Hiburan Sherry Al Hadad Tepis Dakwaan Terima Bayaran Besar Jadi Pengacara Ajl35
Tiada angin tiada ribut, Sherry Al Hadad dikejutkan dengan dakwaan yang mengatakan bahawa dia menerima sebanyak RM50,000 sebagai bayaran menjadi pengacara ketika Anugerah Juara Lagu ke-35 yang berlangsung baru-baru ini.
Menurut laporan Harian Metro, selebriti wanita itu menafikan dakwaan tersebut dan nyata terperanjat dengan khabar angin yang bertiup kencang tersebut.
Advertisement“Siapalah yang pandai-pandai mereka cerita. Kalaulah itu jumlah bayaran saya, mungkin saya boleh pilih untuk mengacarakan AJL setiap tahun. Tapi tidak ya.”
View this post on Instagram
A post shared by SherryAlhadad (@sherry_alhadad)
AdvertisementTambah Sherry lagi, dia berharap agar pihak yang bakal menawarkan tugasan kepadanya nanti tidak akan mempercayai khabar angin tersebut,
“Harga saya biasa saja. Tidaklah semahal itu.”
Malah Penerbit Eksekutif AJL35 iaitu Nurhul Huda Khalid juga tampil bagi meleraikan salah faham itu.
“Berkenaan dakwaan mengatakan Sherry mendapat bayaran RM50,000 untuk buat AJL tak betul sama sekali. Kalau kata jumlah keseluruhan bayaran untuk pengacaraan dan ‘integration’ yang dibuat dengan pihak penaja, itu mungkin. Tapi bukan untuk mengacarakan AJL.”
Jelasnya lagi, bayaran yang dibuat tidaklah besar namun Sherry melakukannya atas dasar tanggungjawab sebagai pengacara Muzik Muzik dan bukannya disebabkan oleh bayaran.
“Dalam masa sama, itu adalah minat. Dia berasakan AJL ini walaupun bayaran tidak besar, tapi ia adalah sesuatu yang sangat meninggalkan kesan pada semua orang. Selain itu mungkin sebab dia senang bekerjasama dengan kami semua.”
Macam manalah boleh tersebar khabar angin seperti itu.
The post Sherry Al Hadad Tepis Dakwaan Terima Bayaran Besar Jadi Pengacara AJL35 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/03/hiburan-sherry-al-hadad-tepis-dakwaan.html