Aktiviti Pelombongan Bauksit Diteruskan Semula Kerana Ia Menguntungkan Kerajaan


TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar hari ini.
Berikutan dengan pengumuman itu, semua aktiviti melombong dan pengeksportan bahan mineral berkenaan boleh diteruskan semula, namun kali ini dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat.
“Moratorium tidak akan dilanjutkan selepas 31 Mac ini…Saya nampak industri bauksit di negeri Pahang ini memang ada permintaan yang tinggi dan dan keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan juga banyak.
“Pada 2015 sahaja kerajaan negeri direkodkan menerima RM47 juta hasil pembayaran royalti, kerajaan pusat kita tidak dapat apa-apa bahagian, hanya beri kelulusan untuk permit import (AP) sahaja.
“Dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sebelum ini tidak ada satu pun yang menyatakan kita kena hentikan industri bauksit di Pahang, sama ada pemimpin politik tempatan mahupun kerajaan negeri semua bersetuju industri ini ada potensi besar dan ia perlu diteruskan,” katanya.
Dr Xavier berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan penyimpanan bauksit di sekitar daerah ini dan Pelabuhan Kuantan di Kuantan hari ini.

Menurutnya dalam masa yang sama, sebanyak 435,000 tan metrik yang masih berada di kawasan penyimpanan di Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Kemaman perlu dikosongkan segera dalam tempoh sebulan sebelum 31 Mac depan.
Ini kerana, katanya bermula dalam SOP baharu yang akan diperkenalkan nanti, hanya bauksit yang telah dicuci, dibenarkan untuk dieksport demi menjaga alam sekitar.
“Kementerian dengan kerjasama pihak yang berkenaan telah menyediakan satu SOP baharu dan saya minta kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan khususnya pelombong supaya mematuhi syarat dan peraturan yang kami tetapkan.
“Mana-mana pemain industri ini yang ingkar boleh dikenakan hukuman maksimum denda sebanyak RM500,000 dan tiga bulan penjara jika didapati melakukan pencerobohan dan perlombongan secara haram mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
“Kami akan kuatkuasakan SOP itu jadi pihak industri akan mematuhi apa yang kami tetapkan, itu adalah penting,“ katanya.
Dr Xavier berkata SOP baharu itu disediakan dengan teliti meliputi empat aspek penting iaitu pengurusan ekstrak bauksit, pengangkutan dan penguatkuasaan, kawasan penyimpanan dan pengurusan di pelabuhan serta pengeksportan bauksit.

Menurutnya aspek yang menjadi tumpuan sebelum ini ialah berkenaan pengangkutan dan penguatkuasaan yang longgar sehingga berlakunya pencemaran alam sekitar sekali gus membawa kepada pelaksanaan moratorium aktiviti itu pada 15 Jan 2016.
Beliau berkata bagi mengatasinya, setiap pelombong yang terlibat perlu mendaftar dengan Pejabat Tanah dan Galian negeri selain hanya lori daripada jenis telah ditetapkan sahaja yang akan dibenarkan untuk mengangkut bahan berkenaan dari kawasan penyimpanan ke pelabuhan.
“Jika SOP ini berjaya dilaksanakan tanpa masalah, kami akan perluaskan pelaksanaannya ke negeri lain yang juga mempunyai bauksit iaitu Terengganu dan Johor. Setakat ini Terengganu menunjukkan minat (eksport bauksit) tetapi kementerian akan berbincang dahulu dengan kerajaan negeri bagaimana untuk melaksanakan industri ini” katanya.
Dalam perkembangan lain, katanya kementerian telah diminta oleh jemaah menteri untuk mengkaji kawasan yang kaya dengan bahan mineral untuk diteroka berikutan permintaan yang tinggi di pasaran termasuk bijih timah.
Dr Xavier berkata berikutan itu kementerian akan mengadakan simposium dan pameran pada masa akan datang untuk melihat tentang perkara itu.
– Bernama


Sumber: cempedakcheese.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/02/aktiviti-pelombongan-bauksit-diteruskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yb Fuziah Dikecam Selepas Kerajaan Ph Benarkan Semula Pelombongan Bauksit

Yb Fuziah Dikecam Selepas Kerajaan Ph Benarkan Semula Pelombongan Bauksit

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 413 hits
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang begitu lantang mengkritik BN berhubung isu bauksit sebelum ini dikecam netizen selepas Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengumumkan kerajaan Pakatan Harapan membuat keputusan unt...
Aktiviti Perlombongan Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

Aktiviti Perlombongan Pengeksportan Bauksit Kembali Operasi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 225 hits
KUANTAN Aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri ini dibenarkan semula selepas moratorium selama tiga tahun berakhir 31 Mac ini tidak akan disambung googletag cmd push googletag display GSK SinarHarian D News OOP InArtic
Fuziah Salleh Kesal Perlombongan Bauksit Dibenarkan Semula

Fuziah Salleh Kesal Perlombongan Bauksit Dibenarkan Semula

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menegaskan standard prosedur operasi yang digariskan kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit akan menyebabkan pencemaran air Menurut beliau pemprosesan bahan mineral itu me...
Kerajaan Nilai Semula Tempoh Keluar Wang Persaraan

Kerajaan Nilai Semula Tempoh Keluar Wang Persaraan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 262 hits
Kerajaan akan melihat semula tempoh pengeluaran wang persaraan rakyat Malaysia selaras dengan keperluan semasa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata langkah itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berdepan ma...
Sudah 4 Bulan Kerajaan Ph Belum Buka Semula Kes Pembunuhan Altantunya

Sudah 4 Bulan Kerajaan Ph Belum Buka Semula Kes Pembunuhan Altantunya

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 327 hits
Pada bulan Oktober tahun lepas saya telah mengarahkan pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya untuk meminta pihak polis menyiasat saya tentang semua kes kes pembunuhan yang pernah dikaitkan dengan saya Saya mahu pihak polis ...
Penduduk Kuantan Kembali Bimbang Aktiviti Bauksit Dibenarkan

Penduduk Kuantan Kembali Bimbang Aktiviti Bauksit Dibenarkan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 341 hits
Berikutan dengan keputusan pihak Kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti bauksit di Kuantan ia telah menimbulkan keresahan dan kebimbangan kira kira 400 000 penduduk di daerah tersebut Dilaporkan bermula April nanti jalan raya menuju Pel...
Rtm Tak Cover Majlis Menteri Najib Siap Ugut Kakitangan Kerajaan Secara Rasmi Melalui Kenyataan Akhbar Menteri

Rtm Tak Cover Majlis Menteri Najib Siap Ugut Kakitangan Kerajaan Secara Rasmi Melalui Kenyataan Akhbar Menteri

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 344 hits
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo mengarahkan stesen penyiaran kerajaan RTM untuk menyediakan laporan mengenai kemungkinan ada kakitangannya kerajaan persekutuan Ini susulan liputan secara langsung acara sambutan Rumah Terb...
Pentingnya Muhasabah Diri

Forest City Casino Misreporting Pas Leader Wants Brave Pmx To Teach Bloomberg A Lesson At Qatar Economic Forum

Eugene Levy S Toronto

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Record 13 Pay Hike For Civil Servants Get Ready For Subsidy Cuts Skyrocketing Inflation And Even Recession

Ge14 S Impact On State Federal Relations

2 Direman Kemuka Butiran Palsu Pelaburan Rm38 Juta



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Pg Pg 24 Top 74 By Jenny Pgslotth Games 1 67

Kemunculan As Sufyani Sebelum Keluarnya Imam Mahdi

User Generated Content

10 Penyanyi Berentap Dalam The Hardest Singing Show 2024 Kreativiti Luar Limitasi

Seni Membaca Surat Attin Dari Ustadz Manis Dan Seni Membaca Solawat By

Doa Agar Hati Tenang