlah masa yang perlu diambil hanyalah 30 minit.

Merasai pengalaman berada dalam dunia Harry Potter
Anda pasti tertanya-tanya, betul ke ada Harry Potter di Jepun? Jawapannya ya! Kafe Harry Potter ini pertama kalinya di buka di daerah Fukuoka ini. Kafe ini menggunakan teknologi digital yang terkini supaya pengunjung dapat merasa pengalaman seperti dalam dunia harry Potter yang sebenar. Menarik bukan?


Antara menu yang menarik untuk anda merasai makanan seperti dalam filem tersebut.



Itulah antara aktiviti yang menarik di Fukuoka yang boleh anda cuba dan terokai sepanjang bercuti di sana nanti. Jangan lepaskan peluang menikmati promosi serendah RM 299 khas untuk Ahli BIG AirAsia.
Untuk perjalanan anda ke Fukuoka ia sudah bermula dari sekarang hingga 28 Oktober 2019 dan anda bolehlah menempah tiket yang sedang berlangsung ketika ini sehingga 9 Mac 2019*.
* Tertakluk pada kelulusan peraturan
Jadi, jangan lepaskan peluang anda ke Fukuoka bersama-sama keluarga dan teman untuk menikmati panorama Jepun.
Selamat melancong ke Fukuoka!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/03/hiburan-teringin-mencuba-aktivti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Adik Neelofa Teringin Jadi Pengacara

Hiburan Adik Neelofa Teringin Jadi Pengacara

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 565 hits
Siapa saja yang tidak mengenali adik Neelofa iaitu Ameera Khan ataupun lebih popular dengan nama Little Miss Khan Setiap perkongsian gambar Ameera pasti mencuri perhatian ramai sehingga menjadikan beliau antara Instafamous paling popular da...
That Al Jazeera Interview Where Najib Lost His Cool It Just Won A Uk Award

That Al Jazeera Interview Where Najib Lost His Cool It Just Won A Uk Award

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 246 hits
Provided by Malay Mail Sdn Bhd Former prime minister Datuk Seri Najib Razak speaks to Mary Ann Jolley on Al Jazeera s 101 East show Picture courtesy of Al JazeeraKUALA LUMPUR Feb 28 An interview last year where Datuk Seri Najib Razak repeat...
15 Rekaan Jersi Rare Setiap Negeri Di Malaysia Dari Region Malaya Yang Super Cool

15 Rekaan Jersi Rare Setiap Negeri Di Malaysia Dari Region Malaya Yang Super Cool

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 1967 hits
Jersi Bola Sepak sememangnya menjadi salah satu koleksi pakaian yang ada dalam almari selaint shirt kemeja dan lain lain bagi kebanyakan orang tak kira lelaki ataupun perempuan Nak kata anda peminat bola sepak mahupun kurang minat apabila m...
Design Senjata Yang Cool Habis

Design Senjata Yang Cool Habis

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 317 hits
Hebat jugak diorang ni ekk Gamak dah jemu agak nya asyik tengok rupa senjata yang sama ja itu yang up grade sampai tahap gaban tu Boleh pulak diorang campur campur pistol dengan pisau tukar saiz jadi kecik dengan tambah kuasa tembakan tak r...
Kemelut Mca Mic Keluar Bn Tok Mat Gesa Semua Pihak Cool Down

Kemelut Mca Mic Keluar Bn Tok Mat Gesa Semua Pihak Cool Down

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 513 hits
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Mohamad Hasan tampil meredakan ketegangan antara parti komponen dalam pakatan itu setelah MCA dan MIC mencadangkan supaya ia dibubarkan petang semalam Pesan Mohamad semua pihak tidak sepatutnya...
4816 Operasi Banteras Aktiviti Haram 2 0 Siri Ke 6 Ppim 15 2 19

4816 Operasi Banteras Aktiviti Haram 2 0 Siri Ke 6 Ppim 15 2 19

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 393 hits
Operasi Banteras Aktiviti Haram 2 0 Siri Ke 6 2019 anjuran Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang berlangsung disekitar Kuala Lumpur pada awal pagi 16 Februari 2019 Operasi kali ini melibatkan beberapa agensi kerajaan sepe...
Aktiviti Pelombongan Bauksit Diteruskan Semula Kerana Ia Menguntungkan Kerajaan

Aktiviti Pelombongan Bauksit Diteruskan Semula Kerana Ia Menguntungkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 497 hits
TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan umum Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini Berikutan dengan pengumuman itu se...
Aktiviti Perlombongan Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

Aktiviti Perlombongan Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri ini dibenarkan semula selepas moratorium selama tiga tahun berakhir 31 Mac ini tidak akan disambung googletag cmd push googletag display GSK SinarHarian D News OOP InArtic
Berkeras Tolak Suntikan Vaksin Anak Kita Jadi Mangsa Cara Difteria Menular Wajib Tahu

Berkeras Tolak Suntikan Vaksin Anak Kita Jadi Mangsa Cara Difteria Menular Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 422 hits
Difteria ternyata semakin membimbangkan kita Mama papa kena buka mata dan elakkan risiko pada anak kita Hanya kerana sikap kita yang berkeras menolak suntikan vaksin anak kita jadi mangsa Perkongsian Dr Ezairy M Sallih Doktor Otorinolaringo...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya